
Thursday, 21 April 2016
Monday, 11 April 2016
Malindo Air
08 April 2016

Ini adalah kali pertama saya menaiki Malindo Air ke Kota Kinabalu. Sepatutnya kami menaiki Rayani Air. Jam 2.48 pagi kami mendapat sms dari Rayani Air mengatakan Flight di batalkan. Haru sungguh. Masa tu kami dah on the way ke airport. Dalam perjalanan ke airport tu baru perasan ada sms dari Rayani Air. Walau dah dpt sms, tak puas hati gak. Tetap singgah di KLIA2 and pergi check, betul ke idak penerbangan di batalkan. Kaunter pun tak bukak u...haru...Mujur flight pergi sahaja, manakala flight balik kami ambil MAS. Kekonon nak try sangat nak Rayani Air kan....meROYAN jadiknyer..
Pikir pikir takde pilihan lain selain dari membeli ticket yang baru ke KK. Check dengan MAS malangnyer fully booked untuk flight pagi. Jam 6 petang baru ada. AA pula tinggal 2 seats sahaja utk flight pagi, walhal kami berlima. Flight petang juga yang ada. Pada mulanya nak catch flight Malindo Air jam 07.45 pagi bersama kekakaks dan abangs sekelian. Tapi x sempat. Jam 6.15 kaunter dah tutup untuk pembelian ticket jam 0745. Maka terpaksalah berpuas hati dengan flight jam 12.55 tghari. Tu pun delay gak..dah masuk flight, boleh kena kluar balik. Kena hangkut segala luggage.....haru sungguh...kematu bontot menunggu di airport. (Kalau tak memikirkan anak anak dah excited nak naik kapal terbang, memang saya kensel jer trip ni....tp hati mak tak lalu nak...kekkekekke. Total damaged jer dah bleh buat mak pitam tau.......hahhaha)
![]() |
| Haru sungguh...rambut kembang....bila anak sy nak makan...kena pegang tray jauh jauh sket.. |
![]() |
| Somewhere sebelum masuk ke South China Sea |
![]() |
| Before landing |
Alhamdulillah saya memilih Malindo Air. Sekurang kurangnyer anak saya taklah bosan dalam kapalterbang. Ada juga flight entertainment yang boleh depa tengok. Main game or tengok movie. Tu pun masa kat bawah dah asik mengaruk kenapa lambat sangat.....Saya cuma pernah naik MAS dan AA jer utk penerbangan dari Malaysia manakala Eastar Jet semasa di Korea. Jadi bila dpt naik Malindo Air...jakun...hahhahha. Sedangkan orang lain dah macam macam airlines dapat di cuba...
Bagus Malindo Air ni. If sesaper nak mencuba ke lain lain destinasi dan mahukan yang lebih selesa, selain dari AA, boleh lah mencuba Malindo Air. Walaupun cuma dapat snack dan jus sahaja, tp kenyang juga. Pramugari pun sangat cermat dan teliti

Sunday, 13 March 2016
Krabi Again
Ni pun suka buat keputusan terburu buru. Ikut suka hati jerk kan....dalam dok sembang sembang pasal beach, tiba tiba jer terkeluar idea....Jom Krabi. Akak dah pegi nok...korang ajak lagi..haish.. tp still akak gedik gedik nak pegi. I do not why, I love to travel with friends. Nak nak kalu friends to kata, dia x penah pegi. Jom ler kak inaz, atleast akak dah tau kat sana camner. I do not know why..hehehe..so kali ni saya menggunakan Airasiago sahaja. Sbbnyer, ticket ke Krabi mahai nok...tu blum masuk hotel lagi. So, kita redah jugak lah yer. Doa banyak banyak moga moga hotel yang kita dapat tu elok dan cantik....tp itinerary, korang pikir lah ye....hehhhe..

