Inilah menu dinner akak anak beranak malam ni..hahaha. Dasar pemalas. Satu menu sahaja. Menu paling simple. As working mother yang sampai rumah jam 6.30 petang paling awal (klu paling lambat, tak tau nak kata ler...kekekkke), memang kelam kabut nak memasak. Pastu nak bagi anak anak makan, lepas maghrib depa nak pergi tuition pulak. Haru hidup sekejap. Jadi untuk dinner during weekdays, memang akak memasak seringkas yang mungkin.
Bahan - bahan : Udang, kacang panjang, karet, bawang besar, halia, cili padi. (Potong ler ikut suka..hahaaha.). Serbuk kunyit, garam secukup rasa.
Cara - cara: Udang di gaul bersama dengan serbuk kunyit dan garam. Tumis halia + bawang (minyak jgn terlalu byk / terlalu sedikit, sedang2 aje - style akak ler ya). Kemudian masukkan udang + karet + kacang panjang + cili padi. Gaul hingga udang masak. Dah masak, silalah angkat dan boleh ler dihidangkan untuk dimakan.


Sedapnya kak...simple menu yet delightful for tummy...
ReplyDeletepsttt...lawo pinggan tu...
hahhaa.....pinggan harus lawo..baru menyelerakan..(bleh pakai ker ayat ni..kekkekekkekek)
Delete