Monday, 8 May 2017

Cendol Durian Again - TTDI

7 Mei 2017

Berkawan ngan orang suka makan makan, ni lah akibatnya. Tak abis abis, makan makan makan dan makan...hahhaha. Durian ni feberet diaorang kut gamaknya. Asik la nak mencari durian. Ater...moh kita jalan jalan cari makan ke TTDI.








Malas nak edit. So terimalah TTDI Durian King seadanya. Semangkuk RM15.00. Durian yang yang diletak katanya adalah durian udang merah. Boleh ler. Sedap gak ler durian ni. Cuma tak puas makan hahahahhaha. Senang je nak cari gerai ni. Betul betul dekat ngan pasar besar TTDI. Masa ni kami beli juga durian untuk di makan. Durian udang merah sekilo adalah RM32.00 (pada masa ini di hari ini). Beli 2 biji kena 2.2 kilo x 32.00 = 70.40. Dia bagi diskaun 0.40 so bayar 70.00 je dibahagikan kepada 5 orang = RM14.00 sorang. Dapat lah makan beberapa ulas. 







Thursday, 4 May 2017

Restoran Makanan Korea - Ko Hyang

One of my favourite place untuk makan makan. Since saya kerja di Puchong, bila teringin makan Korean Food, maka saya akan menerjah ke Cyberjaya untuk ke Shaftbury Square.  Masa mula mula dulu Ko Hyang tak banyak cawangan. But now dah makin bertambah dan bertambah. Antara tempat tempat yang boleh anda pergi adalah: 

The Garden Mid Valley City
Sunway Pyramid Shopping Mall 
Setia City Mall 
1 Utama Shopping Mall
Shaftsbury Square, Cyberjaya

But baru baru ni saya menerjah ke The Garden Mid Valley City. Sangat dekat dengan rumah. Antara yang menjadi kegemaran saya di Ko Hyang ni adalah Sun du bu Ji gae, Kim chi Ji gaae, Bi Bim Bap, Pa Jeon, Ttukbokki dan Rameyon. 
  
Bi Bim Bap

Pa Jeon

Sun Du Bu Ji Gae



Antara yang di makan kelmarin bersama kengkawan. Pada saya sedap je. Pada kawan saya tak sedap katanya. Lagi sedap makan di Dubuyo. Well..sedap itu subjektif. Tekak masing masing...hehhehe





Wednesday, 3 May 2017

Cendol Durian - Shah Alam

Last weekend, teringin sesangat rasanya nak makan Cendol Durian. Since ramai kekawan dok sajes, try ler Cendol Durian Seksyen 24, Shah Alam, Selangor. Maka dengan gigihnyer kami anak beranak ke Shah Alam.

Alamat:  Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Sekysen 24, Shah Alam Selangor.
Phone: +60 18-361 0400
Hours:  12PM - 12 AM


Mangkuk besar  - RM18.00

Mangkuk kecil - RM15.00

Mangkuk kecil + mangkuk besar


Beza mangkuk kecil dan mangkuk besar adalah isi durian nya sahaja. Yg kecil cuma 2 ulas, manakala yang besar ada 3 ulas (kalau tak silap). 

Pada saya, not bad. Cuma isi durian tak braper nak kaw kaw. Kurang lemak berkrim. Suami saya kata, durian siam..hahhaha. Durian kampung lain sikit rasanya. Tapi kawan saya kata, masa dia pergi makan cendol durian ni, dia dapat musang king berharga RM24.00. Saya pun tak reti nak bezakan musang king dengan durian biasa. Tapi enjoy je makan cendol durian ni. Compare to cendol durian yang saya makan di Kuala Selangor, this one is much much better. Kat Kuala Selangor tu rasa durian je. Isi durian pun xde. 





Tuesday, 28 March 2017

Japan Here I Come - Day 8 - Last Day

17 Disember 2016 (Saturday)

Today is the last day kat Tokyo. According to our itinerary:  Asakusa --> Nakamise Street --> Sensoji Temple. Itu mengikut plan asal. Tp lain pulok jadi nyer. 

