Thursday, 7 June 2012

Selamat Pengantin Baru Lina @ Linot (nickname)

2 Jun 2012

Hari ni, kawan yg akak kenal melalui forum/tenet melangsungkan perkahwinan. Tak kisah ler cerita yg dah berlalu.....life must go on. Bina hidup baru.....yg berlalu biar jadi kenangan...


If someone comes into your life and becomes a part of you but for some reasons he couldn't stay, don't cry too much...just be glad that your paths crossed and somehow he made you happy even for a while.


Ni pintu masuk ke dewan...cantik jurai jurai tu semua


Ni doorgift utk tetamu yg hadir

Hiasan dalaman, bunga bungaan berbentuk hati

Gambar yg sempat akak ambill...yg elok sikit ler..kakakkaa


dak bam bam tu tunjuk apa tu.....


Jenuh mummy nak jaga dak bam bam ni..kekkeke

Candy buffet section...





Candies 


 Gambar ramai ramai.............meriah kengkawan sekelian..

Gambar gambar ehsan dari wati dan ain hazreen.....tak tau kamera saper dah ni..kekkeke..




Wednesday, 30 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 27


Episod 27

Semasa di hospital, Kang Ho mendapat panggilan dari Soo Jong  Lama juga Kang Ho berfikir……..akhirnya dia membuat keputusan utk berjumpa ayah Soo Jong dan berterus terang dengan ayah Soo Jong  bahawa dia sudah mempunyai seseorang yg lain utk di kahwini. Soo Jong berterimakasih dan mengagumi Kang Ho kerana mahu berterus terang. Malah sempat bergurau, sekiranya hubungan Kang Ho dengan orang yang di cintainya tidak menjadi, Kang Ho boleh mencarinya semula….

Di hospital, Nenek Kang Ho menerima panggilan dari Puan Gong (nenek Soo Jong) dan dia menceritakan apa yang telah berlaku. Ini membuatkan emak Kang Ho, Hyang Sook Ho amat marah. Apabila Kang Ho sampai di hospital, Hyang Sook terus memarahinya dan memukulnya, malahan mengatakan bahawa Kang Ho bukan anaknya (hahhahaha…...Kang ho mmg bukan anak dia pun…cuma Kang Ho jer yg tak tau…).  Kang Ho memohon maaf dari ayahnya, sambil menangis,  kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah syarikat utk mencari seorang pelabur

Ae rang ke rumah Kang Ho  utk berjumpa dengan nenek dan menanyakan apakah salah Eun Nim hingga di pecat. Adakah kerana Eun Nim berpacaran dengan Kang Ho. Nenek Kang Ho terkejut apabila mengetahui hubungan antara Ae Rang dan Eun Nim. (akak suka saaat ni…walaupun emak tiri Eun Nim tu selalu marah marah Eun Nim, tp masa part ni, dia betul2 pertahanan Eun Nim. Sentiasa sebut, Eun Nim tu anak dia..dan memuji muji Eun Nim…hehehehehe..) Hyang Sook masih tidak berpuas hati, kerana Eun Nim tidak menerima wang darinya. Dengan itu, dia cuba member kepada Ae rang. Namun Ae Rang juga menolak….walaupun sebenarnya dia nak sangat sangat dengan duit tu…tambahan pulak, Hyang Sook siap ckp…duit tu byk…cukup utk buat deposit utk sebuah apartment yg besar…heehehhe….nyaris Ae Rang tak terduduk..tp dia gagah gak berjalan meninggalkan Hyang Sook.

Kang Ho membawa diri ke tepi tasik. Semua org risau ttgnya.  (Taim ni Eun menelepon Kang Ho bagitau semua orang risau. Kang Ho kata, bukan sbb Eun Nim rindu kat dia kaa..kihkhkihkih..terbuai buai tengok citer ni..adeii...sabar je lah..) Kumpulan Saegwang  bersetuju untuk melabur dalam projek pusat perangian Baeksan Group. Semua org cuba menelepon Kang Ho (handphonenya tertinggal di dalam kereta).

