Sunday, 29 August 2021

Birthday Celebration

29 August 2021

In August, banyak birthdays and juga kenangan kenangan lain berlaku in August. Just to mesmerize. Walaupun tak dapat sambut bersama sama, masing masing berada di kediaman masing masing, namun ingatan itu sentiasa ada. Delivery je......😄😄. Ada 9 birthdays anak, ibu, kakak suami, anak anak buah, dan juga pasangan masing masing. Saya cuma memaparkan yang rapat sahaja. Dengan yg lain bukan tak rapat....well...cuma tiada ole ole dari saya. Sekadar ucapan sahaja. 

13th August 2021 
Happy 84th Birthday to the amazing women who gave me life. You're the best mother a daughther could ever ask for, and I am grateful for you each day. 






14th August 2021 
Genap 5 tahun my Arwah  Abang meninggalkan kami. Just one day after my mother's birthday. Walaupun sudah 5 tahun, serasakan seolah olah masih baru berlaku. 

17th August 2021 
Happy 12th birthday to my little bam bam who is not little anymore. Wishing you a successful and properous life ahead. 


Memang bambam sangat ni..



26th August 2021
Happy 64th birthday to my eldest sister.  Wish you a day with happiness and joyous year ahead. 





27th August 2021 
Happy 58th birthday to my better half. No matter how much old you got, don't stop loving me....hahahhahahaha. Lets hold our hands and get old together, making memories. 














Sunday, 1 March 2020

Umrah - Ziarah Mahhabah

06 Februari 2020 (Khamis)

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan merancang, akhirnya masa yang di tunggu telah tiba. Hari ini adalah hari dimana saya berserta suami dan anak anak (7 orang)  dan juga diiringi bersama kakak saya sekeluarga (anak+menantu+cucu = 7 orang) dan juga emak, kami berangkat ke Madinah/Mekah untuk menunaikan umrah. Kesemua kami adalah 15 orang. Bagi saya, suami dan anak anak ini adalah kali pertama. Bagi kakak pula adalah kali kedua dan emak (saya tak terkira berapa kali dah)

Perancangan ke umrah kali ini tidak melalui travel agent. Setelah membuat kaji selidik sekian lama, kami memilih untuk pergi sendiri ditemani seorang Muttawif bernama Ustaz Nadzri juga merupakan kenalan kepada anak saudara saya (anak kakak). Segala urusan umrah Ustaz Nadzri (dan  sekutunya) yang uruskan. Secara dasarnya, kami tidak namakan Umrah DIY sebab kami tidak melakukannnya sendiri. Tapi pihak ustaz dan rakan rakan. Cuma tidak melalui travel agent. Untuk urusan Visa dan ticket penerbangan, rakan ustaz dari Syarikat Harmony Excellence yang menguruskan. Begitu juga dengan surat pelepasan untuk bercuti juga di atas nama Harmony Excellence. Manakala penginapan, transport, makan dan minum di Mekah dan Madinah, sekutu Ustaz yang berada di sana menguruskannya. 

**Notakaki;  Ustaz Nadzri sebenarnya freelance mutawwif dimana terdapat travel agent akan hire Ustaz utk mengikuti rombongan umrah. Ustaz berpengalaman menguruskan diy umrah sambil dibantu oleh rakan-rakannya. Kerana itu, kami yakin untuk menggunakan perkhidmatan Ustaz Nadzri. 

Kami memilih cara begini kerana tidak mahu terikat dengan jadual agent. Lagipun kerana kami membawa emak. Kami lebih suka secara santai. Setelah timbang tara cost all in, tidak jauh beza dengan yang ditawarkan oleh agent untuk pakej VIP, maka kami meneruskan cara sebegini. 

