Friday, 15 June 2012

Kawan atau Lawan....


Semalam bersembang dengan seorang kawan berbagai bagai isu dan terkeluarlah isu Siapa kawan, siapa lawan. Kenyataan itu di sebut oleh seorang kawan kepada seorang kawan yang lain rentetan dari peristiwa yang berlaku ketika kami bermusafir. Ada beberapa kejadian sedikit tidak menyenangkan berlaku di sana. Mungkin kerana itulah kawan yg seorang ni boleh membuat kenyataan sedemikian rupa.

Bila akak ber fikir fikir semula, kenapa perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian. Pada akak, perlukah  kita menilai kawan sebagai lawan. Sebelum membuat kenyataan begitu, cubalah kita kena bertanya kepada diri sendiri dahulu, apakah kita sudah benar benar menjadi seorang kawan kepada kawan yang lain.  Jadi, kenapa boleh timbul isu ‘Sekarang saya tahu siapa yang boleh di jadikan kawan, dan siapa lawan’.  Apa yang berlaku adalah sedikit selisih faham, dimana masing masing mungkin masih tidak begitu mengenali dan memahami kawan.  Adakah dengan sedikit selisih faham boleh membuatkan kawan menjadi lawan?? Adakah perkara yang berlaku itu terlalu besar hingga kita mahu melabelkan kawan kita sebagai lawan. 

Akak telah melupakan apa yang berlaku. Pada akak, setiap orang punya keburukan dan kebaikan tersendiri. Sekiranya kita boleh bertolak ansur dengan keburukan kawan kita, tidak perlulah kita melangkah setapak kebelakang dan menjauhi kawan. Sebaliknya kita cuba pupuk semula agar perhubungan menjadi lebih baik. Perselisihan pendapat biasa belaku……Cuma kita perlu belajar memberi dan menerima untuk mengekalkan hubungan dengan orang lain. Sedangkan itu juga lah yg kita harus buat dengan pasangan kita.

Sudah 43 tahun akak hidup, walaupun bukanlah cukup lama untuk mengatakan bahawa akak tahu segala galanya, berbagai bagai jenis kawan yang akak kenali. Semasa di bangku sekolah, cara berkawannya lain. Bila memasuki sekolah menengah, sudah berbeza sedikit. Bila melangkah ke kolej pula, sudah tentulah cara pergaulan juga berbeza, kerana kita makin dewasa. Begitu juga seterusnya. Cuma, kita belajar dari pengalaman lalu, untuk membaiki keadaan supaya menjadi lebih baik dari hari hari sebelumnya. Begitu juga bila berkawan.

Ada kawan yang suka bercakap hebat hebat tentang dirinya, keluarganya dan apa juga yang berkaitan membuatkan orang lain merasa menyampah. Ada juga kawan yang ego, yang sanggup tidak bertegur sapa berminggu minggu berbulan bulan lamanya hanya kerana sedikit selisih faham . Ada yang begitu merendah diri, hingga merasakan diri serba kekurangan dan segan untuk bercampur gaul dengan orang ramai. Ada yang merasakan dirinya tahu segala hal dan membuatkan orang lain kelihatan seperti bodoh tidak mengetahui apa apa. Ada juga yang berkawan hanya kerana mahu mengambil kesempatan terhadap kawan. Memang ada kawan yang makan kawan. Bermacam macam lah kalau mahu di sebut jenis dan peel kawan

Ada yang sanggup membuat cerita demi untuk menyelamatkan dirinya. Ini memang berlaku kepada akak. Seorang kawan, sanggup membuat cerita yang tidak betul, hanya kerana tidak mahu mengaku kesilapannya. Dan akak lah mangsa. Bila mendapat tahu, akak merasa amat sakit hati. Bila akak fikir fikirkan semula, akak tidak menyebut apa apa pun tentang perkara yang dibuatnya (cerita yang dibuatnya). Tetapi kawan akak itu dengan begitu yakin dengan ceritanya dan sanggup bersumpah ‘Demi Allah’. Jadi tentunya dia yakin, dia tidak silap. Sedangkan pada akak, tidak tahu pula di mana silapnya.. Jadi, terpulang…….akak tidak mahu bergaduh gaduh. Kalau di ikutkan hati, mahu saja akak bersemuka dengannya dan membawa sekali bukti bukti yang ada…tp biarlah. Lagipun perkara itu tidak memudaratkan. Kiranya akak di pihak yang benar, kebenaran akan terserlah. Kiranya akak bersalah, akak akan mendapat padah. Hukumnya begitu.  Buat baik dibalas baik, buat jahat, kita akan mendapat akibat.

Pada akak, mudah sahaja. Kita sebagai manusia biasa, kita serba kekurangan. Belajar memberi dan menerima setiap keburukan dan kebaikan kawan. Kalau kita tidak suka orang, orang pun belum tentu sukakan kita. Kerana kita juga bukanlah manusia sempurna. (akak juga tidak sempurna). Akak menghargai kawan dan menghargai setiap hubungan. Akak cuba menjadi kawan yang baik, setakat yang akak termampu (walaupun adakalanya tak termampu juga).  Tidak kisahlah kita mengenali kawan itu dari apa cara sekalipun. Ada yang kita kenal di pejabat, atau melalui internet dan forum. Ada juga di kenali di sekitaran rumah kita. Juga mungkin ada yang kita mula kenali  bila bertegur sapa di kompleks membeli belah. 


~ ini cuma pandangan sepuluh sen dari kacamata akak......orang lain mungkin punya pandangan tersendiri. jgn buat apa yg kita takmo org buat kat kita. tak perlu nak berbalas balas. terimalah kawan seadanya. ~

4 comments:

  1. saya bukan org yg mudah meminta maaf tp bukan jugak org yg suka bergaduh atau memanjang²kan cerita . mungkin saya pun bukan baik sgt tp sekurang-kurangnya saya ok je tuk berlebih kurang.

    sekian kisah pasal saya .
    muehehehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kira okay ler tu jah...ok utk berlebih kurang....

      Delete
  2. Nice said sis...moga jd ingatan dan teladan pd kita semua...InsyaAllah...

    ReplyDelete