Monday, 15 October 2018

Jogja Expenses

Bila baca blog or baca di facebook, rata rata expenses ke Jogja taklah semahal mana. Tapi ntah kenapa, our expenses boleh tahan jugak ek...hahhaaha..

Day 1
Simcard                  85,000.00
Setia Backpacker ( 1 night)               111,250.00
Dinner                 25,000.00       221,250.00
Day 2
Parking                    5,000.00
Lunch                 38,000.00
Borobudur Entrance               350,000.00
Hotel Dieng Kledung (1 night)               165,000.00
Dinner - Dieng Kledung                 49,500.00       607,500.00
Day 3
Bukit Sekunir Guide + Entrance               250,000.00
Sekunir Signboard                    1,666.67
Jambatan Merah Putih                 15,000.00
Lunch & Dieng                 24,250.00
Teatime @ RNR                    4,750.00
Tshirt                 50,000.00
Hotel Prima In (3 nights)               720,000.00   1,065,666.67
Day 4
Stonehenge Entrance                 10,000.00
Jeep Merapi Tour               150,000.00
Lunch                 70,666.67
Prambanan Entrance Fee               352,500.00
Gumuk Pasir Entrance                    7,500.00
Gumuk Pasir Slide Board                 33,333.33
Dinner Prima In - Service Charge                    6,083.33
Dinner Prima In- Tax                    6,691.67       636,775.00
Day 5
Jomblang Cave               500,000.00
Jeep Timang Beach               116,666.67
Dinner - Lobster Pak                233,333.33       850,000.00
Day 6
Transport + Supir               666,666.67       666,666.67
Lain lain Expenses
Mask                    7,500.00
Tissue                    5,000.00
Topi @ Borobudur               100,000.00
Toilet @ Bukit Sekunir                    3,000.00
Toilet @ RNR                    5,000.00
Tissue                    6,000.00
Gambar @ Merapi               150,000.00
Toilet @ Merapi                    1,500.00
Dinner @ Hotel                 65,000.00
Kabaret Show                 50,000.00
Gondola @ Timang Beach               200,000.00
Gambar @ Jomblang Cave                 50,000.00
Fridge Magnet @ Airport               120,000.00
Key Chain @ Borobudur                 20,000.00
Kedai Batik (Souveniers)           1,297,000.00
Dinner @ Room Service                 50,820.00
Expenses cannot be traced…                 40,750.00   2,171,570.00
Total in IDR   6,219,428.33
Total in RM (Rate 0.281)1747.66
Flight tix + luggage + insurance455.30
Total All2202.96




Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 3

13 September 2018

Hari Khamis jam 0200 semua bangun. Sebenarnya sebelum tu jam Eina berbunyi. Kami ingat dah pukul 2. Sekali check, belum lagi...hahahhaa. Haru tul. Pastu dah jenuh nak tidor balik. Bilik di Dieng Kledung ni unik sikit. Kita tak nampak bilik air. Dalam bilik ada 1 queen bed dan satu single. Ada satu lemari. Nak ke bilik air, bukalah lemari tu....hahahah dan terus menuju ke bilik air. Bilik air kami masalah sikit. Air lambat turun. Maka bertakung air dalam bilik air. Mujur pagi ni, air dah kering...klu idak...haru...

Nampak dak lemari tu. Masuklah ke dalam lemari untuk ke bilik air.

0245 pagi, pak supir dah siap menunggu. Sebaik masuk ke kereta, breakfast kami sudah menanti. Cantik je mereka pack makanan dalam kotak. Walaupun simple, atleast, dapat juga buat alas perut. Sebiji telur rebus, sebuku roti ban, air kotak dan juga biskut. Dari Dieng Kledung ke Bukit Sekunir perjalanan1 jam lebih.

Breakfast roti, biskut, air dan telur rebus

Didalam kereta, pak supir bagitau, nanti guide akan ikut sekali. Maka seorang yang didepan kena pindah ke belakang. Okay je. Sesampai di Bukit Sekunir, pak supir memperkenalkan kami kepada tour guide bernama Taufik @ Opick. Opick bagi penjelasan kepada kami kemana harus kami pergi dan berapa lama masa yang perlu di ambil. Bayaran pakej tour guide Opick  untuk ber6 adalah 1.5juta.

