Thursday, 26 November 2015

Autumn in Korea 2015 - Day 5

3 November 2015 (Selasa)

Dah hari Selasa dah ye. Esok kengkawan yang lain dah nak balik Malaysia. Saya, lina dan nani akan meneruskan perjalanan ke Jeju Island ler pulok. 

Jam 7 pagi semua dah kumpul. Plan saya, amik subway ke Gangnam, kemudian amik bas. Tp sbb ada yang dah terer guna subway kan....so dia sajes amik subway terus ker Everland. Saya okay jer. Lagi pun awal lagi. Everland pun bukak jam 10.00 pagi. 

Dah tak ingat amik fastest ke fewest transfer. Tp ini ler laluan yang kami ambil hari tu. Dari Myeondong (Line 4 Blue Color) --> Stopped at Chungmuro and transfer to Line 3 Orange Color --> Stopped at Yangjae Station dan transfer ke Shinbundang line Red Color--> Stopped at Jeongja and transfer ke Bundang Line Yellow Color -->  Stopped at Giheung and transfer to Yongin Everline, Green Color --> Stopped at the last Station. Take shuttle bus to Everland. Perjalanan lebih kurang 1 hr 37 mins melepasi 37 stations. Fare KRW3,350.00.

Awal pagi x ramai sangat org kat dalam subway. Tp bila masuk Shinbundang Line dan Bundang Line punyalah ramainyer ler. Memang tak dapat seat langsung. Bertabahlah berdiri dalam subway train. Cuma bila dah masuk line ke Everland, barulah orang mula berkurangan. 

Sepanjang jalan nak ke Everland, nampak suasana berkabus. Sesampai jer di Everland, memang sejuk giler ko. Saya plak x bawak baju tebal. Sarung tangan pun tinggal.....huhuhu. Sebbnyer hari sebelum tu, suhu dah x sesejuk sebelum ni. Maka saya konpiden jer ari ni x sejuk sangat. Sampai sini, gigil gigil berlari...hahhaha. Saya terus mencari foreigner kaunter untuk membeli tiket masuk. Since ada kupon, dapatlah discount, so kena bayar KRW34,000 jer seorang. Elok jer masuk, sebelum semua terpisah, pakat2 dulu nak jumpa kul baper. Saya kata, kul 3, semua kumpul depan entrance. Nnt diskas balik weder nak teruskan sampai tengok bunga api, or nak terus balik Myeondong.





Kul 8++ dah ramai umat beratur nak masuk Everland


Maka terpisah ler kami pada dua group. Yang lain tu nak ngekor akak jer. No hal..jom kita try apa yang patut. Memola kami naik sky cruise. Ala ala cable car gitu. Sekejap jer pun. Tak puas rasanya. Kemudian kami naik Skywalker kut namanyer. Dari bawah kami naik keatas, selepas tu bebaris semula turun kebawah...hahahha. Betui betul mcm budak budak. Kami masuk ke Safari World pula. Bagus nyer sbb ada satu group dari China. Since depa tu ramai, so depa lepaskan kami dulu naik bas. Selesai di Safari World, kami masuk ke Amazon Express. Kelako giler...terjerit jerit semua mak mak budak kat amazon express ni. Mujur ada cover. If not, kena air, lagi laaaa. Ada gak yang basah kena air, tp kami really enjoyed.  Berputar putar naik mende alah tu berjalan dalam air. Dah setel kat Amazon Express, zu ngan dani nak naik T Express. Sebenarnyer saya teringin, tp ntah lah. Saya takut...umur dah begini, byk sangat pikirnya. Yang lain pun xmo naik T Express. Sementara menunggu zu ngan dani, kami pusing pusing sekitar dan mengopi dulu. Sian Nani sbb dia nak masuk Haunted House. Tp xde saper nak temankan dia...sbbnyer semer kedeeekkss.. hahhaha. Masuk Haunted House kena bayo lain. Saya lak, x suke, sbb nnt saya takut terbawa bawa dlm tido. Penakut giler saya ni.


