11/10/2014 - Ahad
Hari terakhir di Bukit Tinggi. Awal pagi breakfast dulu. Perut saya memang betul betul tak selesa. Sampaikan nak breakfast pun saya takut. Setiap kali makanan masuk ke perut, setiap kali itulah perut memulas dan mahu mengeluarkan isi. Mujur sudah sampai ke hari terakhir...
Jam 7.00 kalau tak silap saya, Denni dan supir sudah tiba. Kami mengisi semua barangan kedalam van, dan meneruskan perjalanan ke Padang. Flight hari ni jam 1.25 pm. Hari ini, kengkawan pejabat saya (yg sepatutnya dtg bersama sama saya) akan tiba. Dan yang pasti, kami akan berselisih di airpot nanti. Bila perut meragam, segala mood saya hilang. Nak ambil gambar pun dah tak bermaya jer rasanya.
 |
| Tepi pantai |
Sepanjang perjalanan ke Padang, memasing dah mual. Sakit kepala, berangin....segala macam ada. Dah bau minyak angin jer. Denni menceritakan sejarah siti nurbaya, tapi semua tu dah x masuk dalam kepala....terutamanya saya. Layan perut lagi baik..hhuhhuhuhu
 |
| Dok tepi benting je la |
Gambar di bawah...soto Minang kata Denni. Cara memakannyer, tuangkan semua kuah ke dalam nasi, gaul dan makan. Sesungguhnya saya tak berani nak makan apa apa lagi..huhuhu...perut agak lapar, tp bimbang, bila perut diisi, mungkin nnt akan di keluarkan semula. Nak kluarkan tu yg takut tu...takut tak jumpa toilet...hehhehe
 |
| Sup |
 |
| Nasi yang sudah bercampur dengan sup |
 |
| .. |
 |
| International Airport Minangkabau |
Segala urusan di airport Denni yang uruskan. Bagus Denni ni. Dia ikut kami sama sama masuk ke dalam untuk luggage check in, dan pastikan kami masuk ke boarding gate, baru lah dia meninggalkan kami. Saya amat berpuas hati dengan khidmat Denni. Apa yang saya perasan, di sini semua menggunakan tips. Infact, masa Denni nak masuk untuk check luggage utk kami pun, dia bagi tips kat pegawai imigresen yang ada disitu. Seperti biasa, luggage overloaded. Walaupun ticket berasingan, dek kerana Denni, dpt juga kami share luggage. Teringat masa pegi HCM. Hampeshh sungguh bila pekerja kaunter tu tak bagi kami share luggage kerana katanya ticket kami beli berbeza...
Flight delay....rupanya kami akan menaiki flight yg sampai dari KLIA. Flight dimana kawan kawan sepejabat saya berada di dalamnya. Kami cuma sempat lambai lambai sahaja, kerana dipisahkan oleh cermin kaca...Semasa di dalam flight, perut saya amatlah lapar. Mau tak mau, saya order juga mee segera. Kelakarnya, sbb pramugari tu mengingatkan saya...cepat sikit ya puan. Flight dah nak landing..haha. Ye lah..sementara tunggu stewardess sampaikan pun dah baper lama. Nak tunggu megi kembang lagi..dengan panasnyer lagi. Makan macam ribut. Kunyah kunyah telan. Kunyah kunyah telan.
Sesampai jer di KLIA2, perut saya buat hal lagi..huhuhu...Mujur didalam kapal terbang, perut menten behave. Elok je kluar dari perut kapal terbang, terus mencari toilet.
Kami berpisah di KLIA2. Memasing membawa diri, dijemput oleh para suami. Cuma kesian Kila, terpaksa berkejaran kerana mahu mengejar flight ke Kuantan pula di KLIA.
End of trip to Padang, Bukit Tinggi
