
Monday, 11 January 2016
MRT

Monday, 4 January 2016
Back to School Again

Wednesday, 30 December 2015
Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 3
6 Disember 2015 - Ahad
Masa kat gerai gerai lokan ni, elektrik takdak. Huuh...berpanas, berlengas semuanya. Tp gigih gak makan lokan bakar, nasi goreng kampung dan air kelapa.
Dah kenyang, kami terus ke Bandar Kota Kinabalu. Masa ni Zaa dok ckp, dia x sempat nak confirmkan dengan hotel. Dan waktu check in pun dah terlepas. Saya kata, dun worry, since dia booked thru airasiago pada saya takda masalah if lambat check in pun. Bukan lambat sgt....terlepas beberapa jam.
Masa sampai kat hotel ni, perut saya dah mula meragam. Tingat kes balik dari Bukit Tinggi...adoish...sama juga berlaku di sini. Perut meragam gile. Asik nak membuang jer dan berangin. Asik berkeriuk tak sudah sudah. Since flight saya malam ni, saya memang malas nak kemana mana. Rehat saja di bilik hotel. Masa ni perut dah sakit bebeno. Ingat nak mandi manda, baring baring jap sambil layan perut. Malas dah nak pandang keliling...kekkeke Malam ni yang lain lain menginap di Le Hotel. Okay lah hotel ni. Takat nak tido satu malam jer. Tapi susah parking kat sini. Menurut kata kawan saya, the next day depa kena saman sbb tak bayar parking..hehe. Pihak hotel kata, parking free. Tp yg benonyer kena bayo. Gasak korang ler....ahkak dah balik KL masa tu...kekek
Dalam jam 6 petang gitu, kami siap siap untuk keluar dinner. Sekali lagi dinner di Anjung Senja. Tak selera saya makan sbb sakit perut. Dah tu pulak, Zaa, Maz dan Jah bukan kaki makan macam ai except Anna...hhahaha. Tak meriah makan ngan depa ni. Selera mak asik bantut jer tau....kakkakaka.
Selepas dinner, mereka hantar saya ke airport. Jom balik KL....tp sekali lagi flight delay. Lotih mak nak. Udahler perut asik krok krek krok krek.....saya siap tido kat gate menunggu. Jemuuuu....

Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 2
Dah penat mengetea, kami berpatah balik semula ke Pekan Kundasang. Singgah sebentar di War Memorial Kundasang. Tp tak masuk pun, sbb hari pun dah mula beransur petang Pusing pekan kundasang sekejap sambil cari ciken wing dan mee segera.
Dari Blok S, memang boleh pandang terus ke Gunung Kinabalu. Kami booked satu bilik jer and mintak satu extra bed untuk ber5..gigih dak....nak jimat punya pasal...hahhaa.

Short Trip To Kota Kinabalu - Kundasang Day 1
![]() |
| Sampai....muka letih dan tak mandi....hahhahhaa |
Gi makan dulu kat Anjung Senja. Masa makan di Anjung Senja ni, saya order mee goreng basah. Tak lama lepas tu, sampai ler mee ala ala mcm mee ladna. Kami ni siap ckp...kami tak order ni..nak mee goreng basah. Rupanya itulah mee goreng basah. Memang basah sungguh lah...melimpah ruah. Tapi sedap juga. Lepas makan trus balik hotel. Kami menginap di J&J Hotel. Betul2 berhadapan dengan pasar filipina....boleh la. Lagipun budget hotel kan.....
![]() |
| Reception |
![]() |
| Inilah rupa bilik kami. Family room |
Notakaki: Gambar hotel semua saya pinjam dari pak google...
Okay la biliknyer. Boleh buat 5 orang. Ada satu katil queen dan satu bunkbed. Boleh bentang sebijik lagi tilam single kat bawah. A bit sempit...sbb dengan barang barang lagi. Nak solat, kena alih semua naik katil. Ni info pasal J&J Hotel
Malam tido lena....saya hanyut terus, sbb kepenatan. Penat menunggu flight, penat jalan sensorang..hahaaha..

Monday, 28 December 2015
Jom tengok wayang
27/12/2015 - Tengok chipmunk






