Naik ni berulang ulang kali


Tadik naik, pastu turun balik

Turun jer zu ngan dani dari T Express, kami masuk ke Lost Valley. Kat sini barisan panjang. Boleh ler...enjoyed gak and best merasa pengalaman naik bas atas air...hehhhe...dalam hati risau gak. What if bas tenggelam..hahhahaha...Masa kat sini memang lama. Kemudian tengok jam dah hampir ke jam 3 petang. Janji dengan yang lain nak tunggu kat entrance jam 3. Ada yang nak solat dulu, kami singgah kat surau sebelah mansion mysteries bersebelahan Rotating House. Lina ngan dani masuk dulu. Kemudian Nani lak nak masuk..hahaha...udah jenuh nunggu sorang sorang. Akak dah risau...almaklum dah dekat kul 3 kan... Group lagi satu dah wasap tanya kenapa lambat...terpaksa lah bagitau yg kami stuck kat bawah sebab ada parade. Depa nak balik dulu, since depa pun dah tau camner nak balik naik subway....so silakan. Tinggallah kami ber 7 tersangkut kat bawah.

T Express

Jalan masuk ke Amazon Express




The Lost Valley. Naik bas yang boleh masuk air





Flamingo kat Lost Valley


Zootopia



Amazon Express


Bas ni boleh jalan atas darat dan air


Surau

Parade yang menghalang jalan naik..kekkke. 

Dah berkumpul semua, memasing pun xmo tunggu bunga api. Semua nak balik. So, saya cadangkan semua naik bas, then kita stop di Gangnam. Dan boleh ler kita menerai Yang BBQ Korean Lamb kat Yeoksam.  Perjalanan dari Everland menuju ke Gangnam lebih kurang 45 minit. Semua terlelap dalam bas. Ada yang pening pening lalat, sbb dah lama x naik bas kannn.......

Sampai Gangnam saya blurr sbbnyer kami ni stop kat Gangnam. Manakala Yang BBQ tu dekat Yeoksam. Pastu nampak signboard nak ke subway Yeoksam. Nampak dekat, tapi risau juga nak berjalan kaki. Kang sesat sesat barat lak. Masa tu pun hari dah mula beransur gelap. Mengikut direction, kena kluar dari subway di Yeoksam. Satu stesen je pun. Saya kata, takper lah..kang lagi sesat, payah juga. Jom ler naik subway. Berpandukan direction dari blog radinfadli dan juga blog Muslim Backpackers ni , sampai juga ke kedai BBQ Lamb ni. Alhamdulillah...badan penat, perut lapar. Dapat makanan panas panas..perghh...nikmatun sungguh lah.


Seleasai makan, kami pun naik subway pulang semula ke Myeondong. Mcm biasa, those yang nak menyoping lagi, sila lah ye. Saya nak tido. Pastu saya pening dok memikir, memasing ramai yang xnak pegi kelas Kimchi Making ngan pakai Hanbook ni. Walhal sebelum tu saya dah tanya semua...nak ke xnak. Sapa yang nak, sapa yang xnak. Semua okay jer sebelum sampai Korea, tapi bila tiba Korea, dah berubah pikiran. Macam macam......

Saya guna kuasa veto jer masa ni. (giler koser koo...) sbb saya dah booked untuk kelas ni. Diaorang jugak yang beria ia nak join kelas kimchi ngan pakai hanbook tu sebelum ni kan. Dengan group yang balik awal tadi, saya whatapps jer, bagitau yang esok kena pegi kelas yang saya dah booked tu. If not, saya terpaksa tebal muka memberitahu alasan alasan x dpt hadir ler pulok. Gasak ler....yang lain terpaksa ngikut....sbb takut saya jadi mak ko ijo...hahhahha.

**pd saya orang Korea adalah orang yang menepati janji. Jadi saya tak mau mungkir janji. Booked utk 8 orang, tp 3 sajer yg pegi.  Pada saya jgn nnt memberikan impression tak elok. Dah kata dah janji nak join kelas, so, please join. Udahlah kita booked tanpa bayar apa apa. Orang dah allocate siap siap time untuk kita. Tiba tiba jer takmau pi...hoishh laaa.  








Autumn in Korea 2015 - Day 4

2 November 2015 (Isnin)

Rasa begitu cepat masa berlalu. Sudah sampai hari ke 4 berada di bumi South Korea. Pada yang mahu ke Gangnam, saya melepaskan mereka pergi sendiri. So yang lain lain, saya bawakan mereka ke Namdaemun.  

