Wednesday, 30 December 2015

Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 1

4 Disember 2015 - Jumaat 

A short trip to Kota Kinabalu - Kundasang bersama sama dengan kawan kawan se MGS ian dulu. Plan asal 4 Dec - 7 Dec 2015. Memandangkan saya yang sudah hampir kekurangan cuti, maka saya datang lebih lewat dari yang lain. Anna, Zaa, Maz dan Jah fly dulu di pagi jumaat. Manakala saya naik flight malam di hari yang sama.  

Flight delay lak...jenuh nunggu. Dekat jam 0900 malam baru flight dari KK sampai KLIA2 dan naik flight yang sama ke KK.  Lebih kurang jam 1130 sampai KKIA, Zaa and friends dah tunggu. Oh ya...effective 1 December 2015, semua flights AA dari KLIA ke Kota Kinabalu akan landed kat KKIA Terminal 1. Kalau dulu dulu kat Terminal 2.

Sampai....muka letih dan tak mandi....hahhahhaa

Gi makan dulu kat Anjung Senja. Masa makan di Anjung Senja ni, saya order mee goreng basah. Tak lama lepas tu, sampai ler mee ala ala mcm mee ladna. Kami ni siap ckp...kami tak order ni..nak mee goreng basah. Rupanya itulah mee goreng basah. Memang basah sungguh lah...melimpah ruah. Tapi sedap juga. Lepas makan trus balik hotel. Kami menginap di J&J Hotel. Betul2 berhadapan dengan pasar filipina....boleh la. Lagipun budget hotel kan.....

Reception

Inilah rupa bilik kami. Family room

Notakaki:  Gambar hotel semua saya pinjam dari pak google...

Okay la biliknyer. Boleh buat 5 orang. Ada satu katil queen dan satu bunkbed. Boleh bentang sebijik lagi tilam single kat bawah. A bit sempit...sbb dengan barang barang lagi. Nak solat, kena alih semua naik katil. Ni info pasal J&J Hotel

Malam tido lena....saya hanyut terus, sbb kepenatan. Penat menunggu flight, penat jalan sensorang..hahaaha..








Monday, 28 December 2015

Jom tengok wayang

Dah lama tak tengok wayang. Sekali pegi tengok...tu dia..marathon...hahhaaa..

23/12.2015 - gi tengok Dilwale dengan asbend saja. 

Dilwale ni pada saya, if bukan SRK dan Kajol yang berlakon, out trus gamaknyer movie ni. Jalan citer dah best dah pada saya, tp garapan macam x cukup sempurna. Macamana nak cakap eh...hehhe. Patutnya scene SRK dan Kajol lebih banyak dari scene orang lain. Pastu ending macam tak baper best jer pada saya..haaha. Saya wish that ending nyer SRK dan Kajol sama sama membenteras penjualan dadah di kawasan mereka dan orang orang yang terbabit di masukkan ke penjara. Tp Kajol memang lawo siot beb dalam movie ni....One thing yang saya x nafikan, pengarah movie hindustan sangat pandai mencari lokasi penggambaran. Especillay untuk lagu Gerua. Perghh..lawo giler.......dan lagu lagu sangat sedap. Pelakon tambahan (adik Kaali dan dan adik Meera) kurang menyerlah pada saya. Itu pada saya......untuk menonton Dilwale berulang kali, idak ler. Tak macam movie Khabi Kushi Kabhi Gham atau Kuch Kuch Hota Hai yang mana saya sedia jer menontonnyer berulang kali di pawagam.....di pawagam ye....hehhehe..ataupun movie Dilwale Le Jayenge...

24/12/2015 - Bawak anak anak pergi tengok starwars pula

Star Wars memang adalah movie  yang saya memang tengok sejak dari mula lagi. Jadi, adalah satu kerugian if yang ini tak tengok ya. Best...pada saya. Walaupun agak kecewa di penghujung...hahaha. Yelah.....ending nyer....cuma Ray bagi lightsaber pada Luke..and habis...ntah baper tahun lagi nak tunggu sambungan Star Wars ni. 


