Friday, 6 December 2019

Bandung Again - Day 3 (Last Day)

2 Disember 2019

Hari ketiga, hari terakhir. Flight ke Kuala Lumpur jam 1335 tengahari. Dan akan sampai di Kuala Lumpur pada jam 0500 petang. Perjalan 2 jam lebih je. Tapi time differece. 

Kali ni kami dah plan nak breakfast kat One Eighty Coffee Music.  Masa kami sampai, cafe ni belum buka lagi. Maka terpaksa lah kami menunggu seketika. Since tak rushing, so takde hal. And kami bertiga adalah 1st customer untuk hari ini...hahha. 

Kami berangan nak makan makan dalam air. Tapi awal pagi, diaorang tak bukak lagi kolam tu. Maka sekadar pandang sahaja lah nampaknya. Not bad makanan di sini. Sedap juga. Kalau sesiapa nak cuba something yang lain, boleh lah datang ke sini. 

😋😋

😋😋

Kami memang santai santai, makan pun slow slow je, sebab flight tengahari. Takda apa yang nak di kejarkan pun. 

Selesai makan, kami pun berangkat ke airport. Tak jauh mana. Supir pun saja saja je pusing pusing, asalkan tak sampai airport terlalu awal. 

Check in dan menanti. Jam 1335, flight take off. Membuta masing masing dalam flight. Sampai KL, masing masing membawa haluan. 

Tamatlah perjalanan santai kami. Yang lebihnya, nak pergi berurut tu. Macamlah kat Kuala Lumpur ni takde tempat massage....hahaha

End of Day 3. 







Tuesday, 3 December 2019

Bandung Again - Day 2

1 Disember 2019 (Ahad)

Sian Jah dengan Kelly. Masak air dulu, then kendian bawak air panas masuk bilik air. Saya redah je dengan air sejuk. Tapi tu la. Macam mandi cakcibo. Sejuk. 

Awal pagi supir dah datang. Kami pun terus ke Kafeteria 170, Bandung.  Kat sini macam macam ada. Dari Indonesian Food, Western Food or Peranakan. Kedai pun agak besar dah sedikit hipster. Ada buffet style, ada ala carte. Kami memilih ala carte sahaja. 

Pada asalnya, kami nak pergi Floating Market. On the way, jalan jem giler giler. Entah pukul berapa nak sampai. Pastu masing masing decided takmo pergi. So kami ada masa senggang, tak tau nak buat apa. Sekali Kelly cakap, nak pergi potong dan warnakan rambut. Saya dengan Jah pulak, decided nak buat pedi and manisure. Gigih lah  kami menggugel mencari tempat yang reasonable. Maka terjumpa lah kami salon ini yang di panggil Anata Salon. Memang murah giler. And service sangat baik. Sementara Kelly mencuci dan membelai rambut, saya dan Jah membelai kuku kaki dan tangan. Kami selesai dulu, Kelly masih belum selesai. Kami minta supir hantar kami balik hotel sekejap. 

Tak lama kemudian Kelly called, kata dah redi, kami bergerak ambil Kelly dan terus cari tempat untuk lunch. Since dah ada terlewat sikit, kami jumpa satu kedai ini, Iga Bakar Mas Giri. Masa ni orang agak ramai, dan terpaksa lah kami menunggu seketika. Disini ada disediakan daging bakar yang enak.  Ada juga ayam penyet dan sup. Memang kelaparan sungguh hahahha. 

Selesai makan, kami singgah di Pasar Baru, Bandung. Takde plan nak beli apa pun sangat. Tapi terbeli juga. Cuma taklah beria. Jah membeli luggage, saya sekadar membeli sehelai skirt labuh. 

Kemudian kami sekali lagi ke Zen Family Spa...hahhaha. Makan, urut, makan, shopping, makan. Itu je lah aktiviti kami. 

Kali ni Jah mengambil keputusan untuk mandi siap siap di Zen Spa. Selesai berurut di Zen Spa, kami dinner di Uphormal Hypster Cafe. Ramai budak budak remaja dalam ni. And sangat penuh. Masing masing dengan laptop and bertunggu bertangga kat dalam tu, memang takde peluang orang lain nak masuk...

Selesai dinner, balik hotel. Pack barang siap siap, besok dah balik KL dah. Saya tetap lena tidor. Walaupn takde ekon.

End of Day 2. 




Monday, 2 December 2019

Bandung Again - Day 1

Trip ke Bandung again bermula dari 30 November 2019 - 02 Disember 2019 bersama ahli kelab KMC. Hanya orang orang tertentu sahaja tahu, apakah KMC. 

Day 1 - 30 November 2019

Our flight ke Bandung adalah jam 0645 pagi dan di jangka sampai di Bandung pada jam 0805 pagi. Kali ni flight booking + hotel, booked melalui AirAsiaGo. Plan asal, sesampai sahaja di Bandung, kami mahu breakfast dulu, kemudian barulah check in hotel. Hotel yang di pilih kali ini adalah Residences by RedDoorz near Rumah Mode. Agak mengecewakan hotel ini. Walaupun bilik besar, dan boleh menempatkan 3orang, tapi facilities agak tidak menarik. Paling mengecewakan kawan saya adalah kerana tiada hot water. Nak mandi guna shower pun tak berapa elok. Gayung pula bocor...hahaha. Bertabahlah untuk 3 hari 2 malam. If lebih dari itu, saya rasa mau kami berpakat tukar hotel. 