Bersinar mata dalam kegelapan...hahahha

Opick, tour guide bagi penerangan

Dari sini, kami sekali lagi menaiki kereta  menuju ke Bukit Sekunir Dieng Plateau. Jalan jalan di Jogja ni betul betul menguji ketahanan. Bergegar gegar rasa duduk dalam kereta....hahhahah. Sesampai disini, kami sudah mulai rasa akan kesejukan di tanah tinggi ini. Pak Supir kata, boleh solat dulu sebelum kita mendaki ke puncak Bukit Sekunir yang di gelar Negeri Diatas Awan. Menurut kata Opick, perjalanan keatas antara 30 - 45 minit. Sunrise pada jam 0520. So sempat katanya. walaupun maybe kami berjalan perlahan. 

Dalam kesejukan dan juga kegelapan, berbekalkan torchlight dari orang sekeliling juga cahaya alam semula jadi, kami pun mula mendaki. Waduhh....sesungguhnya saya tidak cukup fit. Baru berapa anak tangga, sudah termengah mengah bernafas mengalahkan naga....hahhaha.  Tapi Opick sangat bagus. Dia sabar menanti sorang sorang antara kami melepasi ke atas. Malah Opick berusaha membantu Rose yang agak kelelahan. Setelah entah berapa puluh kali kami berhenti di tengah jalan (sayalah....orang kedua last dalam group kami....didepan saya ayu, dibelakang saya Rose dan Opick. Antara Za, Eina dan Riny, tidak pasti siapa yang terkehadapan...hahha). Akhirnya sampai juga ke pitstop yang pertama. Sunrise mula menampakkan diri perlahan lahan. Ditambah dengan angin lagi. Diatas ni memang sejuk. Tetapi memadai memakai sweater je pun.





Kata Opick, ada another 200 meter keatas, pemandangan lebih cantik lagi. Masa ni rasa macam baru jer nak bernafas. Nak heret kaki lagi ke atas......tp gigih juga kami naik. Memang waallaaaa......alhamdulillah. Indahnya ciptaan Tuhan. Cuma keadaan berangin, maka kami tak dapat nak tengok kepulan awan. Awan berlalu di bawa angin.  Lama juga kami diatas, mengambil gambar dengan pelbagai gaya dan rupa. Kemudian kami perlahan lahan turun ke bawah untuk melihat Telaga Cebung dari atas. Pemandangan dari atas memang cantik. Berbaloi baloi memanjat bukit. Walaupun penat.




Perlahan lahan kami turun lagi.......dan sampai di tempat mula mula kami sampai. Masa ni hari sudah cerah, dan masing masing juga sudah kelaparan. Tapi Opick kata kami perlu ke Batu Pandang Ratapan Angin. Ini semua dah masuk dalam pakej Opick. Disini pelbagai spot ada untuk ambil gambar. Kami cuma pergi ke certain spot sahaja. Kawan2 lain ambil gambar dengan burung hantu. Saya malas...hahaha. Kemudian kami naik Jambatan Merah Putih. Untuk ini kami membayar 90K untuk 6 orang. Ada satu spot lagi di panggil Dieng Batu Pandang. Tapi kami tak naik pun. Cuaca panas walaupun suhu sejuk, masih terasa juga keperitannya. Dah puas bergambar di Batu Pandang, Opick membawa kami ke Kawah Sikadang.






Cuaca sangat panas.....nak bukak mata pun huhuhu....silau...silau....hehehhe. Di Kawah Sikadang ni, boleh nampak sulfur hidup disana sini. Malah nak cuba rebus telur pun boleh. Disini tak menarik sangat pada saya. Macam pergi Tangkuban Perahu or Kawah Putih di Bandung. Cuma disini, sulfurnya mendidih. Dan bau pengit dan busuk....jenuh tahan hidung. Boleh nampak juga beberapa spot bergambar disini dan seperti terbiar sahaja. Kami tak lama, masing masing pening. Terutama saya...hahahha. Copot copot saya kembali ketempat meletak kereta. Selesai di Kawah Sikadang, Opick membawa kami ke Candi Arjuna.





Candi Arjuna adalah candi merupakan hindu temple tertua yang terdapat disalah satu bangunan candi di Kompleks Percandian Dieng. Terdapat juga banyak candi candi lain disini. Matahari makin memancarkan cahaya membuat saya sakit kepala..huhuhu..panas sungguh.