Untuk kursus juga dilakukan oleh Ustaz Nadzri. Pada masa yang sama, kami juga menghadiri kursus yang ditawarkan oleh Masjid Almizan Putrajaya, 

Dari Putrajaya tiga MPV (abang2 ipar dan juga mertua anak saudara saya) menghantar kami ke lapangan terbang KLIA 1. Sesampai di sini, kami wrapping bag dan ustaz memberi sedikit penerangan , peraturan dan perkara perkara yang perlu kami ingat, dan juga tanda pengenalan diri untuk di pakai di leher. Sebelum naik flight, sempat anak anak saya makan di mcdonald Kami solat jamak siap siap dan mengucapkan selamat tinggal pada yang menghantar. Penerbangan kami pada jam 0515 petang menggunakan Etihad Airlines. ETA pada jam 2225 Abu Dhabi (transit sahaja disini). Dan penerbangan ke Madinah keesokan harinya pada jam 0150 pagi waktu Abu Dhabi dan akan tiba di Prince Muhammad Bin Abdul Aziz Airport pada jam 0355 pagi.

Sangat selesa terbang bersama Etihad Airways. Kerusi lebar, makan cukup sampai tak larat nak makan. Ada entertainment untuk hilangkan kebosanan. Cuma seat kami anak beranak sahaja bertaburan. Itu tak menjadi masalah kerana masing masing sudah besar, kecuali si bambam saya tu je lah. Sbb baru 11 tahun. Tapi mujur seat dia dekat dengan ayahnya. Didalam flight dipenuhi dengan ahli jemaah dari Indonesia. Manakala asben pula terserempak dengan boss dia dalam flight yang sama tapi destinasi berbeza. Transit di Abu Dhabi juga. Dia dan keluarga bercuti ke UK. Masa di KLIA tak perasan pula. 

Sesampai di Abu Dhabi, flight berhenti agak jauh dari main terminal. Kami kena menaiki airport transfer lebih kurang 10 minit perjalanan juga. Airport Abu Dhabi ini sangat sangat besar. Sesampai di main terminal, kami terus ke ruang menunggu dan masing masing mengambil giliran untuk solat Jamak Maghrib dan Isyak. Pada mula teringin juga membeli makanan di airport Abu Dhabi then baru realised kami tak tukar Abu Dhabi currency pun.

Sebenarnya tak terasa lama sangat menunggu. Sekali lagi kami kena menaik bas untuk ke kapal terbang. Flight dari airlines yang sama, cuma kapal terbang yang berbeza. Punya dua baris sahaja, tetapi ruang seat tetap lebar dan selesa. Makanan juga tetap di sediakan. Memang kenyang la sepanjang perjalanan dari KL - Abu Dhabi - Madinah.

7 February 2020 (Jumaat)

Setiba di airport Prince Muhammad, untuk melepasi imigresen sangat lama. Paling saya risau (bukan saya sahaja, Ustaz pun risau) anak saya yg sulung. Dia baru sahaja kerintingkan rambut ala ala african look. Udahlah warna kulit pun tak secerah mana. Tapi alhamdulillah, semua selesai. Memandangkan emak menaiki kerusi roda, ustaz sudah buat buat arrangement siap siap. Yang saya perasan, turun dari flight, naik kerusi roda lain. Sampai di terminal, ada satu transit dimana kena tukarkan kerusi roda lain pula. Saya kata, bukan setakat transit flight, kerusi roda pun ada transit. Tapi sangat smooth. Tiada ternanti nanti. Segalanya lancar. 

Sesudah semua melepasi imigresen, kami perasan bahawa beg beg kami sudah diturunkan dari conveyer. Bayangkan betapa lamanya hendak melepasi imigresen.  Di ruang menunggu, ketibaan kami di sambut oleh 2 orang lagi muttawif iaitu Ustaz Raja & Ustaz (Ustaz yang ni mmg sampai sudah saya tak ingat nama dia). Transport juga sudah menanti. Ada 4 SUV dan kami membahagikan kepada 3 kumpulan termasuk ustaz-ustaz tadik. 