The day before, saya sempat message kat host, kalau kalau dia boleh benarkan kami check out lambat. If kami kena bayar pun, kami bersedia untuk bayar. Tapi host kata, ada orang lain nak masuk. So, xpalah. We checked out before 10.00. Sebelum tu, kami make sure kemaskan apartment. Semalam dah kemas sikit sikit. Sampah sarap masuk plastic bag semua. Botol or tin asing siap siap. Kebetulan arini bukan hari utk buang sampah. So kami tak tau nak buang kat mana. Mesej host lagi tanya nak buat camner ngan sampah sarap ni. Lambat lak dia reply. Kami tawakkal turun bawah, letak dalam tong sampah tepi jalan. Dan bergerak ke Tokyo Solamachi. Bila sampai kat Tokyo Solamachi, kami cuak plak. Sbb penah baca, kat Jepun ni ada cctv kat jalan dan lorong. And nak buang sampah memang kena ikut hari. Sambil mengopi kat Tokyo Solamachi ni, still tunggu tunggu reply dari host. Mujur dia reply. Kami patah balik ke apartment, ambik balik sampah dalam tong, bawah naik atas. Sbb host kata, tinggalkan sampah dalam apartment jer. Perghh..risau juga. Satu je kami tak buat, kami tak vacum lantai. Sebabnyer, tak tau camner nak operate vacum cleaner. Tp saya mesej host juga, minta maaf sbb tak vacum. Yang lain lain memang kemas seperti mana kami masuk. 


Bye bye apartment yang best ni..

Lepas setel pasal sampah, back to Oshiage Skytree Station. Simpan barang plak. Alhamdulillah ada locker besar kat Tokyo Skytree Station ni, boleh masuk trolley bag 20 kilo. Memasing terpaksa amik 2 lockers. Yang besar Y700 dan yang kecil Y500. Masa ni pun kami dah arranged airport transfer siap siap ngan geng RTJ. Kami janji dalam kul 4.00 depa dtg amik kat Skytree. 

Dah setel simpan barang semua bagai, we went back to Takeshita Street. Sebab apa eh. Ntah saya pun lupa. Lupa lagi...hahhaha. Nak shopping, actually kat Nakamise Street pun bleh shopping cari souveniers. Takpalah naaa....dah lepas pun. Ntah naper saya pun tak ikut plan asal, walhal saya nak sangat pergi ke Nakamise Street dan juga Sensoji Temple. Semalam pun dah terbayang bayang Nakamise Street ni.

So our route sama je macam pergi ke Meiji Shrine on the 2nd day. Dari Oshiage Skytree Hanzoon Line towards Shibuya --> Stop at Otemachi --> transfer to Chiyoda line towards Yoyogi-uehara --> stop at Meiji-jingumae 'Harajuku' --> Exit 3 Takeshita Street



Kat sini, shopping je lah. Apa lagi nak buat. Mood nak balik Malaysia pun dah ada. Badan pun sudah penat. Jam 0300 petang, kami back to Oshiage. And mesej airport transfer, suh amik kul 0400 ptg. Setel amik barang kat locker, ejas luggage semua bagai, kami tunggu kereta. Sofyan yang akan datang ambil kata Kamarul Ariff. Arrangement juga dibuat bersama Dzulhaidy.

Kat Tokyo Skytree Station



Sofyan sampai, angkat barang semua bagai, heading to airport. Dalam kereta kami membuta. Dah last day baru terasa penat sangat sangat.

Adik manis ni yang hantar ke epot

Sampai airport kami cari wrapping service dulu. Wrap bag siap siap and then kami cari kedai utk makan. Kami makan kat restoran TENTEI kat Narita International Airport. Masa ni pulun perabiskan saki baki duit...juga syiling syiling yang ada. Kecuali syiling 5 yen dan 50 yen...hehhehe.

Muka tak larat je dah...gambar makanan pun xdak...hahhaha

By 0700pm baru pergi kaunter MAS. Tp by 0700pm tu dah berderet deret orang berbaris. Cuak juga, sbb our flight jam 0945 malam. Alhamdulillah, sempat.

Panjang Q. 

