Monday, 20 August 2012

Sekeluarga di Hari Raya 2012

Beramai ramai di rumah tua di kampung. Selagi emak masih ada.....Walaupun gitu, asbend akak takdak dlm gambar ni. .....heehee..nak buek camno..terpaksa bekerja di hari raya. Hari Raya ke 3 baru dpt balik kg. Abang ipar yang sulung pun takdak ek...tak tau di gi mana masa. Tahun ni meriah, sbb semuanya balik kg. Termasuk juga anak saudara yg baru mendirikan rumahtangga...sian family wife dia..ya lah, baru berkahwin (hari raya berdua buat pertama kali) tapi dah kena ikut suami beraya di kampung Opah.....Walaupun arwah kakak yg no. 3 telah tiada, tp alhamdulillah, abang ipar dan anak anak saudara tetap balik beraya di kampung, ikut turn macam biasa....kalau lah abah masih ada...!!!!!!!


Gambar taken by anak sedara. Cilok dia punya..hahhaa..jgn mareee..




Friday, 17 August 2012

Happy Birthday to Hafiy

Hari ni, 17 Ogos, genap sudah 3 tahun anak bongsu akak. Dah besar hafiy yaaa...cepat jer masa berlalu.....Masa nak potong cake, hafiy tanya, Mana lilin........hahhahaha....kek tempah ngan kawan ibu, so, lupa lah ibu nak beli lilin....kekkekke....

Walt Disney Car ni mmg kesukaan hafiy. Bantal pun gambar car....so, cake pun gambar car juga ya. Mujur tak mintak letak gambar donkey.....haruuu..




Seperti biasa, kek order dengan Anna.




Thursday, 9 August 2012

Kesan sampingan memakai Implanon


Macam macam cara orang lakukan untuk mencegah kehamilan. Zaman sekarang, takut nak beranak banyak banyak. Byk sebab. Komitment, financial dan macam macam lagi. Akak pun amik pencegahan kehamilan. Cukuplah 5. Kalau keluar lagi seorang, boy jugak, aduhai. Sekarang pun akak ni a single rose amongst the torns...hahahha. Sebenarnya dahulukala, kalau ikut perancangan akak, memang nak 4 orang anak sahaja. Dua lelaki dua perempuan. Tp itu cuma perancangan sahaja. Yang menentukan, Allah SWT. Yang ke 5 tu, gara gara tidak melakukan pencegahan kehamilan secara terraaaa...hahhaa. Namun akak bersyukur punyai 4 putera yang kini meningkat dewasa dan si bongsu yg ke 5 menjadi penglipur lara.

Mula mula dulu, akak menggunakan pil perancang. You name it..noriday, nordette, yasmin..Bertahun tahun lamanya akak makan pil perancangan. Tp di sebabkan secara tak sengaja ter jadi yg no. 5, akak tak berani lagi nak makan pil.OOoh..cukup lah cukup sudaaa...hahha.  IUD akak tak suka sbb masa nak pasang tu, akak kena mengadap doctor dah membuka kaki dlm keadaan sedar diri tu, buat akak jadi malu. Dalam keadaan bersalin tu lain (itu pada akak ya...orang lain mungkin tak kisah). Injection pun akak tak suka sbb kena pergi every 3 months. Menghitung hari pun akak tak suka dan tak pandai. Ada juga kaedah lain, yang tidak begitu selesa pada akak. Jadi, akak memilih IMPLANON kerana percentage keberkesanan yang paling tinggi, berbanding yang lain.(99% berkesan, 1% boleh hamil). Lagi satu, hassle free, once dah pakai implanon, tak payah nak pikir apa apa dah. Redahhh ajer..hahahhaha.

Semasa memasang implanon ni, cost yang di kenakan adalah RM500++. (almost RM600.00 for 3 years). Maybe bergantung kepada klinik yang kita pergi tu kut..wallahualam..sbb akak pergi ke klinik swasta.

