Thursday, 11 May 2017

Mini Reunion

10 May 2017

On Wesak day recently kembali bertemu kengkawan sama sama belajar di ITM Kota Bharu, Kelantan juga kengkawan sealiran dari ITM Kuantan, Pahang (Batch saya ITMCK 88, kemudian kami di tukar ke Kuantan, Pahang). Saya dah lama tak ketemu mereka mereka ni semua. Ada yang tak jumpa langsung lepas tamat pengajian. Saya juga bukan jenis orang yang rajin mencari kawan kawan. Tapi atas inisiatif kengkawan seperti Sherry, Zana, Hani, Tini, (saya namakan a few), maka tercetus ler idea untuk berjumpa jumpa. Some of them memang dah biasa sangat berjumpa. Silaturrahim antara mereka memang berpanjangan dari saat tamat pengajian hingga sekarang. 


I put this story in my blog, sebab saya mahu mengenangkan kembali zaman zaman remaja. One day, I might forget. So if I read this again, then maybe I will remember. Saya taklah rapat dengan semua orang. Cuma several people je. Tapi demi usaha kengkawan, saya gagah juga untuk hadir. Tak ramai sebenarnya. Dalam 11 orang gitu. Hani, Nor, Sherry, Zana, Tini, saya (ITMCK), manakala Erra, Noriah, Mawar, Yati, Rose dari ITMCP Kuantan. Siapa lagi eh....

Yang hadir
Konsep potluck. Masing masing bawak makanan. Macam macam ada. Lemang, rendang, spageti, victoria sandwich cake, roti kapit sardin (tak tau nama hehehhe), bingka, choc cupcake, serimuka, laksa...walllaa. memang meriah makanan. 

Rendang Erra memang superb. Begitu juga dengan Mini Red Velvet Cake. Bronies Rose, Puff Zana, Laksa Sherry, Lemang Noriah, Sandwich Cake Noor, Serimuka Tini, Cupcake Yatie, Spageti Hani...perghhh..buntang makan. Saya bawa spageti oglio bukan masak sendiri....(banyak lagi makanan lain yang tak berapa nak ingat)

Sapa penah makan laksa ngan fish cake. Org Perak je buat gitu hehehe





The best ever - Mini Red Velvet
We enjoyed. We chit chatting sambil mengenang ngenang masa lalu. Macam biasa, bila terlalu lama tak berjumpa, terlalu banyak stories mories yang nak di sampaikan. Adakala bercakap pun sampai bersimpang siur. Cross over.

Moga silaturrahim terus berpanjangan. Walau mungkin dahulu kita tidak serapat mana, moga kali ini persahabatan terus dapat di eratkan. Gembira mengenali uols.




Monday, 8 May 2017

Cendol Durian Again - TTDI

7 Mei 2017

Berkawan ngan orang suka makan makan, ni lah akibatnya. Tak abis abis, makan makan makan dan makan...hahhaha. Durian ni feberet diaorang kut gamaknya. Asik la nak mencari durian. Ater...moh kita jalan jalan cari makan ke TTDI.








Malas nak edit. So terimalah TTDI Durian King seadanya. Semangkuk RM15.00. Durian yang yang diletak katanya adalah durian udang merah. Boleh ler. Sedap gak ler durian ni. Cuma tak puas makan hahahahhaha. Senang je nak cari gerai ni. Betul betul dekat ngan pasar besar TTDI. Masa ni kami beli juga durian untuk di makan. Durian udang merah sekilo adalah RM32.00 (pada masa ini di hari ini). Beli 2 biji kena 2.2 kilo x 32.00 = 70.40. Dia bagi diskaun 0.40 so bayar 70.00 je dibahagikan kepada 5 orang = RM14.00 sorang. Dapat lah makan beberapa ulas. 







Thursday, 4 May 2017

Restoran Makanan Korea - Ko Hyang

One of my favourite place untuk makan makan. Since saya kerja di Puchong, bila teringin makan Korean Food, maka saya akan menerjah ke Cyberjaya untuk ke Shaftbury Square.  Masa mula mula dulu Ko Hyang tak banyak cawangan. But now dah makin bertambah dan bertambah. Antara tempat tempat yang boleh anda pergi adalah: 

The Garden Mid Valley City
Sunway Pyramid Shopping Mall 
Setia City Mall 
1 Utama Shopping Mall
Shaftsbury Square, Cyberjaya

But baru baru ni saya menerjah ke The Garden Mid Valley City. Sangat dekat dengan rumah. Antara yang menjadi kegemaran saya di Ko Hyang ni adalah Sun du bu Ji gae, Kim chi Ji gaae, Bi Bim Bap, Pa Jeon, Ttukbokki dan Rameyon. 
  
Bi Bim Bap

Pa Jeon

Sun Du Bu Ji Gae



Antara yang di makan kelmarin bersama kengkawan. Pada saya sedap je. Pada kawan saya tak sedap katanya. Lagi sedap makan di Dubuyo. Well..sedap itu subjektif. Tekak masing masing...hehhehe





Wednesday, 3 May 2017

Cendol Durian - Shah Alam

Last weekend, teringin sesangat rasanya nak makan Cendol Durian. Since ramai kekawan dok sajes, try ler Cendol Durian Seksyen 24, Shah Alam, Selangor. Maka dengan gigihnyer kami anak beranak ke Shah Alam.

Alamat:  Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Sekysen 24, Shah Alam Selangor.
Phone: +60 18-361 0400
Hours:  12PM - 12 AM


Mangkuk besar  - RM18.00

Mangkuk kecil - RM15.00

Mangkuk kecil + mangkuk besar


Beza mangkuk kecil dan mangkuk besar adalah isi durian nya sahaja. Yg kecil cuma 2 ulas, manakala yang besar ada 3 ulas (kalau tak silap). 

Pada saya, not bad. Cuma isi durian tak braper nak kaw kaw. Kurang lemak berkrim. Suami saya kata, durian siam..hahhaha. Durian kampung lain sikit rasanya. Tapi kawan saya kata, masa dia pergi makan cendol durian ni, dia dapat musang king berharga RM24.00. Saya pun tak reti nak bezakan musang king dengan durian biasa. Tapi enjoy je makan cendol durian ni. Compare to cendol durian yang saya makan di Kuala Selangor, this one is much much better. Kat Kuala Selangor tu rasa durian je. Isi durian pun xde.