27/12/2015 - Tengok chipmunk

Ni sekadar memenuhi keinginan dan kehendak anak anak jer. Saya suka juga movie chipmunk ni. Kali ni jalan ceriter santai jer kut...lagu pun best best. Okay ler. Boleh le bawak kekanak pegi..walauupun ada scene mcm tak baper sesuai. Tp minor jer kut...asalkan parents leh bagi penerangan ke anak anak..








Thursday, 24 December 2015

Autumn in My Heart Again

Hhahhaha.....gara gara tak puas hati dengan trip ke  Jeju Island  yang lepas, maka tak sedar jer saya membeli tiket lagi bersama seorang kawan saya.





Accommodation in Jeju Island

Jeju Gillime Pension 
Address: 1702-5 Dodu-1Dong, Jeju Si, CJ, South Korea 
Phone:  +82 64-743-5995

Offering complimentary breakfast, free Wi-Fi access and a free airport shuttle service, Jeju Gillime Pension is located just a 20-minute drive from Jeju International Airport.  Rooms here will provide you with air conditioning, heating and free toiletries. Private rooms come with an en suite bathroom with a shower, while bathrooms and toilets are shared in dormitory rooms. At Pension Jeju Gillime you will find barbecue facilities and laundry facilities. Free parking, free bikes and a luggage storage service are also available on site.  Halla Mountain is a 57-minute drive away, while Halla Arboretum is within an 18-minute drive from the property. Yongduam Rock can be accessed by an 18-minute drive. 

Jeju Gillime Pension ni sebenarnyer dekat dengan airport, kalau dari hadapan. Tetapi untuk ke Jeju Gillime Pension ni, kena pusing satu airport, baru sampai. Google map ni betul ke idak ni hahhaa...actually tak sampai 30 minit pun nak sampai sini. 



Nunnnn sana...pantai tu. Cantik gak pantainyer..


1 double tilam

1 bunk bed - bilik yg kami dpt. Bahagian bawah


Bilik air - serupa

Kitchen

Peti ais - bila dah abis, owner mesti refill

Toaster & kettle

Dapur dan sink

Tempat santai santai

Kalau tengok dari luar, macam biasa je. Tapi bila masuk kedalam, pasti kita menarik nafas lega. Sangat selesa. Semua disediakan. Mesin basuh, dryer, kitchen siap dengan orange juice, susu, telur dan roti. Air panas juga disediakan. Rate untuk satu malam adalah KRW150,000 (1 double bed and 1 bunk bed). Semasa saya membaca review di booking.com ramai mengatakan bising, kerana berdekatan dengan airport. Tp alhamdulillah, kami tak dengar bunyi bising sgt. Sesekali adaler sayup sayup bunyi kapal terbang.  Tempat ni amat berdekatan dengan pantai. Walau bagaimanapun, kalau nak berjalan ke pantai, berpeluh gak tiak weh...hahhaha...

Saya suka tempat ni. Sangat selesa, owner sangat sangat baik dan friendly. Kemudahan asas semua ada. Wifi sangat laju (penting tu...hehhehe). Cuma satu jer yang tiada...IRON...huhuhu. Stress mak bila tadak iron..hahhah. 


**some pictures amik dari booking.com


Seom Story Pension 
Address: 683-28, Seogwi-dong, Seogwipo City, 697-842, Seogwipo South Korea
Phone:+82 10-4287-1374

Seom Story Pension & Guesthouse is situated in Seogwipo, 5 km from Jeju World Cup Stadium . Soesokkak is 6 km away. Free WiFi is provided throughout the property. Some units also have a kitchen, equipped with a microwave and refrigerator. Free private parking is also available at this holiday home. Towels are featured. Hueree Park is 10 km from Seom Story Pension & Guesthouse. Jeju International Airport is 30 km from the property. 

