Monday, 8 May 2017

Cendol Durian Again - TTDI

7 Mei 2017

Berkawan ngan orang suka makan makan, ni lah akibatnya. Tak abis abis, makan makan makan dan makan...hahhaha. Durian ni feberet diaorang kut gamaknya. Asik la nak mencari durian. Ater...moh kita jalan jalan cari makan ke TTDI.








Malas nak edit. So terimalah TTDI Durian King seadanya. Semangkuk RM15.00. Durian yang yang diletak katanya adalah durian udang merah. Boleh ler. Sedap gak ler durian ni. Cuma tak puas makan hahahahhaha. Senang je nak cari gerai ni. Betul betul dekat ngan pasar besar TTDI. Masa ni kami beli juga durian untuk di makan. Durian udang merah sekilo adalah RM32.00 (pada masa ini di hari ini). Beli 2 biji kena 2.2 kilo x 32.00 = 70.40. Dia bagi diskaun 0.40 so bayar 70.00 je dibahagikan kepada 5 orang = RM14.00 sorang. Dapat lah makan beberapa ulas. 







No comments:

Post a Comment