Monday, 30 June 2014

KLIA 2 - Arrival

Ni pula antara yang sempat saya ambil semasa ketibaan. Ketibaan saya yang pertama di KLIA 2, di sambut oleh hujan renyai renyai...mujur dalam bangunan. Kalau kat LCCT dulu, harus basah kut...hehhe..Kapal terbang kami tiba di KLIA2, landing di gate Q17...huhuhu. Hari tu gate Q7 pun dah terasa jauh, apatah lagi gate Q17. Sepanjang penerbangan selama 2 jam, asik turbulence. Pening kepala saya. Macam macam rasa ada. Nak muntah pun ada. Satu ketika turbulence, beberapa passenger menjerit..haiyakk.. Tp penerbangan kami tiba 15 minit lebih awal dari yang di jadualkan.


Sepanjang jalan menuju ke Arrival Hall. Sayup sayup jauh ke depan. Masa ni, orang tak ramai, terasa sunyi ler pulak....hahahha

Ada jer signboard. Camner ada org kata, dia sesat, tak jumpa signboard Arrival Hall...hmmmm..

Ada beberapa walkator untuk yang malas berjalan....hehhee
Antara yang dapat di lihat sebelum sampai ke arrival hall

Dah nampak signboard Balai Ketibaan


Kena naik eskalator dulu ya...
Turun eskalator pulak...

Turun eskalator lagi....

Sila check nak ambik bagasi kat mana

 

Dah amik bagasi....jum keluar.....

Perjalanan dari Q17 ke Balai Ketibaan, memang amat memenatkan. Saya nampak satu couple ni, bawak emak kut. Jalan pelan pelan sahaja. Kami dah sampai hujung, depa masih kat belakang. Tp nothing to worry..by the time sampai ke conveyer nak amik bagasi, bagasi pun blom sampai. Walhal, saya rasa dah asik naik eskalator turun eskalator, tak sampai sampai ke balai ketibaan. Dah sampai, kena tunggu lagi..hahaha..

Walau apa pun, saya tetap menyukai KLIA2. Enjoy dan suka dengan persekitaran. Walaupun nampak masih baru, lantai pun takde ler berkilat mana, tapi saya tetap suka. 





KLIA 2 - Departure

Pertama kali saya menggunakan KLIA2, pada 6 Jun 2014 yang lepas. Ini antara gambar gambar yang sempat saya ambil semasa pelepasan. 

Mula mula sampai, memang cuak. Sebab bila membaca di forum, ramai yang mengatakan betapa besarnya KLIA 2 ni, sampaikan saya tak berani nak melengah lengah. Saya pastikan bahawa kami (sy dan suami) berada di KLIA2 seawal yang boleh sebelum berlepas. Selepas melepasi segala kedai kedai yang ada di dalam bangunan KLIA2 ni,maka tibalah kami ke sini. Jangan bimbang, signboard ada di mana mana. Tidak mungkin kesesatan. 

Susahnyer nak ambil gambar ni..orang asik lalu lalang..

Akhirnya dpt juga..bila dah nampak replika ni, bermakna sudah berada di depan entrance utk masuk departure hall

Screen besar,so sila check di screen ini, gate mana kita perlu masuk utk pelepasan
Baggage check in counter. 

Ni gate pelepasan yang pertama samada P & Q atau L. Kat dalam tu, kena berjalan jauh lagi untuk sampai ke pemeriksaan imigresen yang kedua. Masa kat sini, saya menggunakan autogate saje. Kalau pegawai imigresen tu nampak je pemegang passport warna merah, depa panggil jer soh masuk autogate. Siap tunjuk ajar lagi apa nak buat kat autogate tu..hehee..Saya x pernah guna autogate. Terkial kial..


Since saya kena ke gate Q7, inilah laluannyer. Mcm saya katakan tadi, dun wori. Walaupun ramai yang mengomel, jauhla, besarla, sesat baratla......(tp saya tak sesat pun). Signboard ada saja. Tp make sure, tengok gate betul betul ya. Jangan pula kalau kena masuk gate P atau Q, tp pergi ke gate L...huhuu..haru. 


Sepanjang menuju ke gate Q, inilah antara pemanadngan yang dpt dilihat. Dan didalam sana terdapat banyak lagi kedai kedai di sepanjang perjalanan menuju ke Gate Q.  Sila perhati betul betul, takut tak nampak signboard, tp nampak yang lain..hahhahha


Sesampai  di pemeriksaan imigresen yang kedua, di sini agak ketat sedikit. Semua benda kena letak untuk di scan. Macam asben saya, kasut pun dia kena bukak, kena masuk scanner...talipinggang mmg kena bukak. Imigresen yang pertama, tak perlu berbuat demikian.

**Saya terlupa nak ambil gambar semasa pemeriksaan imigresen yang kedua. Walhal, masa tu tak ramai orang, boleh ajer nak amik gambar. Tak apa lah...lenkali la kut..hhhehe. Gambar di atas, bukan tempat pemeriksaan ya....

Sebenarnya prosidur sama saja. Cuma dulu di LCCT, jarak di antara tempat pemeriksaan passport dengan tempat pemeriksaan hand luggage adalah tersangat dekat. Dan dulu di LCCT, semasa pemeriksaan passport, hand luggage tidak perlu masuk scanner. Tp di KLIA2, kena masuk scanner. Dua kali scan lah gitu...


Tempat menunggu kapal terbang di gate Q7. Andainya rasa bosan, menanti di sini, di bahagian luar banyak kedai kedai coffee untuk bersantai. Paling hampir dengan Q7 adalah Dunkin Donut.