Cara implanon di pasang / tempat implanon di pasang




**Notakaki:  Gambar gambar diatas adalah cilok dari pak google.

Ini adalah kesan kesan yang akak alami berdasarkan pengalaman sendiri.
  1. Weight gain - weight akak mmg bertambah sahaja sepanjang tahun..hahaha. Selera makan, memang berselera. Tp yg ini susah juga nak kata. Sbb akak dari dulu dulu lagi, memang berselera makan. So, category ni, tak tau lah boleh di ambil kira sangat atau tidak..kekkek
  2. Menstrual - memang kacau bilau. Akak tak datang period berbulan bulan lamanya. Juga ada yg memakan tahun. Selepas memakai implanon dibulan December 2009, cuma sekali sahaja akak datang period yang heavy. Kemudian, ada datang, tp sedikit sedikit di antara tahun 2009 - 2010. (Akak tak ingat exactly, sbb tak keep track masa tu). Tahun 2011, period akak datang di bulan puasa. Setahun kemudian, 2012, dibulan puasa juga, period akak dtg. Iaitu di hari ni, di tarikh akak menulis di blog ni..aduhai. 
  3. Lain lain - tiada
Pengalaman mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Tp ini adalah pengalaman akak. Sekadar panduan untuk semua..

Ini lah rupa kad implanon akak yang di simpan di dalam purse. Di bawa kemana juga. Dah hampir 3 tahun akak memakai implanon ni. Bulan December nanti, kena buka. Si kecik Amirul Hafiy pun will be 3 years next week (17 Ogos)

Sekiranya ingin membaca perihal implanon, bolehlah masuk ke SINI. Akak berharap, period akak tidak berlarutan sehingga ke akhir bulan Ramadhan ni. Aduhai....jenuh nak mengganti..hehehhe......... Terpulang kepada masing masing bagaimana cara untuk mencegah kehamilan. Pada akak, itulah cara paling berkesan.

Notakaki:-
DISINI pula adalah cerita dimana implanon saya sudah di keluarkan ya. 




Life is not what it seems to be.....










Tuesday, 7 August 2012

Kuih Lopes & Roti Gulung Sate Kebab

Assalammualaikum...lama tak update blog. Tak tau nak citer apa..asik asik citer pasai makan..makan..makan........hhahahhaha...

Ari tu sempat buat kuih lopes. Resepinyer pun akak gugel jer. Tak ingat dah amik dari blog mana. Ni ler ruper kuih lopes akak.........hahaha...rasanya amik kat  SINI kut..Tak bubuh lagi gula merahnya.




Satu lagi, menu berbuka puasa baru baru ni, roti gulung sate kebab..hahahahhaa...sate kebab ni akak beli dari kawan. Selalu org buat sardin, sosej...akak sajer nak tukar selera. Letak sate kebab kat dlm roti tu. Bedal jerk...Buat popiah pun akak letak sate kebab ni. Tp sate kebab tu di cincang cincang jadi halus. Lupa pulak nak amik gambo popiah berintikan sate kebab.

Nak tau achaner ruper sate kebab tu..sila masuk SINI









Tuesday, 31 July 2012

Rendang Ikan Tongkol

Alhamdulillah, semalam berjaya juga memasak rendang ikan tongkol. Inilah hasilnya. Sebenarnya, resepi ni akak gugel daripada beberapa blog, dan akak buat style akak sendiri..hehehhehe....

Bahan bahan untuk di kisar
4 batang serai
3 labu bawang besar
20 biji cili padi hijau
Halia (sebesar ibu jari)
(Ada orang bubuh lengkuas, kunyit hidup. Kat umah akak takdak lengkuas/kunyit hidup, jadi guna pakai apa yang ada..hahaha)

Bahan - bahan lain
4 ekor ikan tongkol size sederhana yang sudah dibersihkan, dipotong ikut dua
Daun kunyit - 2 helai (di hiris nipis)
Asam keping - 2 keping
Garam + gula secukup rasa
Kerisik - 2/3 sudu klu ikut resepi orang lain (tp akak habiskan satu peket kecik sbb takmo simpan belen)
Santan - RM1.00 kalau ikut resepi orang (tp santan akak RM2.00..hahahaa...pun perabih gak, sbb malas nak simpan sikit sikit)

Akak memang bedal aje. Semua bahan yang di kisar masuk kuali berserta santan, kerisik, garam, daun kunyit dan asam keping. Masak kuah hingga pekat dan kemudian masukkan ikan. Kacau sedikit, guna api perlahan untuk bagi kuah agak kering. Rendang akak memang kering ya..hehhhe..bukan jenis berkuah macam setengah orang tu. Kalau takmo kering, pun boleh gak. Jangan biar lelama atas api..

Ikan tu akak rebus dulu. Akak ngikut resepi dari blog INI. Tak tau kenapa kena rebus, tp akak sajer jer cuba. At least tak perlu masukkan ikan awal awal, so ikan pun tak hancur. Air rebusan akak buang, cuma ambil ikan sahaja......hmmmm..sedap..sedap pada tekak akak...hahahaa....