Walaupun di Jogja ni memang penuh dengan candi, tetapi pemandangan di Dieng memang sangat mendamaikan. Walaupun matahari terik, tetapi orang orang disini gigih bekerja mengerjakan kebun tanaman. Ada potato, kacang tanah dan juga sayur sayuran. Tanah memang kelihatan amat subur sekali. Sepatutnya dari Dataran Batu Pandang tadik, kami ke Telaga Warna. Opick kata, telaga warna surut. Air tak cantik. Maka kami skip Telaga Warna dan terus ke Candi Arjuna.




Dari Candi Arjuna, kami kembali ke pekan Dieng. Memang sangat kelaparan, maka kami makan dulu di kedai yang sama semasa mula mula berjumpa Opick. Selesai makan, Opick datang kepada kami dan mengucapkan terimakasih. Katanya hanya sampai di sini saja. Dia perlu membawa satu group yang lain pula naik keatas. Waaah.......berapa kali mau panjat. Patutlah mereka semua ni mantap.



Kami berehat lama juga di Dieng ni. Agak letih dan mengantuk juga sebenarnya...hahaha. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Jogja. Serasa begitu jauh menuju ke bandar Jogja. Saya tak pasti pukul berapa kami sampai. Yang pasti, hari sudah gelap. Maybe dalam jam 0600 or 0700. Macam dah pukul 10.00 malam...hehehe.  Sesampai di sini, kami checked in Prima In Hotel dan akan bermalam disini selama 3 malam. Roomate di Prima In juga kami pilih secara lat talilat tamplong. Maka saya bersama dengan Eina akhirny. Rose dan Riny manakala Za dan Ayu.

Bilik berselerak..hahhaha



Saya agak tidak sihat. Asik bersin tanpa henti. Hidung pun terasa sakit...gatal gatal lagi. Banyak faktor menyumbang kearah ke tidak sihatan saya ni...hehehhe. Habuk, debu, makanan, cuaca.... Saya decided untuk stay kat hotel je. Yang lain lain, lepas checked in, diaorang keluar cari dinner. Lepas dinner, diaorang mengopi lak. Saya cuma order makanan dari pihak hotel. Bagus hotel ni...restaurant dibuka 24 hours. So tak perlu risau kiranya kelaparan di tengah malam.

Room Service - Nasi goreng ajo. Mak x larat dah nak....hhehehhe

Kawan kawan gi dinner kat House of Raminten

Saya tak pasti bila rakan sebilik saya, Eina balik ke hotel. Saya ni sesungguhnya penakut...hahaha. Tidur tidur ayam sementara menunggu Ina pulang..hahaha. Bila Eina pulang ke hotel, sempat mereka membeli tshirt untuk kami kami ni, untuk di pakai esok. Esok sedondon dondon lah kita ya...Saya makan ubat, terus lena dibuai mimpi. Menanti hari esok pula. Saya kena pastikan saya sihat untuk besok hari. Risau juga...takmau lah menyusahkan orang.....


End of Day 3.




Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 2

12 September 2018

Janji dengan supir, dia akan datang pada jam 10.00 pagi untuk ambil kami. Kemudian akan ke airport untuk ambil Za dan Riny pula. Mereka touch down nanti dalam jam 11.05 pagi.  Bangun pagi, kami terus pergi breakfast di roof top. Kecil je tempat ni, tapi menarik. Dah siang, banyak yang dapat kami pandang. Boleh nampak Hotel Neo Malioboro dan banyak juga hotel hotel lain yang berhampiran.  Breakfast kami hari ni, nasi goreng, cucur jagung, coffee dan tea. Baik je orang orang disini melayan kami. Masa kami sampai, lupa nak bawa coupon makanan. Tapi sebab malam sebelum kami dah naik atas, diaorang pun dah kenal...hahhahha....sebut terus nama saya juga nombor bilik.

Cekodok jagung ngan nasi goreng. Klasik tul bekas air kopi tu...

Gula, kopi teh bagai....

Kat rooftop

Kami lepak lepak di roof top. Kemudian turun semula kebilik untuk bersiap siap untuk berjalan. Masa panjang lagi. Kami jalan jalan sekali lagi di Malioboro Street dan juga di lorong lorong tikus yang sangat bersih ni. Rasa macam masuk rumah sesat dan mencari jalan keluar...hehhehe. 

Kebanyakan lorong, besar ni je..

Kat main road. Nanti supir ambil kat sini..

Sepanjang jalan 

Depan hostel.