Semua org gembira, masalah selesai. Hyang Sook memohon maaf kepada kang Ho. Baek II pula bersetuju utk merestui perkahwinan Kang Ho dan Eun Nim seperti yang di janjikan. Kang Ho gembira dan terus menyampaikan kabar kepada Eun Nim. Sae Hoon pula cuba menasihati bapanya ttg Eun Nim dan Kang Ho, tetapi Baek menegaskan agar  Sae Hoon terima saja…..malah katanya, Sae Hoon tidak harus bersikap seperti ibu dan neneknya. Sae Hoon berkahwin juga dengan SeonYong (bukan juga dari kalangan org kaya), tp kelihatan bahagia..(hahhaa…………wife dia tak tau lagi asbend ada hubungan sulit)…


emmm..apa lagi ekk......

Love You Thousand Times - Episod 26

Jenuh nak piker balik episode ni.., sebb masa episode ni akak tak konsetret…


Semasa di hospital, Baek II meminta jasa baik Kang Ho utk pergi berjumpa dengan Pengerusi Park (bapa Soo Jong), bersama sama dengan Soo Jong utk meminta supaya Saegwang Group melabur di dalam projek kawasan peranginan Baeksan Group. Kang Ho meminta masa untuk berfikir.  Kang Ho berusaha mendapatkan kawannya Peter utk melabur. Tapi tak berjaya. 

Kang Ho pergi berjalan jalan bersama Soo Jong. Membuatkan dia rasa bersalah terhadap Eun Nim. 

Hyang Sook cuba memberikan sejumlah wang kepada Eun Nim, supaya Eun Nim meninggalkan Kang Ho. Tp tidak diterima oleh Eun Nim.  Eun Nim amat sedih…bila Kang Ho menelepon pun tidak diangkatnya. Kang Ho menunggu Eun Nim di hadapan rumahnya. Kata Kang HO, dia didalam kesusahan, berharap Eun Nim faham. Eun Nim minta Kang Ho melepaskannya, dengan itu, Kang Ho tidak akan susah lagi. (masa ni best……hahah..semua best lah…) Eun Nim menangis., Kang Ho peluk dia…Eun Nim tak bagi tau hal sebenar. Dia pun tak sanggup nak berpisah.

Ae Rang asik berleter dengan Eun Nim kerana dia di pecat dari kerja. Nenek Kang Ho tak sudah sudah mencari jalan utk memisahkan Kang Ho dan Eun Nim.

Apa lagi ekk………….tak ingattt………..nnt ingat, Kalau ingat kendian, akak tulih lagi…Udahler tak reti nak memendekkan citer…..belasah jer lah labu ya………..

Monday, 28 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 25


Episod 25

Kang Ho amat marah terhadap Sae Hoon kerana menghina Eun Nim.  Kang Ho memohon maaf kepada Eun Nim diatas keceluparan abangnya. Eun Nim meyakinkan Kang Ho bahawa dia tidak apa apa. Malah Eun Nim mengingatkan Kang Ho kembali dengan apa yg pernah di katakannyerdul….Kita mungkin akan menghadapi masa masa suka .  Jadi, mungkin ini adalah salah satu daripada masa sukar itu.

Sementara itu Sae Hoon begitu terdesak untuk mencari pelabur kerana Baeksan Group sekarang menghadapi masalah kewangan. Hanya satu jalan, iaitu menyuruh Kang Ho menerima Soo Joong, dan perikatan antara dua syarikat ini dapat dilakukan. Namun Kang Ho berkeras, bahawa Eun Nim sahaja yang akan di kahwinininya. Sae Hoon cuba berbincang dengan Kang Ho. Sae Hoon melenting apabila Kang Ho membangkitkan  perkara tentang Yeon Hee lalu mereka bergaduh di luar rumah Bergaduh sampai bertumbuk tumbuk….(padan muka Sae Hoon…….kekkekeke..)  Nenek Kang Ho meminta Sae Hoon memecat Eun Nim utk mengelakkan Eun Nim dan Kang Ho daripada bertemu.