Tak perlu lagi naik tangga. Jalan terus masuk ke dalam perut kapal terbang.
Pemandangan dari dalam kapal terbang


Penerbangan kami lewat setengah jam dari waktu yang di jadualkan. Sepanjang perjalanan, ada ketika cuaca tidak begitu elok, dan sedikit turbulence. Cuaca mendung dan adakala hujan.



Friday, 9 May 2014

Krabi - Day 3

2 Mei 2014 

Nothing much yang dapat kami buat pada hari ketiga. Check out dari Lanna Beach kemudian breakfast di kedai sebelah Lanna Beach. Our flight is 12.50. So memang se awal pagi, kami dah siap siap nak gerak ke airport selepas breakfast. Janji dengan Lanna Beach for airport transfer jam 9.00 pagi.  

Seronok berada disini. Serasa bagaikan tak cukup masa. Dan banyak tempat yang tak sempat di kunjungi. Maybe di lain masa kita boleh datang lagi. Kami teringin nak ke James Bond Island dan juga Hong Island. Maybe lain kali boleh ke Emerald Pool, atau Elephant Trekking. 



Selfie before breakfast
Selfie kat epot

Masa sampai kat aiport, kaunter Malaysian Airlines belum bukak lagi. So, kami pusing pusing dulu sementara tunggu kaunter bukak. Cari kedai kut ada tempat bleh lepak lepak dan makan makan...tp was was ler pulak. Tp Krabi International Airpot  ni memang tak happening sangat. Airpot kecik kut. 




Dah masuk boarding area, sempat lagi selfie tu..walaupun tulih situ No Camera Allowed
Cuaca cerah sepanjang penerbangan
Selamat mendarat di KLIA

Dalam flight siap membedal makanan (lupa apa dia...sbb naik MAS, Pree kan. Included dlm flight ticket). Kami selamat tiba di KLIA jam 3.25 petang (rasanya....). Masa flight landing...adeiii....tak pandai betul la pilot ni... Bagaimanapun alhamdulillah, sepanjang berada di Krabi, cuaca cerah. Kak Zu,  Illa dan Lina pulang bersama, manakala saya pula, asbend datang amik.







Thursday, 8 May 2014

Krabi - Day 2 Part III

Mengada ngada sungguhlah meletak sampai ber part part byknyer..hahaha. Banyakkan gambar sahaja. Sesungguhnya saya tak pandai menulis. Kalau baca blog orang lain, sangat sangat informative. Okay...sudah puas di Maya Bay, jom kita ke Phi Phi Don pula. Disana kita akan makan tengahari dan snorkeling. Makanan yang disediakan adalah Halal. Snorkeling ni dua kali. Kali pertama sebelum sampai ke Phi Phi Don, kali ke dua selepas makan.

Driver boat memang bawak laju giler. Rasa mcm melambung lambung kat dalam boat, tp kami enjoyed. Singgah  untuk snorkeling, air tersangatlah jernihnya. Boleh nampak ikan berenang renang. Saya ambil gambar, malangnya goyang. Boat bergoyang, tangan bergoyang.....



inazane.blogspot.com
Ni jer gambar ikan yang ada..
inazane.blogspot.com

inazane.blogspot.com
Baru sampai ke Phi Phi Don
Laluan kiranya berlaku tsunami

Daging masak apa..tatau...
Potato
Spageti

The name of the restaurant
Pekerja pekerja restoran ni pun saya tengok yg perempuannya bertudung litup belaka. So, yakin ajerlah restoran ini halal. Tp memang ramai muslim makan di sini. Sesudah makan tengahari, kami cuma pusing pusing menikmati keindahan pulau. Sambil membayangkan keadaan tsunami satu ketika dulu. Kemana patut penduduk di sini melarikan diri. Tp laluan yang dibuat tadik, mmg lalu ke arah gunung ganang yang terletak di sebelah pulau. Mungkin itu adalah kawasan selamat sekiranya berlaku tsunami. 


Sementara tunggu boat
Mula bergerak menaiki boat
Selesai disini kami meneruskan perjalanan ke Aonang Krabi. Sebelum tu, singgah sekali lagi untuk snorkeling. Bila dah makan badan dan penat, mata pun mula mengantuk. Tak teringin lagi dah nak snorkeling. Semasa dalam perjalanan kembali ke tanah besar, kami di jamu dengan buah tembikai dan juga nenas. Nenasnya amat lah sedap dah manis..Sambil menaip ni pun, macam terasa rasa nenas di dalam mulut...

Sambil menunggu yang lain ber snorkeling, sempat juga snap beberapa gambar sekitar. Saya mmg fobia air dalam dan luas, so takkan ku terjun untuk snorkeling. 

inazane.blogspot.com

inazane.blogspot.com

Kami sampai di tanah besar lebih kurang jam 4.30 petang. Boat membawa kami ke pantai Noparathara Beach. Tak jauh dari Aoang Beach. Disitu ada bas sudah menanti untuk membawa kami balik ke hotel masing masing. Memang kepenatan sungguh. Mulanya bercadang nak terus jalan jalan di sekitar Aonang. Tp kami amik keputusan balik hotel dulu, mandi manda bersihkan badan dan selesaikan perkara yang sepatutnya.  

inazane.blogspot.com


perasan mcm kat nami island..hahhahaha


Malam hari, kami berjalan jalan di sekitar Aonang sambil membelii belah apa yang patut di beli dan di belah...hahhaha...

Walking Streets



Banyak kedai dalam Walking Streets ni. Tp harga, pandai pandai lah bargain. Tp saya perasan, kalau kedai tu di miliki oleh orang India, takyah lah susah susah nak bargain. Tanya harga, pastu mintak paling murah..dan kalau dia dah bagi harga, tp still tak menepati kehendak kita, blah ajer lah. Memang takkan dapat punya. Baik lagi berususan dengan org Thai. Dah penat...jom balik hotel, tido. Esok nak balik Malaysia.