Sesampai di airport Bandung, supir kami telah menunggu. Supir yang agak muda juga dan kelakar. So, sepanjang perjalanan, tidaklah kami merasa bosan. 

Memandangkan trip ni trip santai santai, kami tidak rushing. Just relaks relaks sahaja. And bagitau supir tak perlu terkejar kejar. Hari ini punya catatan perjalanan seperti berikut (biasalah bila lama tak buat entry, turutan perjalanan pun dah lupa).

Kami ke Dago Dream Park. Agak besar juga Dago Dream Park ni. Banyak spot spot menarik untuk bergambar. Tapi oleh kerana kami bertiga, bukan jenis suka bergambar, asik terlupa nak ambil gambar, maka terimalah seadanya. 

Kami juga pergi ke Farmhouse Lembang. Selepas membeli ticket, kita boleh mendapatkan sebotol susu secara percuma. Setelah puas menjelajahi di Farmhouse Lembang, kami berangkat mencari tempat untuk makan tengahari pula. Seperti yg saya katakan, trip kami trip santai. So walaupun tempat tu jauh diantara satu sama lain, tak jadi hal. Asalkan sampai. Bersebelah dengan Farmhouse Lembang, ada sebuah lagi tempat tarikan iaitu Afrika Asia. Tapi kami tak singgah pun. Pening tengok keadaan kenderaan di kiri dan kanan. 

Kerana sudah lapar, kami terus menuju ke Kampung Daun. Sesampai disini, ingatkan boleh je masuk terus. Rupanya kena daftar dulu, tengok ada kekosongan tempat atau tidak. Apabila dah dapat tempat, kami pun membuat pesanan, dan kemudian datanglah tukang saji menyediakan makanan untuk kami. Supir kami agaknya keletihan. Sampai tertidor dia sambil kami makan. Gazebo di Kampung Daun ni juga agak selesai. Memang boleh berehat santai. Kebetulan hari hujan, kami pun relaks relaks sahaja. Selesai makan, kami check in hotel. 

Selesai mandi manda, kami menuju ke Zen Family Spa & Reflexology. Saya suka sangat Spa ni. Masing masing memilih jenis urutan yang kami suka. Saya suka yang relaks relaks sahaja. Dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Memang lena abis....

Selesai di Spa, kami ke Stone Cafe untuk dinner pula. Tiba agak lewat sedikit, tapi orang taklah ramai mana. Biasalah lepas urut, perut pun lapar. Kami pun memesan apa yang patut.

Selesai dinner, kembali ke hotel. Sayang pula nak mandi manda. Minyak urutan pun macam belum cukup meresap ke dalam badan....hehhe. Tp oleh kerana keadaan bilik air yang tidak mempunya hot water, shower nya pula sekejap air ada takda...kecewa sungguh dibuatnya. Nak mandi pun tak puas. 

Jah dengan Kelly, rajin sungguh menggugel review hotel ni. Saya lena tidur di buai mimpi. Memang banned la. Lain kali takkan datang ke sini...hahhaa..

End of Day 1. 




Sunday, 1 December 2019

Trip to Bandung, Indonesia

Entah sudah berapa kali ke Bandung Indonesia. Bersama family, bersama kawan, bersama suami sahaja dan seorang anak, bersama ahli ahli kelab KMC. Jadi saja, asalkan namanya berjalan jalan.. Ini adalah catatan perjalan ke Bandung bersama suami dan anak saya yang bongsu. Cuma kami bertiga sahaja. 









Dibawah ini pula catatan perjalanan bersama kawan kelab KMC. Trip ini trip santai. Trip jalan jalan cari makan sambil beristirehat. Bermula dari 30 November 2019 - 2 Disember 2019.









Saturday, 28 September 2019

Hatyai Trip Again

Trip ke Hatyai dari 6 September - 9 September 2019 bersama officemate. Just a short vacay, but still....we enjoyed. 



Hatyai Trip Again - Day 2

Hatyai Trip Again - Day 3











Saturday, 27 July 2019

And so he graduated

27 July 2021

Kembali dari Kuching, Sarawak, kami ke Kemaman, Terengganu pula. Sepatutnya waktu ini, saya berada di Pulau Belitong, Indonesia. Tapi kerana tarikh graduasi anak dan juga tarikh perjalanan ke Belitong jatuh pada hari yang sama, maka terpaksa lah saya mengorbankan satu daripadanya. Alhamdulillah, selesai sudah anak yang kedua ini. Tahniah Angah. 











Sunday, 10 March 2019

Happy New Year 2019

Salam....