Disini saya juga dah pesan, if nak beli apa apa, rasa sesuai dan harga berbaloi, beli aje ye. Sbb saya takkan bawa korang untuk mengulang tempat ni.  Saya bagi peluang mereka menyoping hingga jam 1 tengahari. Selepas tu, balik semula ke Guest House, rehatkan badan seketika, solat dan makan, kemudian kita pergi ke Dongdaemun pula untuk makan ikan bakar. Memang ramai yang mahu makan ikan bakar ni. Untuk mengubat kesedihan kerana tidak mendapat nasi goncang di Nami Island, saya usahakan supaya menjadi juga plan makan ikan bakar di Dongdaemun ni.

Jomm pilih piley brooch..

Jam 1, semua berkumpul di bangunan E-Lengdang. Saya dan dua tiga orang yang lain memang dah x larat dah nak pusing jalan. Lagipun kami dah dapat apa yang kami mahu. Tapi Lina dan Nani masih mahu mencari lagi. Saya tanya, if tau macamana nak balik ke Guest House, bolehlah teruskan, xjadi masalah. Sbb saya memang takmo tunggu di Namdaemun. Maka Dani meng offer diri untuk terus shopping di Namdaemun sbb dia kata dia tau camner nak balik ke GH. Mekasih Dani, menyenangkan kerja akak.  So kami ber4 balik ke Guest House untuk mengira hasil tangkapan memasing.

Sesampai di Myeondong Station, bertembung dengan group lagi satu. So kami bagitau plan kami nak ke Dongdaemun Ikan Bakar. Depa nak follow. Okay jer. Jam 4 petang, saya kata semua mesti ada kat pantry Namsan Guest House 4.

Sampai bilik, semua melabuhkan diri yang kepenatan...hahahaa. Baru satu tempat jer. Memasing dah penat. Jam 4 petang, semua dah ada kecuali Nani dan Lina. Dah x larat nak jalan lah tu. Ntah pukul braper mereka balik dari Namdaemun tu pun, tatau ler saya. Kami pun terus menuju ke Dongdaemun. dengan menaiki subway. Saya membawa mereka masuk ke Dotta Mall. Setengah tu ada yang nak ke Dongdaemun Design Plaza. So memasing pergi sendiri dan janji berkumpul di depan Dotta Mall jam 6 petang.  


Bila dah berkumpul semua, kami pun menuju ke kedai ikan bakar. Saya menggunakan direction yang diberikan oleh  skampung dalam blognyer. Pastu saya merujuk kepada satu lagi blog....lupa aaaaa apa nama blog tu, sbb dia siap letak gambar sekali. Alhamdulillah...senang jer nak cari. Sampai situ, memang banyak kedai ikan bakar. Kami terus masuk jer ke kedai yang pertama. Sbb memasing dah lapar kan...

Kami order mackerel dua jenis, 4 pinggan semuanya. Sotong pedas 2, octopus pedas 2, soft tofu sup. dengan nasi.....Perghhh...memang sedap sangat. Sangat sangat sedap. Kenyang dan puas hati. Dapat lah mengubat kelukaan di hati kerana x mendapat nasi kocak di Nami Island hehehehe.
Ada 4 set ikan bakar ni...sempat amik gambar 2 jer..

Licin....

Dah setel makan, kami pun mau pulang......ada sorang kawan saya, boot nyer di ambil orang...huk alooohhhhh ler. Masa sampai, mmg dah perasan bootnyer sama. So dia letak tempat lain jauh sikit dari boot yang ada tu. Tak sangka lak org yg turun awal tu leh amik lak boot dia. Boot baru beli lak tu. Sabor jer lah. Maka dpt ler kawan saya tu boot Made in Korea. Tp dia tak bawak balik Malaysia pun. Frust tengok sbb boot dia baru lagi, boot yang tinggal boot lama. Sabar jer lah yer....

Boot yang ilang..huhu..sedeyyy.

Dah setel makan, kami pun pulang ke GH. Macam biasa, siapa yang nak jalan jalan di Myeondong Night Market, sila kan ya. Mujur duduk kat Namsan ni. Senang hati pada those yang suka menyoping. Saya pun senang hati, sbb tak perlu nak bawa. Ajar sekali jer, pastu semua dah pandai pergi sendiri. Esok nak ke Everland plak. So, marilah merehatkan diri semua. 





