Tuesday, 2 December 2014

Padang - Bukit Tinggi Day 1 Part I

9 Oktober 2014 - Hari Pertama (Jumaat)

Entry ni sudah terlalu lama saya peram. Dek kerana tidak berkesempatan untuk menulis. Dan juga kerana berlaku kesilapan teknikal kepada blog asal saya, membuatkan saya terpaksa mencipta blog kedua. Bagaimanapun akhirnya blog pertama dapat di recovered semula. Sayang pula nak tinggalkan blog kedua kosong sahaja.

Okay...lets get started.

Kali ini saya ke Padang Bukit Tinggi bersama Jiejah dan juga kakaknya, Tini kawan se UITM saya dan Kila kenalan Jiejah. Trip Padang Bukit Tinggi ni bermula sepatutnya bersama sama dengan kawan kawan sepejabat. Dan sebenarnya plan asal saya dan Jiejah adalah ke Bandung bersama ahli kelab isteri. Tetapi disebabkan oleh beberapa kejadian dan peristiwa yang tak di sangka sangka, trip Bandung berkecai sudah (yg lain tetap meneruskannyer. Kami berdua saja yang berkecai harapan..heheheh). Dek kerana tidak mahu melihat kekecewaan Jiejah, maka saya mengajaknya turut trip ke Padang Bukit Tinggi. Maka seperti biasa, saya menukar tiket (memang suka sangat buat perangai tukar tiket) untuk membolehkan kami pergi bersama sama dan meninggalkan kengkawan sepejabat pergi sesama mereka (maafkan saya.... )

Bila membaca blog orang, ada yang suka menceritakan tragedi tragedi Oktober dari mula plan trip, sepanjang trip dan sesudah trip. Saya terasa teringin nak berbuat begitu..hahhaa..So alkisah seawal pagi, mengikut perancangan saya pada mulanya, saya mahu menaiki ERL ke KLIA2. Dek kerana tak pernah naik ERL dari KL Sentral, saya tak tau macamana nak beli tiket. Kalau orang baca, mesti orang kata...awat bengap sangat. Secara jujurnya, saya memang fail bab public transport ni. Sebab jaranggggg menggunakan public transport (boleh pakai ke alasan ni..hehhhee).

Seawal jam 4.30 pagi, tiada sesiapa pun di kaunter tiket pada ketika itu. Suami dah tinggalkan saya sensorang kat KL Sentral tu. Bila sy called dia berulang kali, tak di jawapnya. Huh..mau naik angin saya. Nasib baik otak berpikir ligat. Saya menuju ke kaunter bas. Saya meneruskan perjalanan ke KLIA 2 dengan menaiki bas. Berjumpa dengan Tini, dan kemudian Jiejah and the company kat Old Town White Coffee. Altogether, 5 of us.

Untuk ke Padang - Bukit Tinggi ni, segala urusan perjalanan saya serahkan kepada Jiejah. Memang tak amik tau langsung. Saya cuma tau sampai masa, bayar duit sahaja. Kali ini kami menggunakan khidmat travel agen sahaja. Mudah, x payah susah susah perah kepala untuk studi.


Dapat gate L5. Okay la. Tak jauh sangat. 

Jam 7.50 pagi, pesawat Air Asia berlepas ke Padang dan tidak sampai sejam kemudian kami selamat mendarat di Lapanganan Terbang Ranah Minangkabau jam 8.00 pagi waktu Indonesia. Tiada masalah dengan urusan imigresen. Cuma terkilan, kerana Arrival Card tidak di beri semasa berada di dalam kapal terbang. Terhegeh hegeh kami dok mengisi borang tau.dgn pelbagai gaya....haahhaa. Selepas urusan imigresen dan luggage selesai, kami keluar dari airport dan berjumpa dengan wakil dari pihak Safira Tours. Tourist guide kami adalah Denni bersama supir yang bernama Muslim.


Five of us

Kenderaan kami

Sepanjang perjalanan menuju ke Bukit Tinggi, Denni menceritakan tentang asal usul Minangkabau dan juga sejarah Padang - Bukit Tinggi dan masyarakat Minangkabau.  Antara yang saya ingat, masyarakat Minangkabau pasti beragama Islam tetapi masyarakat di Padang belum tentu semuanya Islam. Sebenarnya banyak lagi yang Denni ceritakan. Tp dek terlampau lama, memang saya lupa segala..hehee.

Sebelum sampai ke restoren untuk makan tengahari, kami singgah dahulu di Ruman Makan Lamun Ombak. Most blog saya baca, ramai yang makan tengahari di sini. Kami tidak tahu kenapa Denni memilih kedai lain untuk makan tengahari. Tak kisah le...bedal jer mana yang ada.



Tempe goreng

Martabak Mesir

Kenderaan sebesar bagak untuk 5 orang..

Kami makan yang simple simple sahaja. Sebabnya semasa di dalam flight, kami tak makan apa apa pun. Perjalanan hanya tak sampai 1 jam....mau tercekik kalau makan. Teringat masa balik dari Padang ke KLIA. Nnt saya cerita in the next entry...hehehe

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Air Terjun Lembah Anai. Tempat ni kecik je. Betul betul tepi jalan yang penuh sesak dengan kenderaan. Lemas mak tawww....(lemas dengan kenderaan). Namun suasana tetap sejuk dan damai...(cuma habuk keterlaluan pada saya. Maybe kerana jalan tarnya tidak begitu sempurna)


Kami mengambil gambar lebih kurang jer. Banyak gambar lain. Tp semua tak semenggah - kata orang Perak. So berpuas hati ajelah dengan apa yang ada. Air disini memang sejuk. Selesai disini, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang.