Monday, 22 February 2016
Japan - Here I Come
Friday, 19 February 2016
Hotel Cititel Express Pulau Pinang
Masa ke Pulau Pinang baru baru kami stay di Hotel Cititel Express. Hotel ni betul betul di tengah tengah bandar. So access nak ke kedai makan, pasaraya, Penang Art Street, Muzium Terbalik etc sangatlah dekat. Hotel ni taklah besar mana. Kami booked 2 family rooms and 2 standard twin rooms. Family Room untuk myself sekeluarga and the other one untuk emak dan anak anak buah. My sisters and hubby masing masing amik standard room.
Untuk Standard Room saya booked thru booking.com. Manakala family room thru Hotel Cititel Express Penang website. Pada saya booking melalui website lagi murah hahha.. With breakfast and no extra charges. Melalui booking.com ada breakfast tp kena pilih and pay extra and harganyer lebih mahal. Untuk Standard Room, pada saya amatlah kecil. Nak solat, memang kena ejas. Tp family room nyer quite big gak..selesa lah utk 4 orang adults + 1 child. Family room nyer mcm connecting room gitu. Sebelah menyebelah. Bahagian dalam double bed, bahagian depan two twin beds.
| Pemandangan dari dalam bilik |
| Boleh nampak jambatan Pulau Pinang |
Keesokan hari kami breakfast di Enoshima Japanese Restaurant yang berada di lobby. Small restaurant, pilihan pun tak banyak, tp menarik juga. Kami anak beranak bersembang kat dalam ni sampai orang tu tutup lampu ler..hahhahaha...indirectly nak bagitau gamaknyer, breakfast time dah tamat.
![]() |
| Nunnn kat hujung tempat ambil makanan. Kecik jer.. |

Family Gateways to Pulau Pinang
Lepas balik dari Taiping, kami ke Pulau Pinang pulak semasa CNY. Sekali lagi, balik kampung dulu di hari Sabtu (06/02/2016), then on 07/02/2016 kami bergerak ke Pulau Pinang. 3 buah kereta semuanya, termasuk emak. Myself & my sisters's family. Abang-abang tak dpt join..nothing much yang kami buat pun benonyer. Just jalan jalan....kami lalu kat jambatan kedua. Alhamdulillah..jalan memang clear.
Melintasi jambatan dan laut, kami masuk ke area Teluk Bahang. Meredah jalan berliku liku, berbelok belok...byk kali kena berhenti, sebab emak asik nak terkucil jek..kekkke...then singgah breakfast di Teluk Bahang dulu.
| Mmg spesel roti jala ni...besaaaarrrrr |
| Tak cukup korum, tp still meriah |
| Kami breakfast di sini |
Selesai breakfast, kami menyusuri jalan terus menuju ke Batu Feringgi. Mula mula anak saudara nak masuk Teluk Bahang Park....tp kensel. Tatau ler depa ni....jap nak, jap taknak. Mak pak ngikut jer lah...hehehheh.
Singgah di pantai, anak anak nak mencuba parasailing. Layan jer. Hafiy the bam bam pun nak gakk..haii..jenuh akak mujuk..risau wehhhh. Takut dia tak reti nak duk diam masa kat awang awangan tu. Tp dia kata nak gakk.....Alhamdulillah. Selamat. Tanya dia..takut dak. Takkkk...katanya. And nak naik lagi..haha..udah ler nak. Lenkali la ye..One thing that i dun like here, ada anjing berlegar legar di tepi pantai.....jenuh ngelak..anjing tak bersalah...tp hmmmm....
Lunch kat Nasi Kandar Ketapang. Yg benarnya nak ke Cargas Cafe tp kena pusing balik ke Bayan Lepas sana nun. Kami carik Hameediyah Nasi Kandar. Tp punyalah ramainyer orang berbaris menunggu..kedainyer kecik jer...huhuhu..tak sanggup. Lagipun kesian kat emak. Bukan boleh lama lama dalam panas tu. Maka berpuas hati ajelah kat Nasi Kandar Ketapang.
Then..kami check in di Cititel Express Hotel. Lepas check, bebudak nak ke Art Street lak..okay..jomm..jom..layankan aje. Tp bebudak je lah yang bergambar. Mak mak dan bapak bapak budak idak ler..
Selebihnya, kami layan bersembang anak beranak jer. Erkk jap..dinner kat mana ntah..hahaha..pi kat gerai gerai dekat ngan tokong ular tu rasanya,,,,nama kedai..hmmm..haram ingat..hahaha. Hancusss plan pemakanan saya.....
Malam hari bebudak bujang tu semua pi makan kat Padang Kota. Then depa gi tengok wayang citer Ola Ola Bola. Sbb hotel kami stay tu dekat sangat ngan shopping kompleks.
The next day, dapat juga makan di Cargas Cafe. Kedai ni betul betul di tepi jalan. Susah nak cari parking. Tersangatlah ramainyer orang....tempat duduk pun berebut rebut. Ntah apa yang speselnyer..pada saya nasi kandaq kat Penang sama jer sedap nyer...hehehe. Semua sedap..
Afterall, it was a good time spent with the family. Selagi hayat masih ada...alhamdulillah emak pun masih sihat walaupun takleh jalan lama lama. Kemana mana memang kena bawak wheelchair. Next time will try utk pastikan semua ada. Next plan...Hari Raya Aidil Adha 2016. Kemanakah kita....jenuh dah survey merata ni.................
![]() |
| Hafiy, Hakim, Haikal, Me & Hubby makan char kuehteow |
Malam hari bebudak bujang tu semua pi makan kat Padang Kota. Then depa gi tengok wayang citer Ola Ola Bola. Sbb hotel kami stay tu dekat sangat ngan shopping kompleks.
The next day, dapat juga makan di Cargas Cafe. Kedai ni betul betul di tepi jalan. Susah nak cari parking. Tersangatlah ramainyer orang....tempat duduk pun berebut rebut. Ntah apa yang speselnyer..pada saya nasi kandaq kat Penang sama jer sedap nyer...hehehe. Semua sedap..
Afterall, it was a good time spent with the family. Selagi hayat masih ada...alhamdulillah emak pun masih sihat walaupun takleh jalan lama lama. Kemana mana memang kena bawak wheelchair. Next time will try utk pastikan semua ada. Next plan...Hari Raya Aidil Adha 2016. Kemanakah kita....jenuh dah survey merata ni.................

