Wednesday, 30 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 26

Jenuh nak piker balik episode ni.., sebb masa episode ni akak tak konsetret…


Semasa di hospital, Baek II meminta jasa baik Kang Ho utk pergi berjumpa dengan Pengerusi Park (bapa Soo Jong), bersama sama dengan Soo Jong utk meminta supaya Saegwang Group melabur di dalam projek kawasan peranginan Baeksan Group. Kang Ho meminta masa untuk berfikir.  Kang Ho berusaha mendapatkan kawannya Peter utk melabur. Tapi tak berjaya. 

Kang Ho pergi berjalan jalan bersama Soo Jong. Membuatkan dia rasa bersalah terhadap Eun Nim. 

Hyang Sook cuba memberikan sejumlah wang kepada Eun Nim, supaya Eun Nim meninggalkan Kang Ho. Tp tidak diterima oleh Eun Nim.  Eun Nim amat sedih…bila Kang Ho menelepon pun tidak diangkatnya. Kang Ho menunggu Eun Nim di hadapan rumahnya. Kata Kang HO, dia didalam kesusahan, berharap Eun Nim faham. Eun Nim minta Kang Ho melepaskannya, dengan itu, Kang Ho tidak akan susah lagi. (masa ni best……hahah..semua best lah…) Eun Nim menangis., Kang Ho peluk dia…Eun Nim tak bagi tau hal sebenar. Dia pun tak sanggup nak berpisah.

Ae Rang asik berleter dengan Eun Nim kerana dia di pecat dari kerja. Nenek Kang Ho tak sudah sudah mencari jalan utk memisahkan Kang Ho dan Eun Nim.

Apa lagi ekk………….tak ingattt………..nnt ingat, Kalau ingat kendian, akak tulih lagi…Udahler tak reti nak memendekkan citer…..belasah jer lah labu ya………..

No comments:

Post a Comment