Day 0 (Friday - 9 December 2016)Saya ambil halfday hari ni. Still keje di waktu pagi. Plan nak ke airport jam 5.00 petang. Melarat larat sampai ke jam 6.00 ptg. Our flight to Tokyo jam 23.35 malam. Jalan nak ke airport jem giler weey...janji nak jumpa kul 7. Saya sampai 8.30 kut....maghrib tengah jalan. Janji jumpa Jah, Erra ngan Nieta kat Secret Receipe. Luckily Udean (asben nieta) ada sekali. Dialah yang tolong carikan kaunter untuk drop luggage. Tercangak bangak kami kat KLIA, macam orang tak biasa naik flight....hahhaaa.
Since dah web checked in, kami cuma perlu drop luggage je. Masa nak drop luggage, orang kat kaunter tu cakap....international flight takleh share luggage yek. Erkk....apa aapa jer lah..kami bukan nak share pun. Memasing ada 30 kilo. Jus enuf for masing- masing. And lepas tu saya ckp...boleh letak sticker Fragile tak kat beg ni. Dalamnya ada makanan. And dia jawap...x jamin ye. And pass the sticker fragile kat ai suruh tampal sendiri....hmmmmm...Mulala ai rasa mcm...erkkk.., staff kat kaunter AA lagi berbahasa. Bukan saya takleh tampal sendiri....since dia dah angkat bag naik conveyer tu kan.. Dah terpaksalah saya tertonggek tonggek naik conveyer nak menampal sticker kat bag.
 |
| Berangin je kitaorang ngan budak kat kaunter tu. |
Before masuk boarding gate, kami makan dulu. Sbb saya kelaparan. Bayangkan stuck dlm traffic jam...mmg kebuluran dibuatnya. Makan kat Old Town. Masa ni saya charge hp kat Old Town. Lepas makan, terlupa nak ambil huhhhuh. Just before masuk boarding gate, baru teringat. Berlari lari gi Old Town semula nak amik hp. Alhamdulillah...mujur ada.
 |
| Trademark - tutup mulut hahahahaa |
Flight take off on time. Memola dapat snack and juice. Pastu saya and the gang membuta. Dapat seat paling belakang lak tu. Beberapa jam before landing, staff start served makanan. Ambil fish terayaki dan nasi. Kenyang. Pastu nak terkucil.....toilet ada satu di bahagian belakang...queue panjang untuk ke toilet..huhuuhuhu. Sabar jer lah.
 |
| Kenyang makan. |
Since membuta kan..we couldn't feel any turbulence ke, apa ker. Tau tau jer pilot announced dah nak landing. Alhamdulillah selamat sampai ke Tokyo pada 10 Disember 2016 jam 0715 pagi. Kami ni beria ler be prepared ngan list makanan semua bagai. Risau juga. Tapi bila lalu imigresen, tak tanya apa pun. Just bagi Arrival Card and Declaration Form, terus kluar...hmmm...rasa rugi lak tak bawak sambal ikan bilis banyak2...hahhahaha.
Day 1 (10 December 2016 - Saturday) |
| Rehat jap kat Narita International Airport sebelum naik tren |
Sampai di arrival level, kami pi beli Tokyo Metro 3 Days Pass dulu dengan harga Y1500. And lepas tu beli ticket Keisei Liner untuk ke Oshiage dengan harga Y1170. Org tu kata, direct train. Tadak tukar tukar. Turun ke B1, then follow signboard Keisei Liner. Dan tunggu di platform 1. Maka kami pun turun ler dengan heret beg bagai. Train kami sepatutnysa sampai 1015 gitu. Tapi bila satu train sampai, kami tak tengok tengok dah, laju jer trus naik...hahhahaha. Dah halfway perjalanan then baru perasan. Adakah kami menaiki train yang betul. Then ada pekerja dalam tu (macam konduktor keretapi gitu) lalu. And kami pun tanya, train ni pergi Oshiage ker. Dia cakap, train ni pergi Ueno...hahhahha. Silap train wehhh.....the last stop adalah Ueno. Maka terpaksalah kami membayar harga yang lain sebanyak Y1230. Rupanya train yang sepatutnya kami naik train yang ala ala macam subway train je. Kami ter naik express train. Sampai ke Ueno, kami dok berbincang dulu, berkira kira weder nak simpan luggage and jalan jalan sekitar Ueno or trus ke Oshiage. Pikir punya pikir, kami decided trus ke Oshiage ajelah dulu.
