Wednesday, 23 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 22

Eun Nim rasa tidak selesa bila berada di rumah Kang Ho. Ibu, nenek dan abang Kang Ho juga menunjukkan rasa tidak senang dengan kehadiran Ko Eun Nim. Cuma bapa dan kakak ipar Kang Ho saja yg kelihatan menerima Eun Nim seadanya. Disebabkan ketidak selesaan itu, Eun Nim cepat cepat minta diri untuk pulang.

Eun Nim terus pulang ke rumah neneknya. Dia meluahkan segala perasaan yg terbuku di jiwanya kepada nenek. Eun Nim amat menyintai Kang Ho, tetapi dia dapat merasakan kehadirannya tidak di senangi oleh ibu & nenek  Kang Ho. Eun Nim pergi melawat kubur ibunya.

Ibu Eun Nim mati ketika dia berusia 3 tahun. Kemudian bapanya kawin dengan ibu tirinya, Park Ae Rang yg mempunyai seorang anak perempuan bernama Nan Jeong hasil dari perkahwinannya yang terdahulu. Hasil perkahwinan bapa Eun Nim dengan ibu tirinya, mereka di kurniakan seorang anak perempuan bernama Eun Jeong.

Ketika sedang Eun Nim berdoa di hadapan kubur ibunya,  Kang Ho muncul di situ. Kang Ho memohon restu dihadapan kubur ibu Eun Nim utk memperisterikan Eun Nim. Kang Ho kemudianya menghantar Eun Nim balik ke rumah. Tatkala mereka berhenti di satu lorong berhampiran dengan rumah Eun Nim, tiba tiba bapa Eun Nim muncul. Kedua-duanya terperanjat, tetapi Kang Ho cepat cepat member penjelasan tentang hubungan mereka kepada bapa Eun Nim. Dengan itu, bapa Eun Nim mempelawa Kang Ho datang kerumah mereka keesokkan harinya utk bertemu dengan ahli keluarga Eun Nim yg lain.

Selepas kerja, Eun Nim dan Kang Ho terus bergegas ke rumah Eun Nim.  Disaat utk memperkenalkan kepada ahli keluarga Eun Nim yg lain, Kang Ho terkejut melihat kakak tiri Eun Nim, Nan Jeong. Nan Jeong sebenarnya tertarik dengan Kang Ho. Tetapi Kang Ho menolak, dan hanya menganggapnyer hanya sekadar kawan biasa.


Sambungan..........................

No comments:

Post a Comment