Friday, 25 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 24

Episod 24

Semalam ter miss utk beberapa minit, sbb balik lambat………………ada latihan tarik tali..

Kang Ho mengesyaki abangnya Sae Hoon menjalinkan hubungan sulit dengan Yeon Hee.  Kang Ho menasihati abangnya utk memutuskan hubungan dengan Yeon Hee sebelum kakak iparnya dpt tahu. Tetapi Sae Hoon pula menegaskan agar Kang Ho agar tidak masuk campur dlm urusannya. Kang Ho pergi berjumpa dengan Yeon Hee dan memintanya utk memutuskan perhubungannya dengan Sae Hoon. Tp Yeon Hee dengan sombongnyer mengatakan itu adalah haknya untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yg dia suka, tidak mengira samada org itu telah berkahwin atau tidak. Kang Ho benar benar bengang dengan sikap Yeon Hee. Pada Kang Ho Yeon Hee adalah perempuan yang tidak tahu malu. (Menyampah pulak nengok Yeon Hee ni, masa ni..eksyennn…….kekekke.)

Kang Ho juga melarang Eun Nim dari berkawan dengan Yeon Hee. Ini menimbulkan kemarahan kepada Eun Nim. Kerana Kang Ho tidak memberikan alas an yang munasabah. Walaupun Kang HO mengatakan dia punya alas an tersendiri, Eun Nim tetap berdegil. (Bila tengok depa ni bergaduh….cute jer….Eun Nim ngan muka ala ala manja ngada ngada…Kang Ho ngan mula selamba…walaupun kena marah ngan Eun Nim, tp dia menten senyum selamba..hahahah…ensem lak tu..ishh..) Sementara itu, ibu Yeon Hee, Geum Ja juga mengesyaki anaknya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang. Dia tidak menyukai keadaan itu, tetapi di marahi oleh Yeon Hee dan meminta ibunya menghormati pendirian dan privacynya.

Ayah Eun Nim berusaha memujuk Nan Jeong pulang ke rumah. Pada mulanya Nan Jeong berkeras, kerana dia merasakan ayahnya tidak menyayangi dia, kerana dia bukan anak kandung. Go In (ayah Eun Nim) berjaya juga meyakinkan Nan Jeong, bahawa kasih sayang antara dia dan Eun Nim tiada bezanya. Malah Nan Jeong mendapat lebih lagi dari Eun Nim. Walaubagaimanpun, Nan Jeong masih bersikap dingin dengan Eun Nim..(klu tengok, kesian kat Eun Nim ni….asik beralah jer……..dengan muka inisen dia tu..kekekke.Nyampah gak ngan Nan Jeong..keras kepala..apa kata dia jerk...)

Sementara itu, nenek Kang Ho berusaha utk mencari jalan supaya Kang Ho melupakan Eun Nim. Nenek mendesak Sae Hoon membawa Kang Ho berjumpa dengan anak Pengerusi Saegwang Group, Soo Hyuk utk di perkenalkan kepada adik perempuannya, Soo Jong. Pengerusi Saegwang Group ini adalah kawan lama kepaa Baek II sekeluarga. Anak perempuan ke tiga pengerusi syarikat ini sememangnya tertarik dengan Kang Ho.  Semasa Soo Jong melawat Baek II di pejabatnya, Baek II sengaja menyuruh Eun Nim membuatkan kopi, dan memanggil Kang Ho ke biliknya. Dan dia juga menyuruh Kang Ho menghantar Soo Jong pulang. Ini membuatkan Eun Nim rasa sedih melihat keadaan itu.

Sae Hoon pula memberi amaran kepada Eun Nim, supaya tidak lagi bertemu dengan Kang Ho. Sebelum Sae Hoon sempat menghabiskan apa yang ingin diberitahunya, Kang Ho masuk kedalam bilik dan berlaku sedikit pertengkaran diantarasa abang dan adik……………

No comments:

Post a Comment