Nenek Kang Ho mengajak Kang Ho pergi makan tengahari bersama tanpa memberitahu Kang HO bahawa Soo Joong pun akan turut serta. Ini membuatkan Kang Ho berasa tidak senang hati. (boleh Nampak riak muka Kang Ho yg tak senang hati tu tauu…hahahaa……..betul betul akak menghayati citer ni..adeiii la..)

Keesokan harinya, Eun Nim pergi kerja seperti biasa, tanpa mengetahui bahawa dia telah di pecat kerana telepon bimbitnya tertinggal di rumah. Kang Ho menelepon Eun Nim, tetapi di angkat oleh ibu tiri Eun Nim. Ae Rang memarahi Kang Ho, kerana padanya, di sebabkan Kang Ho, Eun Nim di pecat dari jawatannya. Apabila Kang Ho mengetahui Eun Nim di pecat, dia  meminta bapanya supaya memecat jawatannya juga. Eun Nim dan Kang Ho sama sama pergi bersiar siar di tepi pantai. (romantik jer masa ni…..heehehhee)…Sedang Kang Ho dan Eun Nim makan, Kang Ho mendapat panggilan telepon, mengatakan bapanya sakit.

Baek II pengsan apa bila mengetahui projek kawasan peranginan di batalkan. Kemudian dia mendapat panggillan telepon, di mana syarikatnya terpaksa membayar sebanyak 5 juta kepada pemaju.

Apabila Baek II sudah sedar dari pengsan semasa di hospital, dia hanya  mahu berbincang dengan Kang Ho. Baek II meminta jasa baik Kang Ho untuk membantu syarikat dengan memilih utk keluar bersama sama dengan Soo Joong. Baek II juga meminta Kang Ho berjumpa dengan pengerusi Kumpulan Saegwang  utk melabur dalam projek kawasan peranginan. Ini membuatkan Kang Ho menjadi serba salah…….(huhuhuhuhu….sian Kang HO dan Eun Nim…….dua dua ni asik beralah jer dalam keluarga….)

Friday, 25 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 24

Episod 24

Semalam ter miss utk beberapa minit, sbb balik lambat………………ada latihan tarik tali..

Kang Ho mengesyaki abangnya Sae Hoon menjalinkan hubungan sulit dengan Yeon Hee.  Kang Ho menasihati abangnya utk memutuskan hubungan dengan Yeon Hee sebelum kakak iparnya dpt tahu. Tetapi Sae Hoon pula menegaskan agar Kang Ho agar tidak masuk campur dlm urusannya. Kang Ho pergi berjumpa dengan Yeon Hee dan memintanya utk memutuskan perhubungannya dengan Sae Hoon. Tp Yeon Hee dengan sombongnyer mengatakan itu adalah haknya untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yg dia suka, tidak mengira samada org itu telah berkahwin atau tidak. Kang Ho benar benar bengang dengan sikap Yeon Hee. Pada Kang Ho Yeon Hee adalah perempuan yang tidak tahu malu. (Menyampah pulak nengok Yeon Hee ni, masa ni..eksyennn…….kekekke.)

Kang Ho juga melarang Eun Nim dari berkawan dengan Yeon Hee. Ini menimbulkan kemarahan kepada Eun Nim. Kerana Kang Ho tidak memberikan alas an yang munasabah. Walaupun Kang HO mengatakan dia punya alas an tersendiri, Eun Nim tetap berdegil. (Bila tengok depa ni bergaduh….cute jer….Eun Nim ngan muka ala ala manja ngada ngada…Kang Ho ngan mula selamba…walaupun kena marah ngan Eun Nim, tp dia menten senyum selamba..hahahah…ensem lak tu..ishh..) Sementara itu, ibu Yeon Hee, Geum Ja juga mengesyaki anaknya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang. Dia tidak menyukai keadaan itu, tetapi di marahi oleh Yeon Hee dan meminta ibunya menghormati pendirian dan privacynya.