Di Madinah, kami menetap di Hotel Shaza Al Madina. Hotel ini sangat dekat dengan Pintu 22 dan 25. Dalam keadaan sedikit kalut mengeluarkan bag, tiba tiba anak saya si bambam bagitau. Ibu, backpack tertinggal dalam kereta. Termenung sekejap memikirkan apa yang ada dlm beg tu. Then saya teringat, dalam bagpack tu cuma ada sweater yang saya beli di New Zealand dan juga sekotak mask. Takpalah. Takde rezeki. Nak cari semula pun...hm...ustaz pun pening sekejap nak pikir. Saya kata, xpa, tak perlu susah susah. Bukan ada barang berharga sangat pun. 

Di Shaza al Madina, saya mendapat satu bilik yang boleh memuatkan 4 orang (saya dan suami berkongsi katil dan 2 orang anak satu katil setiap sorang). Ada 3 twin bed (agak besar), satu sofa yang boleh dijadikan sofa bed. Manakala along, angah  dan anak no 3 ditempatkan bersama abang ipar (dua katil queen, - kena berkongsi le). Kakak saya bersama anak dan menantu berserta cucu (2 katil queen, berkongsi jua). Manakala emak saya bersama dua orang anak saudara perempuan saya. Actually bilik emak boleh memuatkan 4 orang. Tapi sebab nak bagi dia selesa tak perlu berkongsi katil, maka kakak beralah menumpang bersama anak menantunya. Ustaz pula bersama kawan kawannya. Bilik kami memang besar kerana ada ruang tamu. Twin bed pun besar boleh memuatkan 2 orang.

Kerana hari ini adalah hari jumaat, masing masing cepat cepat bersiap sedia untuk solat Jumaat. Saya sebenarnya dalam keadaan tidak suci. Tapi doctor telah memberikan ubat untuk saya makan. Menurut kata doctor, insya allah tiba di hari untuk menunai kan Umrah, insya allah period akan habis. Tapi betul kata doctor tu. Alhamdulillah. 

Kesemua turun untuk mengambil tempat menunaikan solat Jumaat. Saya hanya mampu memandang dari bilik hotel sahaja. Hotel ni tersangat dekat dengan masjid. Memang boleh nampak orang lalu lalang berbondong bondong menuju ke masjid. 

Selesai jumaat, para jemaah lelaki mempunya aktiviti sendiri. Merata lah tempat yang sempat mereka pergi, manakala kami jemaah perempuan, lebih suka berada di masjid or bilik sahaja (saya le tu)





Friday, 6 December 2019

Bandung Again - Day 3 (Last Day)

2 Disember 2019

Hari ketiga, hari terakhir. Flight ke Kuala Lumpur jam 1335 tengahari. Dan akan sampai di Kuala Lumpur pada jam 0500 petang. Perjalan 2 jam lebih je. Tapi time differece. 

Kali ni kami dah plan nak breakfast kat One Eighty Coffee Music.  Masa kami sampai, cafe ni belum buka lagi. Maka terpaksa lah kami menunggu seketika. Since tak rushing, so takde hal. And kami bertiga adalah 1st customer untuk hari ini...hahha. 

Kami berangan nak makan makan dalam air. Tapi awal pagi, diaorang tak bukak lagi kolam tu. Maka sekadar pandang sahaja lah nampaknya. Not bad makanan di sini. Sedap juga. Kalau sesiapa nak cuba something yang lain, boleh lah datang ke sini. 

😋😋

😋😋

Kami memang santai santai, makan pun slow slow je, sebab flight tengahari. Takda apa yang nak di kejarkan pun. 

Selesai makan, kami pun berangkat ke airport. Tak jauh mana. Supir pun saja saja je pusing pusing, asalkan tak sampai airport terlalu awal. 

Check in dan menanti. Jam 1335, flight take off. Membuta masing masing dalam flight. Sampai KL, masing masing membawa haluan. 

Tamatlah perjalanan santai kami. Yang lebihnya, nak pergi berurut tu. Macamlah kat Kuala Lumpur ni takde tempat massage....hahaha

End of Day 3. 