Jangan ditanya bagaimana untuk ke Seom Story Guesthouse ni. Sebab saya cuma berikan address pada driver, pastu kami membuta. Bila dah sampai, Raymond bagitau dah sampai. Guesthouse ni takde tanda atau signboard. Memula Raymond teragak2 gak. Dia kluar dulu pi tanya, then baru bagitau kami bahawa itu memang betul tempatnyer. 

Reception adalah di tingkap 6. Dan kami mendapat bilik di tingkat 4. Untuk turun ke tingkat 4 menggunakan lift, kena tekan Lobby. Then lift itu akan stop di Tingkat 4. Sebabnya dalam lift tiada no. 4 ya. Saya booked One Bedroom House (tak ingat jenis apa, sbb ada 3 jenis). Tp yg kami dapat adalah Moon Seum Story, dimana terdapat 5 futton bed. Ia sangat luas, selesa, kemas dan bersih. Apartment konsep rasanya. Kalau satu keluarga 7 atau 8 orang, muat sangat lah. Tp bantal dan tilam yang disediakan hanya 5 sahaja ye. Mempunyai satu bilik, satu bilik air, kitchen dan living area. Kami semua tido di living area. Bilik yang kami dapat juga mengadap laut. Sejuk dan damai mata memandang. 

House facilities: Sea view, Flat-screen TV, Air Conditioning, Heating,Sofa, Shower, Hairdryer,Bathroom, Slippers,Refrigerator, Microwave,Kitchen, Dining table, Towels


Free WiFi is available in all rooms.

Living area

Kitchen

Sebelah kitchen ni, yang ada pintu tu adalah bilik. Dalam tu ada lemari simpan selimut bantal segala




Seom Story Guesthouse dari depan


**gambar dari booking.com. Tapi memang sebijik sejibon macam bilik yang kami dapat. 

Cuma yang tak best, sebab di bangunan yang sama ada sebuah restaurant. Setiap kali lift berhenti di tingkat yang mempunyai restoran, kami tutup hidung. Ntah...pening plak menghidu bau seafood. Semacam jer baunya. Begitu juga di bahagian bawah terdapat sebuah lagi restaurant. 

Juga disini utensil tak banyak. Basic sahaja..dua biji  periuk, pinggan mangkuk dan cawan dan sebuah fridge. Sudu pun xde. Mujur ada senduk satu. Kettle pun takde. Nak masak air, guna air paip ya...hehhehe. Tiada bahan makanan asas disediakan. Saya tak pasti tentang dorm yang berada di tingkat 6. Maybe ada makanan asas kut.  Rate untuk satu malam KRW125,000. Kata reception tu, kami sepatutnyer mendapat one bedroom house yang lebih kecil. Tp since semua penuh, maka kami di beri unit yg ini. 

Wifi ada problem juga pada mulanya. Di tingkat 4 kami tak dpt detect wifi, tp di tingkat 6, punyalah laju. Bila saya komplen, cepat2 reception tu tukarkan modem yang baru. 



Jeju Airport Hotel
Address: 260-25, Yeon-dong, Downtown Jeju, Jeju Island, South Korea 690-170
Tak sampai 15 minit pun dari hotel ke airport

Saya booked Jeju Airport Hotel ni melalui Airasia.go. Saya booked one Korean Style Family Room untuk 4 pax. Tapi bila tiba disini, katanya bilik yang kami nak tu, dah penuh. So mereka bagi 2 rooms, harga masih sama. Okay lah. Takdak hal. Harga untuk satu malam di Jeju Airport Hotel ni adalah KRW110,000. Tp kerana bilik kami ditukar ke Standard Twin Room, saya tak pasti harga sebenarnya kerana kami tetap membayar dengan harga yang sama.