Kat kaunter MAS ni tak banyak songeh mcm kaunter MAS kat Kuala Lumpur. Dia tak timbang pun beg kitaorang. Just amik, letak semua sekali 4 trolley bags dan 4 backpacks, trus bagi sticker tampal kat bag. Takde plak nak asing asingkan bag setiap seorang mcm mula mula kat KLIA. Teringat2 lagi budak kat kaunter tu. Ngek tul. Cuma agak lama kat kaunter, sbb budak tu cuba cari seat untuk kitaorang. Dia kata, dia cuba letak seat together geder, tapi tak dapat. And saya terasing jauh ke depan, dia kata sbb saya Enrich Member, so bagi seat yang ada ruang luas sket. Watever la dik. We all tak kisah dah benonyer if duduk asing asing pun. Dik Nieta ngan Jah jauh ter kebelakang. Erra just belakang saya je. Sebelah saya seorang makcik jepun. Masa nak makan, dia siap bagitau saya yang mana patut makan dulu...hahhaa. Sbb saya amik japanese food kan. Ikut jer...dan selepas tu, saya kekabom tido. Walaupun dapat tempat luas, boleh panjang kan kaki, still tak tido lena. 

Oh ya...lupa...masa masuk dalam boarding area sebelum berlepas, sempat lagi memborong. Saya beli Tokyo Banana Tree Cookies. Sedap sangat biskut ni. Dan saya juga beli Tokyo Banana tu. Tak sedap sangat pada saya. Saya lebih suka cookies. Rekemended. Sangat sedap. Dan saya yakin, sbb berdekatan dengan kotak biskut ada di jelaskan dalam Bahasa Malaysia.

Sampai KLIA lebih kurang jam 0430 pagi. Masing masing bawak diri selepas say bai bai. Memang tak larat sangat dah. Memang saya terasa penat amat sangat. Masa di Jepun, tak terasa pun. Sampai umah..kebabom....lena. Anak2 tak kacau..hehheh...

Tamat sudah pengembaraan ke Jepun. But still ada rasa tidak puas jalan jalan di Jepun. Maybe, lain kali, if I got a chance, nak pergi juga lagi. Rasa macam so many places yang tak sempat nak di explore, so many things yang tak sempat nak di buat..pepepun...saya enjoyed. 




Monday, 27 March 2017

Japan - Here I Come (Wrapped Up)


Full story can be read:

Full Story: Japan Here I Come - Teaser

Full Story: Souveniers from Japan for Friends

Full Story: How To Indentify Lines and Stations Number in Japan

Full Story: Horyu Ramen Halal - Sapporo

Full Story: Tokyo Banana Tree Cookies

Full Story: Japan Here I Come - Day 0 & 1 (Kuala Lumpur - Tokyo)

Full Story: Japan Here I Come - Day 2 (Harajuku - Takeshita Dori - Shibuya)

Full Story: Japan Here I Come - Day 3 (Imperial Palace - Ginza - Shinjuku)

Full Story: Japan Here I Come - Day 4 (Lake Kawaguchiko)

Full Story: Japan Here I Come - Day 5 (Sapporo - Hokkaido)

Full Story: Japan Here I Come - Day 6 (Sapporo - Hokkaido)

Full Story: Japan Here I Come - Day 7 (Odaiba City)

Full Story: Japan Here I Come - Day 8 (Takeshita Street - Kuala Lumpur)

Full Story: Expenses


Near Tokyo Skytree

Sapporo, Hokkaido
Shibuya Crossing




Makanan Eksotik Kuala Selangor

11 March 2017

Saya kenal mereka mereka ni semua dari Group Whatapss Road To Japan Ladies (RTJ Ladies). If dekat facebook tu, ada satu group Road To Japan. Tapi bercampur campur lelaki dan perempuan, ibu bapa dan anak, nenek, atok pun ada....hehehe. Selepas mendapat keizinan tok ketua, maka tertubuh ler group whatapps RTJ Ladies (Ladies Only)

We have met several times. Pertemuan pertama bermula di Sushi Jiro, melarat larat ke Secret Receipe, Sushi King, terus ke BBQ Town, Sukiya, Teppayanki semuanya di Mid Valley. Makan makan session diteruskan ke Doli Dimsum di NU Sentral dan juga Restoran Ayam Penyet di Ampang Park, and akhir sekali makanan eksotik di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan, Kuala Selangor. 

Setelah berpakat, maka kami sepakat masing masing menumpang kereta saya sahaja kerana cuma 5 orang sahaja yang setuju untuk makan makanan eksotik ni. Saya pun tak berapa gemar juga...tp my prinsip...apa salah mencuba. If ada orang bercerita tentangnya, saya tahu apa dia...hahahahah.