Friday, 12 February 2016
Tok Janggut Homestay & Retreat Taiping
Pada 30 & 31 Januari 2016 yang lepas, maka berakhirlah Geder Geder TSY buat kesekian kalinya di Tok Janggut Homestay. Boleh masuk FB ni untuk tengok lebih lanjut berkenaan dengan TokJanggut Homestay & Retreat Taiping
Selebihnyer saya tepek gambar jer lah ya....Best tempat ni, sbb ada 8 bilik pelbagai size. Dibahagian hadapannyer ada main house, yang mana terdapat 3 bilik (2 bilik kelamin dan 1 bilik bujang) manakala di bahagian belakangnyer terdapat lagi 5 bilik. Di ruangan tengah tengah pula, terdapat sebuah kolam renang. Walaupun tidak besar mana, tapi cukup untuk anak anak bergumbira mandi manda.
Ni susunatur bilik kami aritu. Thank you to IMANN, susah payah buat layout bilik, untuk memudahkan kami supaya tahu bilik masing masing kat mana...
Ni susunatur bilik kami aritu. Thank you to IMANN, susah payah buat layout bilik, untuk memudahkan kami supaya tahu bilik masing masing kat mana...
Disini juga ada disediakan basikal dan motosikal untuk kegunaan para pengunjung berjalan jalan sekitar kampung. Untuk penggunaan basikal hanya secara percuma, manakala untuk motosikal kalau tidak silap saya dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk sebuah motosikal. Selain mempunyai ruang dapur dan juga ruang makan, juga terdapat beberapa bilik air untuk di kongsi. Untuk sampai ke sini mudah sahaja...sila tengok berdasarkan gambar di bawah
Homestay Tok Janggut ni betul betul di tepi jalan. So, kena alert, takut terlepas pandang. If terlepas, kena patah semula ke belakang.
| Bilik 6 & 7 |
| Bilik No 4, 5 & 8 (kat belakang bilik no 5) |
| Ruangan untuk lepak lepak dan makan makan |
| Basikal boleh digunakan |
| Bilik 6 & 7 |
Tempat yang menarik untuk weekend gateways for families. Untuk bersama kengkawan pun seronok juga..facilities bagus, bilik bilik pun best. Setiap bilik ada aircond dan kipas. Paling best, bila mandi, air sejuk. Ada beberapa bilik air mempunyai 2 shower. Menurut kata owner, satu adalah dari air paip dan satu lagi air sungai...sejukkk.
![]() |
| From Tok Janggut FB |
![]() |
| From Tok Janggut FB |

Subscribe to:
Comments (Atom)




















