Friday, 6 December 2019

Bandung Again - Day 3 (Last Day)

2 Disember 2019

Hari ketiga, hari terakhir. Flight ke Kuala Lumpur jam 1335 tengahari. Dan akan sampai di Kuala Lumpur pada jam 0500 petang. Perjalan 2 jam lebih je. Tapi time differece. 

Kali ni kami dah plan nak breakfast kat One Eighty Coffee Music.  Masa kami sampai, cafe ni belum buka lagi. Maka terpaksa lah kami menunggu seketika. Since tak rushing, so takde hal. And kami bertiga adalah 1st customer untuk hari ini...hahha. 

Kami berangan nak makan makan dalam air. Tapi awal pagi, diaorang tak bukak lagi kolam tu. Maka sekadar pandang sahaja lah nampaknya. Not bad makanan di sini. Sedap juga. Kalau sesiapa nak cuba something yang lain, boleh lah datang ke sini. 

😋😋

😋😋

Kami memang santai santai, makan pun slow slow je, sebab flight tengahari. Takda apa yang nak di kejarkan pun. 

Selesai makan, kami pun berangkat ke airport. Tak jauh mana. Supir pun saja saja je pusing pusing, asalkan tak sampai airport terlalu awal. 

Check in dan menanti. Jam 1335, flight take off. Membuta masing masing dalam flight. Sampai KL, masing masing membawa haluan. 

Tamatlah perjalanan santai kami. Yang lebihnya, nak pergi berurut tu. Macamlah kat Kuala Lumpur ni takde tempat massage....hahaha

End of Day 3. 







No comments:

Post a Comment