Tuesday, 3 December 2019

Bandung Again - Day 2

1 Disember 2019 (Ahad)

Sian Jah dengan Kelly. Masak air dulu, then kendian bawak air panas masuk bilik air. Saya redah je dengan air sejuk. Tapi tu la. Macam mandi cakcibo. Sejuk. 

Awal pagi supir dah datang. Kami pun terus ke Kafeteria 170, Bandung.  Kat sini macam macam ada. Dari Indonesian Food, Western Food or Peranakan. Kedai pun agak besar dah sedikit hipster. Ada buffet style, ada ala carte. Kami memilih ala carte sahaja. 

Pada asalnya, kami nak pergi Floating Market. On the way, jalan jem giler giler. Entah pukul berapa nak sampai. Pastu masing masing decided takmo pergi. So kami ada masa senggang, tak tau nak buat apa. Sekali Kelly cakap, nak pergi potong dan warnakan rambut. Saya dengan Jah pulak, decided nak buat pedi and manisure. Gigih lah  kami menggugel mencari tempat yang reasonable. Maka terjumpa lah kami salon ini yang di panggil Anata Salon. Memang murah giler. And service sangat baik. Sementara Kelly mencuci dan membelai rambut, saya dan Jah membelai kuku kaki dan tangan. Kami selesai dulu, Kelly masih belum selesai. Kami minta supir hantar kami balik hotel sekejap. 

Tak lama kemudian Kelly called, kata dah redi, kami bergerak ambil Kelly dan terus cari tempat untuk lunch. Since dah ada terlewat sikit, kami jumpa satu kedai ini, Iga Bakar Mas Giri. Masa ni orang agak ramai, dan terpaksa lah kami menunggu seketika. Disini ada disediakan daging bakar yang enak.  Ada juga ayam penyet dan sup. Memang kelaparan sungguh hahahha. 

Selesai makan, kami singgah di Pasar Baru, Bandung. Takde plan nak beli apa pun sangat. Tapi terbeli juga. Cuma taklah beria. Jah membeli luggage, saya sekadar membeli sehelai skirt labuh. 

Kemudian kami sekali lagi ke Zen Family Spa...hahhaha. Makan, urut, makan, shopping, makan. Itu je lah aktiviti kami. 

Kali ni Jah mengambil keputusan untuk mandi siap siap di Zen Spa. Selesai berurut di Zen Spa, kami dinner di Uphormal Hypster Cafe. Ramai budak budak remaja dalam ni. And sangat penuh. Masing masing dengan laptop and bertunggu bertangga kat dalam tu, memang takde peluang orang lain nak masuk...

Selesai dinner, balik hotel. Pack barang siap siap, besok dah balik KL dah. Saya tetap lena tidor. Walaupn takde ekon.

End of Day 2. 




Monday, 2 December 2019

Bandung Again - Day 1

Trip ke Bandung again bermula dari 30 November 2019 - 02 Disember 2019 bersama ahli kelab KMC. Hanya orang orang tertentu sahaja tahu, apakah KMC. 

Day 1 - 30 November 2019

Our flight ke Bandung adalah jam 0645 pagi dan di jangka sampai di Bandung pada jam 0805 pagi. Kali ni flight booking + hotel, booked melalui AirAsiaGo. Plan asal, sesampai sahaja di Bandung, kami mahu breakfast dulu, kemudian barulah check in hotel. Hotel yang di pilih kali ini adalah Residences by RedDoorz near Rumah Mode. Agak mengecewakan hotel ini. Walaupun bilik besar, dan boleh menempatkan 3orang, tapi facilities agak tidak menarik. Paling mengecewakan kawan saya adalah kerana tiada hot water. Nak mandi guna shower pun tak berapa elok. Gayung pula bocor...hahaha. Bertabahlah untuk 3 hari 2 malam. If lebih dari itu, saya rasa mau kami berpakat tukar hotel. 

