Wednesday, 30 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 27


Episod 27

Semasa di hospital, Kang Ho mendapat panggilan dari Soo Jong  Lama juga Kang Ho berfikir……..akhirnya dia membuat keputusan utk berjumpa ayah Soo Jong dan berterus terang dengan ayah Soo Jong  bahawa dia sudah mempunyai seseorang yg lain utk di kahwini. Soo Jong berterimakasih dan mengagumi Kang Ho kerana mahu berterus terang. Malah sempat bergurau, sekiranya hubungan Kang Ho dengan orang yang di cintainya tidak menjadi, Kang Ho boleh mencarinya semula….

Di hospital, Nenek Kang Ho menerima panggilan dari Puan Gong (nenek Soo Jong) dan dia menceritakan apa yang telah berlaku. Ini membuatkan emak Kang Ho, Hyang Sook Ho amat marah. Apabila Kang Ho sampai di hospital, Hyang Sook terus memarahinya dan memukulnya, malahan mengatakan bahawa Kang Ho bukan anaknya (hahhahaha…...Kang ho mmg bukan anak dia pun…cuma Kang Ho jer yg tak tau…).  Kang Ho memohon maaf dari ayahnya, sambil menangis,  kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah syarikat utk mencari seorang pelabur

Ae rang ke rumah Kang Ho  utk berjumpa dengan nenek dan menanyakan apakah salah Eun Nim hingga di pecat. Adakah kerana Eun Nim berpacaran dengan Kang Ho. Nenek Kang Ho terkejut apabila mengetahui hubungan antara Ae Rang dan Eun Nim. (akak suka saaat ni…walaupun emak tiri Eun Nim tu selalu marah marah Eun Nim, tp masa part ni, dia betul2 pertahanan Eun Nim. Sentiasa sebut, Eun Nim tu anak dia..dan memuji muji Eun Nim…hehehehehe..) Hyang Sook masih tidak berpuas hati, kerana Eun Nim tidak menerima wang darinya. Dengan itu, dia cuba member kepada Ae rang. Namun Ae Rang juga menolak….walaupun sebenarnya dia nak sangat sangat dengan duit tu…tambahan pulak, Hyang Sook siap ckp…duit tu byk…cukup utk buat deposit utk sebuah apartment yg besar…heehehhe….nyaris Ae Rang tak terduduk..tp dia gagah gak berjalan meninggalkan Hyang Sook.

Kang Ho membawa diri ke tepi tasik. Semua org risau ttgnya.  (Taim ni Eun menelepon Kang Ho bagitau semua orang risau. Kang Ho kata, bukan sbb Eun Nim rindu kat dia kaa..kihkhkihkih..terbuai buai tengok citer ni..adeii...sabar je lah..) Kumpulan Saegwang  bersetuju untuk melabur dalam projek pusat perangian Baeksan Group. Semua org cuba menelepon Kang Ho (handphonenya tertinggal di dalam kereta).

Semua org gembira, masalah selesai. Hyang Sook memohon maaf kepada kang Ho. Baek II pula bersetuju utk merestui perkahwinan Kang Ho dan Eun Nim seperti yang di janjikan. Kang Ho gembira dan terus menyampaikan kabar kepada Eun Nim. Sae Hoon pula cuba menasihati bapanya ttg Eun Nim dan Kang Ho, tetapi Baek menegaskan agar  Sae Hoon terima saja…..malah katanya, Sae Hoon tidak harus bersikap seperti ibu dan neneknya. Sae Hoon berkahwin juga dengan SeonYong (bukan juga dari kalangan org kaya), tp kelihatan bahagia..(hahhaa…………wife dia tak tau lagi asbend ada hubungan sulit)…


emmm..apa lagi ekk......

No comments:

Post a Comment