Episod 27
Semasa di hospital, Kang Ho mendapat panggilan
dari Soo Jong Lama juga Kang Ho
berfikir……..akhirnya dia membuat keputusan utk berjumpa ayah Soo Jong dan berterus
terang dengan ayah Soo Jong bahawa dia
sudah mempunyai seseorang yg lain utk di kahwini. Soo Jong berterimakasih dan
mengagumi Kang Ho kerana mahu berterus terang. Malah sempat bergurau, sekiranya
hubungan Kang Ho dengan orang yang di cintainya tidak menjadi, Kang Ho boleh
mencarinya semula….
Di hospital, Nenek Kang Ho menerima panggilan dari
Puan Gong (nenek Soo Jong) dan dia menceritakan apa yang telah berlaku. Ini
membuatkan emak Kang Ho, Hyang Sook Ho amat marah. Apabila Kang Ho sampai di
hospital, Hyang Sook terus memarahinya dan memukulnya, malahan mengatakan
bahawa Kang Ho bukan anaknya (hahhahaha…...Kang ho mmg bukan anak dia pun…cuma
Kang Ho jer yg tak tau…). Kang
Ho memohon maaf dari ayahnya, sambil menangis,
kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah syarikat utk mencari seorang
pelabur
Ae rang ke rumah Kang Ho utk berjumpa dengan nenek dan menanyakan
apakah salah Eun Nim hingga di pecat. Adakah kerana Eun Nim berpacaran dengan
Kang Ho. Nenek Kang Ho terkejut apabila mengetahui hubungan antara Ae Rang dan
Eun Nim. (akak suka saaat ni…walaupun emak tiri Eun Nim tu selalu marah marah Eun
Nim, tp masa part ni, dia betul2 pertahanan Eun Nim. Sentiasa sebut, Eun Nim tu
anak dia..dan memuji muji Eun Nim…hehehehehe..) Hyang Sook masih tidak
berpuas hati, kerana Eun Nim tidak menerima wang darinya. Dengan itu, dia cuba
member kepada Ae rang. Namun Ae Rang juga menolak….walaupun sebenarnya dia nak
sangat sangat dengan duit tu…tambahan pulak, Hyang Sook siap ckp…duit tu
byk…cukup utk buat deposit utk sebuah apartment yg besar…heehehhe….nyaris Ae
Rang tak terduduk..tp dia gagah gak berjalan meninggalkan Hyang Sook.
Kang Ho membawa diri ke tepi tasik. Semua org
risau ttgnya. (Taim ni Eun menelepon Kang Ho bagitau semua orang risau. Kang Ho kata, bukan sbb Eun Nim rindu kat dia kaa..kihkhkihkih..terbuai buai tengok citer ni..adeii...sabar je lah..) Kumpulan Saegwang bersetuju untuk melabur dalam projek pusat
perangian Baeksan Group. Semua org cuba menelepon Kang Ho (handphonenya
tertinggal di dalam kereta).
Semua org gembira, masalah selesai. Hyang Sook
memohon maaf kepada kang Ho. Baek II pula bersetuju utk merestui perkahwinan
Kang Ho dan Eun Nim seperti yang di janjikan. Kang Ho gembira dan terus
menyampaikan kabar kepada Eun Nim. Sae Hoon pula cuba menasihati bapanya ttg
Eun Nim dan Kang Ho, tetapi Baek menegaskan agar Sae Hoon terima saja…..malah katanya, Sae
Hoon tidak harus bersikap seperti ibu dan neneknya. Sae Hoon berkahwin juga
dengan SeonYong (bukan juga dari kalangan org kaya), tp kelihatan bahagia..(hahhaa…………wife
dia tak tau lagi asbend ada hubungan sulit)…
emmm..apa lagi ekk......