Dah abis kami pusing sekitar perumahan, kami balik ke hostel untuk ambil barang. Masa tu sudah hampir jam 1000 pagi. Sekali lagi mengheret beg ke jalan besar. Sudah berjanji dengan supir untuk menanti di tempat yang sama semasa dia turunkan kami. Dari sini, supir membawa kami ke satu tempat, untuk kami meninggalkan barang barang yang tidak perlu. Cuma bawak beg yang kecil sahaja untuk ke Dieng. Sesampai di rumah itu (rumah kawan imam katanya. Imam tu anak dia), kami mula terpikir pikir. Tinggalkan beg di sini, nanti kena datang semula untuk ambil. Membuang masa sahaja...tetapi avanza memang tidak muat untuk mengisi 6 bag. Masa ni kami start argue juga...kami kata, semasa deal dengan imam, katanya dia akan gunakan innova sebagai transport kami. Tetapi kenapa hari ini kami masih menggunakan avanza. Avanza agak kecil untuk 6 orang juga 6 bag. Kebetulan pada masa itu, dirumah kawannya imam ada sebuah kenderaan mpv yang lebih besar. Kawan2 kata, kenapa tidak ambil sahaja kenderaan mpv itu. Lebih besar dan selesa. Kami pun berpikir yang sama. Tetapi supir kami ni agak ragu ragu...kemudian siap tanya berapa yang telah dipersetujui antara kami dengan imam. Bincang punya bincang, dia kata tambah lagi 600k jika mahu guna kenderaan yang lebih besar. Kami minta 500k sahaja and dia agreed. Bila kami masukkan bag, semua bag muat. Kami dah ambil kira beg Za dan Riny, masih ada ruang. Makanya, kami pun bawa semua bag kami....kan senang. Dari kena tinggalkan, kemudian kena ambil semula. Tapi memang selesa. Saya tak ingat kenderaan mpv apa....hahahhha...

Sementara menanti setel pasal kereta...makan putu bambu dulu...hehhee

Kemudian kami terus ke airport. Untuk bayaran parking di airport, kami kena kluarkan duit lain. Tak termasuk dalam pakej supir. Lama juga kami menanti Za dan Riny. Akhirnya jam 1200 lebih baru mereka keluar. Dan kami meneruskan perjalanan ke Borobudur. Sebelum ke Borobudur, kami singgah lunch dulu di . Okay jugalah makanan di sini. Kemudian singgah di satu tempat untuk membeli tiket masuk ke Borobudur. Disini kami dapat sedikit diskaun, maka kami hanya membayar 2,100,000 utk harga tiket bagi 6 orang.

Lunch kat sini

Complete dah 6 orang

Our lunch

Sesampai je di Borobudur, sebaik turun sahaja dari kereta, kami dah kena serbu. Diserbu oleh para peniaga disitu. Hadoii...rimas you. Jenuh nak mengelak. Since masa ni tengah panas, ada yang nak beli topi. Lepas beli, sila lah lari laju laju dari situ. If not, memang kena block habis, sampai susah uols nak bergerak.  Pastu pastikan tawar harga. Kami aritu, tak tawar harga. Seorang kawan saya, terus beli topi. Padahal harga boleh kurang lagi. Tapi sebab dia dah bayar 100k, yang lain tawar pun, peniaga tu takmau. Kawan sudah beli dengan harga 100k katanya. Uishh...maka redho lah kami membayarnya..huhhuhu




Mendaki Borobudur, menguji kesabaran....hahhaha. Pada yang biasa, okay je la kut. Tercungap juga saya nak sampai ke atas. Cantik Borobudur ni. Kami terjumpa satu tempat yang meletakkan kain kain batik untuk di pakai semasa ke Borobudur. Maka kami denga muka tak malu, pergi la situ mintak kain. Sekali katanya, untuk yang bercelana pendek sahaja...hahahhahha. Jom pakat pakat pendekkan seluar. Kami bercelana panjang enggak perlu pakai kain batik...keekeke. Kami berminat sebab nampak cantik kain tu. Seragam je kalau di pakai bersama. Tapi tak merasa....

Paling atas sekali...

Pak Supir bagi masa 2 jam sahaja untuk kami menjelajahi Borobudur ni. Saya macam biasa, bukan kaki explore sangat kalau bab bab temple ni. So sekadar pergi mana yang patut je. Cukup 2 jam, kami pun bergerak keluar. Semasa nak keluar ni pun hazab juga. Pandai pandai lah mengelak daripada para peniaga disini. Mereka akan ikut kita sampai kita rasa rimaslah. Konon nak juga membeli souvenier sebarang dua. Dah macam ni keadaannya...hmm....semua tawar hati. Kami jalan laju laju sahaja. Semasa peniaga ni ikut, jgn cakap apa apa. Kalau kita cakap, tak mau...selagi tu dia ikut dengan memujuk rayu suruh membeli. Buat muka blurr je lah......geleng pun tak payah. Jalan je terus sampai ke parking. 