Wednesday, 25 November 2015

Autumn in Korea 2015 - Day 3

1 November 2015 (Ahad)

Kalau ikut perancangan, hari ni ke Namsan Tower, Gyeongbukgong, Gwanghamun Square dan SM Town Theme Park. Itu kalau ikut perancangan. Maka memola marilah kita menapak ke Namsan Tower dulu. Penat juga menapak dari Namsan 4 ke Namsan Tower. Tp ada akak kisah.. haahaha...sbb akak dah kabo awal awal kan.... Sian uols, kena dera dengan ai......kekkekekke.

Mentara nunggu geng lain siap nak daki ke Namsan .....hehhehe

Since kami sampai awal, maka tak perlu berbaris panjang. Cepat saja urusan membeli tiket. Dan cepat juga naik keatas dengan cable car. So, bergambar lah sepuas hati nyer yerk.

Dalam cable car


Ahjussi sebelah kanan tu beria nak amikkan gambar kitaorang

Kunci kunci cinta dah bertambah kat bahagian bawah

Dah setel di Namsan Tower, kami menaiki bas 05 menuju ke Gyeongbukgong. Sesampai di Gyeongbukgong lebih kurang jam 1245 tghari, sedang elok jer Changing Guard Ceremony nak bermula nak bermula. Cepat2 saya pergi membeli tiket masuk. Selesai upacara, memasing dah x larat nak jalan masuk ke dalam. Saya, zu dan dani jer masuk rasanya. Dah lupa laaa..haahhaha..almaklum mak rombongan malas nak amik kisah. Cerita semalam sahaja dah cukup membuatkan mak rombongan terkedu huhuhuhu. Nampak jer ai brutal, tp dalam hati ada taman tauuu...

Kat board ni  ada tulih nama tempat untuk berhenti...so pilihler mana mau stop..










Masa ni ntah ada apa kat Gwanghamum Square ni tatau ler. Tp berderet deret polis Korea di tepi tepi jalan....x lama lepas tu nampak sekumpulan kereta lalu. Kereta orang beso beso le kut.


Kami amik gambar cepat cepat jer. Pastu kluar dari Gyeongbukgong menuju ke Gwanghamum Square. Masa kat sini, ada yang dah start lapar. Ye lah..dah pukul 2 petang...perut pun dah berkeroncong. If ikut perancangan saya, saya nak bawak mereka mereka makan kat Restoran Vegetarian kat Insadong. Udah otak blank xleh memikio jalan hala ke sana, walhal dekat jer rasanya. Saya amik keputusan ke Itaewon saja. Jom naik subway, penatkan kaki anda semua. Sampai Itaewon, memasing dah tak mampu dah nak jalan keatas lagi menuju ke Murree Restaurant. Maka terpaksa lah berpuas hati, berhenti makan di Foreigner Restaurant aje. Jemput makan semua.




Dah lapar semua nampak sedap. Kekonon nak mencuba makanan Korea..tak tercapai gak hajat..ekkkke. Memasing memang nampak x larat. Senyap semua menunduk, kosentret makan.

Bila dah makan, perut dah kenyang, semua nampak macam malas dah nak jalan. Acaner gayanyer nak ke SM Town ni. Eh...bukan SM Town Theme Park tapi SM Entertainment. Tiba tiba bertuko haluan lak bila dah tiba ke Koera. Nak pergi hari ni juga. Ada yang taknak pergi sbb SM Entertainment takde dlm list masa diskas huhuhuhu....haru. Masa ni jam pun dah dekat 4 petang. Sebenornyer bukan ler masalah pun if dah kul 4.00 petang. Cuma masalahnyer nak kena split kepada dua group. Ding dong ding dong dok diskas, last2 saya buat keputusan, kalau nak pergi, esok ajelah. Mintak maaf yer dek non. 6 vs 3. Nnt esok akak ajar camner nak gi. Untuk hari ini, kita jalan jalan di Itaewon sahaja. Those yang teringin ke Masjid di Itaewon tu, saya suruh pergi sendiri. Tunjuk arah jer...sbb dah dekat sangat. Yang x larat, semua melepak kat Foreigner Restaurant ni. Org lain bertuko bersilih ganti...kami jer yg terus terusan melepak...agak2 lapar lagi, amik makanan lagi..hahaha....buffet kan.

Selesai makan, saya bawak masuk ke kedai sourvenier Rainbow di Itaewon, Masa jalan jalan sekitar Itaewon ada pula yang dah x larat. Sian ler pulok. Dipendekkan citer...udah udah ler....Jom balik guesthouse. Saya pun dah penat benonyer....Jangan serik ikut travel ngan ai lagi ye......penat kome