Jeju Airport Hotel betul betul di bandar baru Jeju Si. Saya dipahamkan Jeju Si ada uptown dan downtwon. Banyak juga kedai kedai berhadapan dengan hotel ni. Paling best sebab dekat dengan Lotte Duty Free Mall diseberang jalan di sebelah kiri hotel. Dasar suka menyopping....celaru jiwa raga bila tak dapat shopping. Dapat masuk shopping mall, dapatlah mengubat hati yang lara, kerana banyak tempat yang tak dapat kami terjah pada hari ke tiga berada di Jeju kerana hujan. 


Bahagian bawah ni parking. Sila naik ke tingkat 2 tempat reception



Pada saya, okay ajer lah hotel ni. Kemas, bersih. Bilik xde lah besar mana. Sesuai utk dua orang. Nak solat,memang kena ejas sikit katil. Tp katilnyer besar, boleh tido dua orang. Ada juga kitchen dalam bilik ni. Tapi kami tak pasti boleh guna ke idak. Takde keperluan untuk kami  membedek kitchen tu masa tu. Takat nak masak air, kami guna kettle yang ada jer. 






Wednesday, 16 December 2015

Taxi Driver di Jeju Island.

Saya aci malas nak drive di Jeju Island. Dah tu pulak, left handed kan. Tak kuasa makk...nak kena tuko ke International Driving Licence lak. Nak senang senang jer, so might as well hire taxi driver. 

Untuk mendapatkan taxi driver @ tour guide di Jeju, saya membaca begitu banyak blog, dan cuba menghantar email kepada mereka. Antara email yang saya hantar adalah kepada Mr. Choo. Email address nyer saya dapat dari blog kakitravelkhairuddin 

Tetapi anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan dari Mr. Kim. Email. Address Mr. Kim saya dapat dari blog wanderlustdj. Banyak juga taxi driver yang lain, tapi saya cuma mengambil dari dua blog ni sahaja. If sorang pun x reply haritu, harus juga saya mencari yang lain kut.

Pada saya, siapa yang reply cepat, itulah yang bakal saya grab. Saya mendapat email pertama dari Mr. Choo. Saya paham je ayat dia. Dia dah ada orang ler tu pada hari kami nak ke Jeju.. So dia nak introduce ngan orang lain. Saya okay jer...

Then saya dapat email yang ini pula. Dari Raymond Cheon. Saya tak pilih pilih dah Setuju jer...Alhamdulillah..dipermudahkan segalanya. 

Bagusnyer sebab Day 1 dan Day 5, free pickup service. Dia tak charge apa apa. Tp kami ni jenis mak mak budak ni kan...kesian sbb dia dok heret kami kehulu kehilir. Dengan angkat bag lagi, make sure everytime kami makan apa yg kami order tu betul sampai. Tolong order makanan pun ya, sbb tak reti baca menu kann..kekke. Pastu tolong amik gambar lagi, bila kami buat aksi aksi sengal, dia layan jer. Dlm hati WA...ntah  ntah dia dok kata, tebiat betul ahjumma 4 orang ni...hahhaha. Ada satu ketika, kami nampak dia tertidur sementara menunggu kami. Dah tu pulak, Raymond ni about 10 years younger than us.. Pangkat adik adik gitu. Kami still bagi dia tips gak. Mengelak ngelak si Raymond takmo amik. Dia ni ada sorang anak lelaki. Cute je. Dia suka tunjuk video gelagat anak dia. Okay Raymond...next time if we want to come again, we will look for you ya ......hehheheh





Autumn in Korea 2015 Day 10 - Jeju Island Day 5

8 November 2015 (Ahad)

Hari terakhir di Bumi Korea. Juga hari ke 5 di Jeju Island. Kami dah siap semua, check out and tunggu Raymond datang untuk bawa ke epot. Raymond amat punctual. Jam 7 dia sampai. Dekat jer epot ngan Jeju Airport ni. Our flight jam 0805 pagi. Alhamdulillah, semua lancar. One hour from Jeju International Airport sampai ke Gimpo Airport.