Dari Borobudur kami terus ke Gereja Ayam. Sesampai di Gereja Ayam jam sudah hampi 0430 petang. Gereja Ayam juga sudah di tutup. Tapi katanya, kalau setakat nak jalan jalan di luar, boleh sahaja. Cuma tidak boleh naik ke atas. Bincang punya bincang akhirnya kami buat keputusan, terus ke Dieng. Dari situ nak ke Dieng pun ambil masa dalam 2 jam lagi. 

Didalam kereta, pak supir kata, esok kena pergi awal untuk kejar sunrise di Bukit Sekunir. Sebabnya, dari hotel yang kami booked tu  nak ke Bukit Sekunir dalam 1 jam setengah lagi. Supir kata, kenapa pilih hotel jauh. Manalah kami tauu....hahhahhaa. Dah Bukit Sekunir tu di Dieng, maka kami ingatkan Dieng Kledung Hotel tu dekat dekat situlah juga. Esok kena kluar jam 0245 pagi kata pak supir and kami pun macam....erkkk...krikk...krikkk....

Dieng Kledung Pass

Sesampai di Dieng Kledung Hotel, kami tanya juga pekerja di situ, since kami booked hotel ni, breakfast included, maka esok kami keluar awal, boleh tak dapatkan  bekalan breakfast untuk kami. Bagus hotel ni. Katanya akan diuruskan. Pak Supir juga bagus. Dia pastikan kami dapat apa yang sepatutnya kami dapat. Disini kami booked 2 bilik. So marilah lat talilat talilat tamplong...untuk menentukan siapakah rakan sebilik kami...hahha. Kami buat begini untuk mengelakkan sesama kengkawan kecil hati. Kita semua kawan, so kita berlaku adil pada semua. Siapa saja rakan sebilik, terima seadanya. Maka saya, Eina dan Ayu dapat sebilik. Sukerrrr.....

Sambil sambil tanya leh arrange breakfast esok dak...

Restaurant kat Dieng Kledung. Dah nak tutup...tp depa tunggu juga kami dinner

Bilik saya, Eina dan Ayu...

Bagus hotel ini, kerana walaupun restoran mereka sudah hampir nak tutup, memandangkan kami baru baru sampai, mereka sanggup tunggu kami dinner dulu. Sangat bagus.....Selesai dinner, kami masuk bilik masing masing, set jam kul 0200 pagi. Masa dinner saya ambil sup sapi...huhuhu...sungguh tidak kena dengan tekak saya. Actually, saya bukan pemilih sangat, tp ntah...hahaha. Masuk bilik kami mandi manda, kemas apa yang patut, tidur terus. Tapi tak lena...hahahhaha....takut terlepas waktunya. 

End of Day 2.




Tuesday, 9 October 2018

Jogja Trip with Geng Ukur Jalan - Day 1

11hb September 2018

Balik dari Fraser Hill terus berkemas untuk ke Jogja pula. Actually flight saya mulanya sama dengan Za dan Riny pada 12hb September 2018. Since AA retime, saya tukar ke 11hb untuk fly bersama Rose, Ayu dan Eina. Beli tiket asing asing sebab nak murah...hehehe.

Flight kami jam 0345 petang.  First time saya kena drop luggage sendiri. Satu pengalaman baru. Maybe org lain dah pernah buat sebelum ni. Masa saya travel ke Korea last April, masih lagi orang di kaunter yang buatkan. Masa nak drop luggage, pekerja disitu suruh kami print boarding pass dan luggage tag dahulu. Masa print luggage tag tu kena nyatakan braper byk bag yang nak check in. Dah print ada beberapa sticker self adhesive. Satu kena tampal pada bag satu lagi pd boarding pass. Kemudian pergi ke kaunter, letak bag atas conveyer, scan luggage tag tu. Follow je instruction pada scanner tu. Bila dah okay, conveyer tu jalan sendiri.