 |
| Jenuh heret bag. Kat stesen Ueno |
 |
| Gara gara silap naik tren. Mujur tak jauh nak tukar2...hehehhe |
 |
| Gigih sorong beg.. |
Kami pun menuju ke Ueno Station untuk pergi ke Oshiage. Lotih mak nak...dok mengheret beg turun naik tangga. Dari Ueno kami mengambil Ginza Line (G16) towards Asakusa (G19). Turun di Asakusa tukar ke Asakusa Line (A18) towards Oshiage Skytree dan turun di Oshiage (A20). Turun kat sini, kena plak turun naik tangga lagi dan cari B3 Exit...huhuhu. Kami cari exit B3 ni sbb kat sini ada escalator hahahaha. Tak sanggup nak heret bag lagi dah. Host dah bagitau siap siap camna nak ke apartment dia. Siap bagi peta lagi. So, kami just follow. Kengkadang google map pun takleh pakai...haruuu.....Sampai di Oshiage Skytree Station, kami mencari Sekai Cafe dulu.
 |
| Boleh paham kut ekk..hehehe. Jarak antara semua tu sgt dekat. Maybe less than 5 minit |
Kalau ikutkan, kami boleh jer trus masuk laluan Tokyo Skytree atau Tokyo Solamachi sebab connected to Oshiage Station. Tapi masa ni tatau lagi. Gigihlah mencari exit B3. Dan kluar dari exit B3, kami pusing ke kiri dan men follow kata google map.Since masa ni awal lagi, (check in kul 3.00 ptg) kami singgah di
Sekai Cafe dulu untuk makan.
 |
| Sekai Cafe |
Selesai makan, lebih kurang jam 2.30 ptg, kami pun menuju ke apartment yang kami sewa melalui Airbnb. Apartment kami booked memang dekat sesangat ngan Sekai Cafe ni. Kami mencari berpandukan alamat yang diberi oleh host. Memang jumpa, tapi ke apartment ni, entrance nye dari belakang. Jenuhlah cari tangga di bahagian depan..patut tak jumpa..hehheheh. Maka kami pun berpusing ke jalan belakang. Sesampai apartment, kami merehatkan diri. Saya informed host yang kami dah selamat check in. Comel jer apartment ni. Ada satu bilik air dan tandas.. Tandas dan bilik air berasingan. Kitchen dan living nya sgt cumil. Just nice untuk 4 orang. If ber3 selesa lagi kut. Bilik tidonya mempunyai 1 katil queen size dan 1 twin size. Erra ngan Jah sekatil queen size. Sy share ngan dik Nieta twin size sbb size kami yang shomel...hahhahhaha. Padahal dik Nieta jer yang keding. Ahkak tetap dugong.
 |
| Nampak kedai pizza ni..jalan stright ke depan first junction belok kiri |
 |
| Jumpa dah..tp bahagian depan. Kena pusing balik ikut jalan belakang |
 |
| Gambar ehsan google |
**Remote didinding sebelah kanan dekat tv tu adalah untuk heater. Ingat remote aircond...hahha. Perasan tak ada dinding putih belakang langsir tu...hahhaa. Kami asiklah terlanggar dinding tu bila kluar dari bilik air....hadoiii laaa. Siap ngomel2, naperlah dinding tu dok kat tengah laman. Blakang langsir tu adalah toilet.
 |
| Gambar dari google |
**Comel kan dapur nya. Basic facilities tapi complete. Ada periuk, ada kettle. Sudu, senduk, pisau bagai. Segala jenis pencuci lantai, pencuci tandas, bilik air..sabun basuh pinggan mangkuk...semua ada.
Kami rehat rehat jer, and malam hari gi melepak kat Tokyo Skytree dan Tokyo Solamachi. Dekat sesangat dua tempat ni. Berhubung kait antara keduanya. Macam KLCC ngan Twin Tower gitu. Macam Mid Valley dan The Gardens. Kat Tokyo Skytree ada buat show dimana lampu berwarna warni dipancarkan ke Tokyo Skytree dengan pelbagai rupa dan bentuk.
 |
| Belum malam, tp dah gelap |
 |
Pandang apa ntah...hahhaha |
Ada satu macam pertunjukan kat Tokyo Skytree ni. Lampu warna warni di pancarkan ke Skytree. Cantik...tak record pun..sbb ralit.
Sangat seronok tinggal di sini. Hari hari pandang Tokyo Skytree. Dan di depan bangunan apartment yang kami stay ni ada sungai kecik. Klu orang kampung sebut taliair. Or maybe leh panggil terusan / canal / tunnel kut....or longkang besar...hahahha. Tp air tak busuk yek...takde sampah sarap mengalir pun. Walaupun depan belakang nya main road, tapi jalan tak sesak. Walaupun di depan nya Tokyo Skytree tempat orang ramai berkumpul, tetapi suasana tetap nyaman. Serene and calm. I like this place a thousand times...hehhe. Dan sangat convenient. Dekat ngan subway, convenient stores dan juga restaurant halal. Hari hari nampak orang Jepun kayuh basikal.