Sesampai di airport Bandung, supir kami telah menunggu. Supir yang agak muda juga dan kelakar. So, sepanjang perjalanan, tidaklah kami merasa bosan. 

Memandangkan trip ni trip santai santai, kami tidak rushing. Just relaks relaks sahaja. And bagitau supir tak perlu terkejar kejar. Hari ini punya catatan perjalanan seperti berikut (biasalah bila lama tak buat entry, turutan perjalanan pun dah lupa).

Kami ke Dago Dream Park. Agak besar juga Dago Dream Park ni. Banyak spot spot menarik untuk bergambar. Tapi oleh kerana kami bertiga, bukan jenis suka bergambar, asik terlupa nak ambil gambar, maka terimalah seadanya. 

Kami juga pergi ke Farmhouse Lembang. Selepas membeli ticket, kita boleh mendapatkan sebotol susu secara percuma. Setelah puas menjelajahi di Farmhouse Lembang, kami berangkat mencari tempat untuk makan tengahari pula. Seperti yg saya katakan, trip kami trip santai. So walaupun tempat tu jauh diantara satu sama lain, tak jadi hal. Asalkan sampai. Bersebelah dengan Farmhouse Lembang, ada sebuah lagi tempat tarikan iaitu Afrika Asia. Tapi kami tak singgah pun. Pening tengok keadaan kenderaan di kiri dan kanan. 

Kerana sudah lapar, kami terus menuju ke Kampung Daun. Sesampai disini, ingatkan boleh je masuk terus. Rupanya kena daftar dulu, tengok ada kekosongan tempat atau tidak. Apabila dah dapat tempat, kami pun membuat pesanan, dan kemudian datanglah tukang saji menyediakan makanan untuk kami. Supir kami agaknya keletihan. Sampai tertidor dia sambil kami makan. Gazebo di Kampung Daun ni juga agak selesai. Memang boleh berehat santai. Kebetulan hari hujan, kami pun relaks relaks sahaja. Selesai makan, kami check in hotel. 

Selesai mandi manda, kami menuju ke Zen Family Spa & Reflexology. Saya suka sangat Spa ni. Masing masing memilih jenis urutan yang kami suka. Saya suka yang relaks relaks sahaja. Dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Memang lena abis....

Selesai di Spa, kami ke Stone Cafe untuk dinner pula. Tiba agak lewat sedikit, tapi orang taklah ramai mana. Biasalah lepas urut, perut pun lapar. Kami pun memesan apa yang patut.

Selesai dinner, kembali ke hotel. Sayang pula nak mandi manda. Minyak urutan pun macam belum cukup meresap ke dalam badan....hehhe. Tp oleh kerana keadaan bilik air yang tidak mempunya hot water, shower nya pula sekejap air ada takda...kecewa sungguh dibuatnya. Nak mandi pun tak puas. 

Jah dengan Kelly, rajin sungguh menggugel review hotel ni. Saya lena tidur di buai mimpi. Memang banned la. Lain kali takkan datang ke sini...hahhaa..

End of Day 1. 




Sunday, 1 December 2019

Trip to Bandung, Indonesia

Entah sudah berapa kali ke Bandung Indonesia. Bersama family, bersama kawan, bersama suami sahaja dan seorang anak, bersama ahli ahli kelab KMC. Jadi saja, asalkan namanya berjalan jalan.. Ini adalah catatan perjalan ke Bandung bersama suami dan anak saya yang bongsu. Cuma kami bertiga sahaja. 









Dibawah ini pula catatan perjalanan bersama kawan kelab KMC. Trip ini trip santai. Trip jalan jalan cari makan sambil beristirehat. Bermula dari 30 November 2019 - 2 Disember 2019.









Saturday, 28 September 2019

Hatyai Trip Again

Trip ke Hatyai dari 6 September - 9 September 2019 bersama officemate. Just a short vacay, but still....we enjoyed. 



Hatyai Trip Again - Day 2

Hatyai Trip Again - Day 3