Dah setel drop luggage kami terus masuk boarding area. Flight take off on time. Perjalanan 2 1/2 jam. Saya dpt seat dekat ngan emergency exit. Menegak je lah sepanjang perjalanan. Tepat jam 0510 waktu Jogjakarta, flight landing dengan selamatnya. Kecil je airport Adisujipto ni. Urusan imigresen juga mudah. Selesai melepasi imigresen, Pak Muh (+62 812-7661-1699 - Muhamad Masud) supir kami sudah menunggu di luar dengan kertas terpapar nama Inazz. Jam 0500 petang Jogja sudah hampir gelap.





Kami singgah beli simcard dulu dengan harga IDR85,000 utk 5GB data internet selama 6 hari. Simcard harus dipulangkan semula di kedai pada hari terakhir yg mana kami hanya berikan pada Pak Muh sahaja utk pulangkan bagi pihak kami. Kemudian Pak Muh menghantar kami ke Setia Backpacker. Menurut kata Pak Muh utk sampai ke Setia Backpacker dia hanya boleh dropkan kami di main road sahaja kerana kenderaan besar tidak boleh masuk ke dalam.  Kami berhenti di signboard arah ke Setia Backpacker...huhuuu....letih juga membawa backpack 12kg. Akhirnya sampai juga. Setia Backpacker ni berada dalam kawasan perumahan yang mempunyai lorong lorong sempit. Sepanjang lorong memang terdapat banyak hostel dan motel untuk disewa. Lokasi sangat strategik. Seolah berada di kampung di dalam bandar. Area sangat menarik. Serasa berada di Korea, kata saya kepada geng travel. Rumah rumah di kiri kanan  begitu juga hostel dan penginapan mampu milik. Walaupun melalui lorong lorong kecil, saya kata lorong tikus, tetapi lorong2 ini sangat bersih. Boleh dilihat banyak motosikal diletakkan sepanjang lorong. Penghuni disini juga akan turun dan menyorong motosikal masing masing kerana bunyi bising tidak dibenarkan. Banyak signboard amaran Sila Matikan Enjin Kenderaan.

Supir dropped kat sini. So dari sini masuk jalan jauhhhhh ke dalam mencari SB

Setia Backpacker ini ada 4 tingkat dan kami ditempatkan di tingkat 2. Bilik sangat kecil walaupun ada 2 bunk bed. Memang berlaga lah bila 4 org di dalamnyer. Mujur utk satu malam sahaja.

Katil tinggi and siap ada langsir hehehhe

Selesai di Setia Backpacker, kami berjalan ke Malioboro Street. Rupanya utk sampai ke Setia Backpacker ni boleh dilalui dari beberapa entrance dari main road. Then kami realised if kami masuk ikut entrance dekat Neo Malioboro Hotel ianya lebih dekat.

Kami jalan jalan sahaja di sekitar Malioboro. Sedang jalan jalan ternampak Prima In Hotel (hotel yang bakal kami inap untuk 3 malam berturut sekembali dari Dieng nanti). Masa ni berhampiran dengan stesen keretapi ada festival coffee. Beraneka jenis coffee di jual disini. Tapi kami tak membeli pun. Sebenarnya kami mencari kedai makan. Suasana agak panas di malam hari ni. Apabila kami jumpa satu kedai ni, terus je kami masuk, kelaparan sungguh, and kerana cuaca panas, kami order air sampai dua gelas...hahahaa.

Our dinner

Coffee shop kalau nak lepak lepak mengopi

Boleh dengar orang nyanyi


Pocong ni dok lambai lambai je kami ajak bergambar...hahahha

Kemudian kami just lepak lepak sekejap. Macam ala ala buntu tak tau nak buat apa. Nak shopping pun, tak banyak kedai sekitar yang dibuka. Kalau ikutkan boleh sahaja kami start menyopping malam ni. Tapi since buntu, semua tak tau nak buat apa....haahaa.

Kami pun berpatah balik semula ke Setia Backpacker. Kali ni rasa mudah dan cepat je sampai tidak seperti mula mula sampai tadik, menggagau tercari cari. Kalau dah tahu lorong mana nak ikut, senang je.  Sampai hostel, kami manda mandi, kemas apa yang patut. Sebabnya sebelum turunkan kami, supir kami sempat beritahu supaya bawa barang barang yang patut sahaja untuk ke Dieng. Kami akan bermalam 1 malam di Dieng. Ini adalah kerana kereta yang dibawa adalah avanza, dan memang agak mustahil untuk memuatkan luggage bagi 6 orang. Kami ni menurut perintah je. Tapi esok harinya, lain pula kejadiannye...hahhaha....

End of Day 1.