Wednesday, 23 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 23


Love You Thousand Times

Nan  Jeong tidak dapat menerima hakikat bahawa Kang Ho menyintai Eun Nim. Begitu juga dengan ibu tiri Eun Nim Park Ae Rang.  Bapa Eun Nim berusaha utk meyakin mereka bahawa Kang Ho hanya untuk Eun Nim.  Nan Jeong melarikan diri dari rumah kerana kecewa dengan Kang Ho. Nan Jeong meminta pertolongan Cheul utk bermalam di rumahnya kerana dia tidak mahu pulang ke rumah. Kang Ho pula tetap menegaskan bahawa antara dia dengan Nan Jeong hanyalah sekadar kawan biasa.  Malah Kang Ho memberi penjelasan panjang lebar kepada bapa Eun Nim tentang dirinya ngan Nan Jeong.

Nenek Kang Ho terus terusan memenunjukkan ketidakselesaannya terhadap pilihan Kang Ho. Tetapi Kang Ho tetap dengan pendiriannya.  Kang Ho juga terus meyakinkan Eun NIm bahawa dia amat menyintai Eun Nim. Walau apa pun halangan dan rintangan yang bakal melanda, dia mahu Eun Nim yakin dengan nya.

Berita berkenaan  projek kawasan peranginan yg di buat oleh Sae Hoon kurang berjaya sampai ke pengetahuan ayahnya, Baek II. Sementara itu, Sae Hoon berusaha mencari pelabur utk projek kawasan peranginan yang hampir terbengkalai kerana pelabur menarik diri di saat akhir. 

Sae Hoon meneruskan perhubungannya dengan Yeon Hee. Semasa Kang Ho pergi berjumpa dengan kawan sekuliahnyer di sebuah hotel, Kang Ho terserempak dengan Sae Hoon dan Yeon Hee yg baru keluar dari sebuah bilik. Kang Ho mengekori Sae Hoon dan Yeon Hee. Pada masa yg sama, Hyang Sook dan Seon Young juga berada di hotel tersebut. Ketika berada di lobi hotel,  Kang Ho segera menarik Sae Hoon lari jauh dari Yeon Hee untuk menyelamatkan keadaan.. Sae Hoon tergamam seketika apabila melihat ibu dan isteri meluru arahnya dan juga terkejut dengan tindakan Kang Ho.


Sambung lagik…kekekeke......jeuh nak polow citer korea ni....org dah abis tengok, akak baru terhegeh2 nak tengok...

No comments:

Post a Comment