Kusyuk mendengar penerangan


Sampai disini, kami mencuba pakaian tradisi Minangkabau. Hahah...kelakar lak rasanya. Dengan penuh aksesori diatas kepala, baju yang panas dan tebal. Tidak dpat membayangkan bagaimana masyarakat Minangkabau menggunakan pakaian ini sewaktu majlis perkahwinan. Di fahamkan, pakaian ini mestilah di pakai hingga majlis selesai..huhuhu..pitamm makkkk..


Tenggelam dalam pelamin yang terang

Berat tul mende atas kepala tu

Posing depan van lagi...

Jamu mata dengan gambar gambar sahaja lah ya. Banyak info info menarik tentang masyarakat Minangkabau ni. Tp dasar malas nak kaji sejarah kan...heehhe..Antara lain yang saya ingat:-

1)  Bagaimana mahu mengenalpasti berapakah anak perempuan yang ada di dalam sesebuah keluarga. Tengok pada bumbung rumahnya. If ada dua tanduk, means ada dua anak perempuan. 

2) Anak lelaki Minangkabau sememangnya sudah di latih dari awal supaya lebih berdikari. Seawal usia 18 tahun, anak lelaki telah di suruh berkelana mencari rezeki. 






Wednesday, 12 November 2014

Happy Anniversary

I know that sometimes I am hard to deal with
Still, you manage to stay by my side
Thank you for just being there when I needed you most

Today is the day we have to look back
For all the happy days we spent together
Today is the day we have to look forward
For all the happy days ahead for us

Hoping that the love we shared years ago
Is still as strong today as it was

Happy Anniversary






Tuesday, 21 October 2014

I Miss U

All of the sudden, rindu plak kat dak bam bam ni...huhuhu. Walhal baru jer antar pi sekolah pagi tadik....dia paling suka datang sekolah awal. Kalau terlambat, mula lah bising.  Dialah buah hati pengarang jantung saya sekarang. Boleh gomol gomol cium cium. Yang lain dah tak mau dah. Dah besar, segan kut. But to all my boys, I love you all beyond your wildest imagination.

















Friday, 1 August 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Hahaha...hari raya 2014. Lupa dah cerita apa. Yang pasti, baju raya terpaksa rela ikut kehendak somi terchenta. Nak lain dari yang lain katanya....gigih akak mencari baju raya sendiri. Sbb kain yang dibeli sama sama ngan baju melayu depa depa ni, tak dan siap.

Routine tiap kali raya, tetap sama. Lepas breakfast, semua gi solat Hari Raya. Balik dari solat, bermulalah edisi bersalam salaman bercium ciuman dan bermaaf maafan. Kendian, sessi photography, dan jalan jalan kelililing kampung. 






Thursday, 3 July 2014

Fave Hotel @ Braga

Rancangan saat saat terakhir ke Bandung bersama suami memang huru hara. Segala galanya di saaat akhir. Tiket beli last minit, cari hotel pun last minit. Memandangkan agenda utama ke Bandung adalah untuk membeli belah, maka saya mencari hotel sedekat mungkin dengan Pasar Baru untuk memudahkan kami membeli dan membelah. Saya membuat tempahan hotel melalui booking.com. Dan akhirnya saya memilih Fave Hotel di Jalan Braga.

Setiba di Lapangan Terbang Bandung, kami terus menuju ke kaunter teksi untuk membawa kami ke Hotel Fave di Jalan Braga. Tambang sebanyak Rp50,000 untuk sebuah teksi.


Semasa sampai di sini, saya heran, kenapa driver taksi memasuki bahagian parking. Dimanakah entrance hotel ni. Rupanya memang boleh masuk dari basement. Dan kena naik eskalator one floor up untuk ke lobby hotel. Hotel ini berada dalam kompleks membeli belah. Juga terdapat hotel and residence Aston. Fave Hotel juga adalah salah satu hotel di bawah pengurusan Aston. 






Lobby

Bangi Kopitiam menyediakan makanan tak ubah seperti di Malaysia. Ada asam laksa, mee kari, roti bakar, mee sup, nasi lemak, fried rice, aneka dimsum, horfun...etc...



Kalau bosan, boleh lah lepak lepak di sini sambil berhibur. 

Braga City Walk
Tempat makan di Fave Hotel, kecil tp nampak moden
Walaupun makanan yang dihidangkan hampir sama setiap hari...boleh laa..
Slot in card, untuk masuk ke dalam
Tak sebesar mana, boleh memuatkan untuk dua orang. Takde ruang untuk extra bed.

Simple hotel, sesuai if you just want to sleep.

Apa yang saya suka tentang Fave Hotel kerana banyak convenient stores dan juga restaurants. Walaupun sesetengah restoran tu saya tak berapa yakin nak masuk, tp masih ada restoran lain seperti Starbuck, Wendys, Bangi Kopitiam dan beberapa lagi yg sy lupa namanya.  Kalau tidak mahu makan di restoran, boleh juga membeli makanan di convenient store yang cuma berada di tingkat bawah hotel. Dan yang pasti, untuk ke Pasar Baru dan juga Kartika Sari, kami cuma berjalan kaki sahaja. Tetapi janganlah nak mencari restoran masakan minang atau padang di sini ya...sbb memang susah nak jumpa.

hahaha....salah satu restoran di Jalan Braga 

Jalan Braga

Jalan Braga 
Entrance ke Braga City Walk. Fave Hotel, Aston Braga Hotel & Residence di dalam ya...

Kepada penggemar penggemar lukisan, banyak kedai kedai lukisan terdapat di sepanjang Jalan Braga ni. Bermacam macam jenis lukisan ada. (Sy lupa nak snap gambar..huhuhu). Di waktu malam, di Jalan Braga memang happening kerana ramai pengunjung datang ke sini.