Ai jadi driver arini...
Dee, Aishah dan Juni menunggu saya di stesen LRT Bangsar. Senang gitu. Manakala kami perlu mengambil Watie di RNR Sungai Buluh. Setiba di RNR  Restoran Jejantas Sungai Buluh kami breakfast dulu. Apabila Watie sampai, kami pun meneruskan perjalan ke Kuala Selangor. 

RNR Sungai Buluh. Breakfast Juni belanja
Dari Plus Highway menuju ke Latar Highway dan terus ke Kuala Selangor. Merentasi jalan jalan kampung dengan pemandangan yang menghijau....sawah padi terbentang luas. Ada yang jakun tak pernah tengok padi. Maka berhentilah kami di sini untuk sessi fotografi. 


Jakun tengok padi....


Perjalanan menuju ke restoran eksotik diteruskan. Sebelum sampai ke restoren, sempat lagi tu berposing. Pantang nampak sawah yang menghijau...

Sebelum sampai restoren, berhenti lagi amik gambo...
Dan akhirnya sampai juga ke Restoran Lembah Bernam. Masa sampai ni tak braper ramai sangat orang. Memola nak pilih duduk kat gazebo. Tp macam panas lak...


Ini lah makanan yang kami order. Rendang landak, rusa masak blackpepper, ayam masak gulai, udang masak lemak cili api, nasi putih, sambal belacan dan ulam ulaman. Berselera makan walaupun tekak saya tak braper nak menerima. Sebab apa....sbb saya tahu itu adalah landak dan rusa...hehehhe.


Ayam masak gulai

Rendang landak

Rusa blackpepper

Total makan untuk 5 orang lebih kurang RM100++ bersama air. (Nasi putih, ayam gulai 3 ketul, sambal belacan masing boh dalam pinggan sendiri begitu juga dengan sayur dan ulam ulaman)
Rendang landak - RM24.00 utk 200gm
Rusa blackpepper - RM16.00 untuk 200 gm
Udang masak lemak cili padi Gred C - 3.00 seekor. Ambil 5 ekor - RM15.00

Yang lain lain tatau camner kira. Dah kenyang, jom pulang. Dee plan nak cari Sekinchan Paddy Box tu. Tp rasa macam jauh lagi nak jalan mencarinya...kami kensel jer plan  dan terus menuju ke Bukit Melawati pula (sbb ada orang tu tak pernah sampai...hahahha).  Bayaran masuk ke Bukit Melawati adalah RM3.20 seorang. Dee gak yang bayarkan.



Jom naik tram


Lotong berkeliaran

Tak pasal pasal kan...hahahha

Pusing sekejap jer. Jadilah merasa naik tram. Actually boleh turun dan jalan jalan kat situ. But kami malas bila tengok byk lotong berkeliaran. Jom cari cendol Bakar lak, sbb perut dah mula lapar semula. Dee as navigator memang bagus, tp akak as driver lah yang selalu silap masuk jalan...hahhaha. Pusing je ikut suka suki suka hati. Mujur negara sendiri. Di Cendol Bakar kami makan Cendol Durian, Laksa, Sata dan Keropok lekor. Cendolnya biasa biasa jer pada saya. Mujur keropok lekor sedap. Laksa pun tak sedap sangat pada saya. Sata pula macam ada sesuatu yang tak cukup...ntah tatau apa dia. 

Cendol durian

Laksa Meletop katanya. Tp idak meletop pada saya

Muka orang kenyang dan mengantuk (saya leeee)

Okay..dah jom balik. Tamat trip untuk hari ni. Dalam pada tu sempat lagi berdiskas nak makan Laksa Telur Sarang, Mee Rebus Ghulam dan Nasi Vanggey  di Ipoh. Agenda penuh ngan makan makan jer lah yer...hahha. 

Saya antar Watie semula kat RNR Sungai Buluh. And kendian dropped kan Juni Aisha dan Dee kat LRT Bangsar. Penat juga as driver, tp enjoy. Ada ketika, bila penat, mulut pun dah tak mau berkata kata..hehehhe. Kekawan semua jgn risau ye. Saya memang gitu. Bukan sebab sentap ke apa ye....