Rasa macam lama sungguh saya tak menulis di blog ni. Ada juga beberapa entry yang tidak sempat saya selesaikan antaranya trip bersama keluarga ke Hatyai juga trip ke Nha Trang, Dalat, Mui Ne dan Ho Chi Minh juga trip ke Jeju Island. Insya allah saya cuba mencari masa untuk menghabiskan entry entry yang ada. (Selesai sudah entry tertunggak)

Sebenarnya sedang saya duduk santai santai menonton tv, tiba tiba saya mendapat mesej di FB. Sessorang bertanyakan tentang trip saya ke Jepun. Sungguh...saya memang tidak begitu ingat untuk mencerita bagaimana untuk ke satu satu tempat semasa berada di Jepun kerana sudah dua tahun berlalu. Kemudian teringat semua catatan saya letakkan di blog. Maka saya merujuk semula kepada blog saya. Dan tiba tiba saya rasa penting juga membuat catatan di blog. Boleh kita jadikan rujukan di masa hadapan. Dan terus semangat berkobar kobar untuk meneruskan penulisan di blog. Walaupun hanya sekadar untuk catatan dan ingatan diri sendiri.  . 

Tahun baru 2019, membuka lembaran baru. Selama 23 tahun saya bekerja di sebuah syarikat di GLC yang agak dikenali juga di Malaysia ini, akhirnya saya di tukarkan ke department baru. Berada di department baru (Human Resource Department) memberi cabaran dan kelainan dalam skop pekerjaan saya. Saya sudah terlalu lama di berada di IT Deparment. Since the day one in 1995 hinggalah ke November 2018. 

Berada di HR Deparment menuntut komitment yang tinggi. Tambahan pula masih baru, saya masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling. Kata orang..kalau dulu di IT Deparment...sap sap sui...semua sudah ada dalam tangan. You name it...you just get it. Tanyalah file kat celah mana...insha allah pasti jumpa. Tanyalah sapa vendor, sapa client, sapa customer...hehehhe..insha allah semua dalam tangan. Tanyalah juga hal hal lain yang berkaitan..insya allah semua dapat diberikan dengan sebaiknya. 

Sudah 3 bulan berada di jabatan baru. Sesungguhnya saya tidak punya masa untuk melihat blog saya, juga tidak berkesempatan untuk melayari internet. Hatta di rumah sekalipun. Ini pun sedang saya santai santai...tiba tiba teringat  blog yang terbengkalai. 

Sebenarnya kompeni saya menjalankan excercise MSS dan juga VSS. And saya rasa, banyak juga kompeni besar yang melakukan perkara yang sama. Dalam keadaan ekonomi yang agak merudum, terkadang kita tidak punya pilihan. Dan secara jujurnya saya adalah insan yang terpilih ditawarkan VSS namun saya menolak dan memilih untuk di tukarkan ke jabatan lain. Alhamdulillah permintaan saya boleh di consider (mungkin saya antara insan yang bernasib baik juga) tidak seperti rakan rakan yang lain yang yang tidak punya pilihan, maka terpaksa juga memilih antara VSS dan MSS. Apa dia VSS dan MSS (sila gugel hehehehe)

Selama 3 bulan saya berada di awangan awangan. Tidak tahu bagaimanakan kesudahannya. Bermula dari bulan September 2018. Namun akhirnya Disember 2018, saya ditawarkan untuk di tukarkan ke Jabatan Sumber Tenaga Manusia dan saya menerima tanpa banyak persoalan. 

Moga rezeki saya berterusan di sini. Saya berharap tahun 2019 memberi lembaran baru dalam hidup saya. 




Saturday, 2 February 2019

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Mihn

24 Disember - 29 Disember 2018


Perjalanan ke Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh bermula 24 Disember 2018 hingga 29 Disember 2019 bersama Geng Ukur Jalan. The trip was in December 2018, baru sempat nak update...hahahhaa. Serasakan ini adalah trip terakhir beramai ramai bersama GUJ. Selepas tu, macam takde trip bersama sama kerana kekangan masa, dan juga keadaan membuatkan masing masing mengatur rancangan sendiri. Moga ada trip lain selepas ni. Pada saya masih ada juga, cuma in a small group iaitu di bulan November trip to Jeju Island, Korea (last minit trip....sama juga keadaannyer bila travel bersama Geng KMC pada bulan April 2019 ke Jeju Island. Last minit trip juga...




Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 1

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Ming - Day 2

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 1

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 2

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 3

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 3 Part 4

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 5

Na Thrang - Dalat - Mui Ne - Ho Chi Minh - Day 6 Last Day

I was not in the picture.....hahahha
Na Thrang
Na Thrang
On the way to Dalat
Dalat
Dalat
Mui Ne
Ho Chi Mih with tour guide - Ismail 
Mui Ne




We had joy, we had fun during this trip. Travel bersama mengajar banyak erti kesabaran, dan juga masa untuk kita mengenali sikap kawan kawan. Bagaimanapun, saya merasa bertuah mempunyai kawan kawan yang memahami sikap masing masing semasa berkelana. Adatlah kalau ada yang tidak sempurna di sana sini. Dari situlah kita makin memahani dan lebih menghargai erti persahabatan.