Pemandangan dari plane touch down ke Seoul



Di Jeju International Airport

Masa amik luggage, so sad, tengok backpack kotor...huhuhu. Tau ler musim hujan. Agaknyer masa nak masukkan luggage dlm perut kapalterbang, kena air hujan kut. Wallahualam....

From Gimpo Airport to Incheon Airport: Gate 8, no 13 (same bus no). Keluar jer dari terminal tu, bustop kat depan je, seberang jalan. Beli ticket kat kaunter di dalam.

Dari Gimpo kami amik bus terus ke Incheon Airport. Lebih kurang jam 1100 pagi kut sampai ke Incheon. Ambil barang barang yg kami simpan kat Hanjin Express dan bermula la operasi menimbang dan meng adjust beg masing masing...hahhaha. Saya punya terlebih dari 30 kilo. Jenuh ejas nak bagi ngam ngam. Terpaksa bawak separuh naik atas flight.


Jom balik Malaysia


Sbb baju SMDA80 tu laaa saya kena tahan...hahahaa.

Kami takde nak tunggu lama lama. Once kaunter drop luggage AA bukak, terus kami drop luggage. Lepas drop luggage, trus masuk boarding. Badan dah penat, otak pun penat. Dok pk nak rehat saja.


Masa nak melepasi imigresen, kelakar dan cuak pula rasanya. Bila tiba turn saya, scanner asik lah berbunyi. Masa tu Lina di belakang saya. Scanner tu berbunyi di sebelah bahu kiri saya. Mula saya sangkakan pin tudung. Saya tunjuk ke pegawai yang memeriksa tu. Tp still dia x puas hati. Bila check takde pepe, trus orang tu pegang tangan saya. Pegang tak lepas tuu...hahhahha.

Saya cuak juga, blurr pun ada. Sebab semua berlaku mcm sekelip mata. Mujur Lina di belakang saya. Sempat pesan suruh ambilkan handbag, ipad kat kaunter. Ntah apa yang menyebabkan scanner tu bunyik bunyik tatau ler. Saya tak sempat buat apa apa. Nak ambil handbag dan passport saya pun tak sempat. Sempat ckp ke Lina, my bags...tolong ambik my bags. Saya bagitau juga ke pegawai tu, saya punya bag. Dia kata takper....then dia bawa saya masuk ke bilik Private Checking Room. Kenala saya bukak baju bagai. Lama gak dia dok ramas ramas baju saya..especially bahagian bahu. Sebab baju tu ada padding. Lepas check thoroughly kat baju dan badan, dah puas hati, baru saya dpt kluar. Tp takde apa pun sangat. Dia cuma check je. Takde lah soal jawap banyak. Cuma susahnyer sbb mcm ayam ngan itik. Saya tanya kenapa (in English), pun depa tak jawap. Yang saya paham, bila depa cakap, opsoyo...opsoyo. Maksudnya takde apa. (Bila tengok kdrama, depa sebut opsoyo, subtitle tulis xde apa..sbb tu paham...hahahha)

Semasa berada di ruangan menunggu, kami dok mengira duit duit syiling yang berbaki. Demi untuk menghabiskan duit duit syiling tu, kami beli Mineral Water ni..hahahaa. Sbb....botolnyer nampak menarik sangat.......

Gambar dari google

Jam 0325 kami berlepas dari Incheon menuju ke KLIA2. Dalam jam 0900 lebih kut selamat sampai ke KLIA. Alhamdulillah. Saya pulang membawa 1001 macam kenangan, tp tak juga serik nak ke Korea lagi..hahahaha.

Azam saya.....lainkali nak pegi jugak sbb tak berpuas hati dengan trip ke Jeju Island. Orang kata, mcm takde tempat lain nak pegi ker....tak kira...suka hati ai ler..kekkeke..