Ayah Eun Nim berusaha memujuk Nan Jeong pulang ke rumah. Pada mulanya Nan Jeong berkeras, kerana dia merasakan ayahnya tidak menyayangi dia, kerana dia bukan anak kandung. Go In (ayah Eun Nim) berjaya juga meyakinkan Nan Jeong, bahawa kasih sayang antara dia dan Eun Nim tiada bezanya. Malah Nan Jeong mendapat lebih lagi dari Eun Nim. Walaubagaimanpun, Nan Jeong masih bersikap dingin dengan Eun Nim..(klu tengok, kesian kat Eun Nim ni….asik beralah jer……..dengan muka inisen dia tu..kekekke.Nyampah gak ngan Nan Jeong..keras kepala..apa kata dia jerk...)

Sementara itu, nenek Kang Ho berusaha utk mencari jalan supaya Kang Ho melupakan Eun Nim. Nenek mendesak Sae Hoon membawa Kang Ho berjumpa dengan anak Pengerusi Saegwang Group, Soo Hyuk utk di perkenalkan kepada adik perempuannya, Soo Jong. Pengerusi Saegwang Group ini adalah kawan lama kepaa Baek II sekeluarga. Anak perempuan ke tiga pengerusi syarikat ini sememangnya tertarik dengan Kang Ho.  Semasa Soo Jong melawat Baek II di pejabatnya, Baek II sengaja menyuruh Eun Nim membuatkan kopi, dan memanggil Kang Ho ke biliknya. Dan dia juga menyuruh Kang Ho menghantar Soo Jong pulang. Ini membuatkan Eun Nim rasa sedih melihat keadaan itu.

Sae Hoon pula memberi amaran kepada Eun Nim, supaya tidak lagi bertemu dengan Kang Ho. Sebelum Sae Hoon sempat menghabiskan apa yang ingin diberitahunya, Kang Ho masuk kedalam bilik dan berlaku sedikit pertengkaran diantarasa abang dan adik……………

Wednesday, 23 May 2012

Love You Thousand Times - Episod 23


Love You Thousand Times

Nan  Jeong tidak dapat menerima hakikat bahawa Kang Ho menyintai Eun Nim. Begitu juga dengan ibu tiri Eun Nim Park Ae Rang.  Bapa Eun Nim berusaha utk meyakin mereka bahawa Kang Ho hanya untuk Eun Nim.  Nan Jeong melarikan diri dari rumah kerana kecewa dengan Kang Ho. Nan Jeong meminta pertolongan Cheul utk bermalam di rumahnya kerana dia tidak mahu pulang ke rumah. Kang Ho pula tetap menegaskan bahawa antara dia dengan Nan Jeong hanyalah sekadar kawan biasa.  Malah Kang Ho memberi penjelasan panjang lebar kepada bapa Eun Nim tentang dirinya ngan Nan Jeong.

Nenek Kang Ho terus terusan memenunjukkan ketidakselesaannya terhadap pilihan Kang Ho. Tetapi Kang Ho tetap dengan pendiriannya.  Kang Ho juga terus meyakinkan Eun NIm bahawa dia amat menyintai Eun Nim. Walau apa pun halangan dan rintangan yang bakal melanda, dia mahu Eun Nim yakin dengan nya.

Berita berkenaan  projek kawasan peranginan yg di buat oleh Sae Hoon kurang berjaya sampai ke pengetahuan ayahnya, Baek II. Sementara itu, Sae Hoon berusaha mencari pelabur utk projek kawasan peranginan yang hampir terbengkalai kerana pelabur menarik diri di saat akhir. 

Sae Hoon meneruskan perhubungannya dengan Yeon Hee. Semasa Kang Ho pergi berjumpa dengan kawan sekuliahnyer di sebuah hotel, Kang Ho terserempak dengan Sae Hoon dan Yeon Hee yg baru keluar dari sebuah bilik. Kang Ho mengekori Sae Hoon dan Yeon Hee. Pada masa yg sama, Hyang Sook dan Seon Young juga berada di hotel tersebut. Ketika berada di lobi hotel,  Kang Ho segera menarik Sae Hoon lari jauh dari Yeon Hee untuk menyelamatkan keadaan.. Sae Hoon tergamam seketika apabila melihat ibu dan isteri meluru arahnya dan juga terkejut dengan tindakan Kang Ho.


Sambung lagik…kekekeke......jeuh nak polow citer korea ni....org dah abis tengok, akak baru terhegeh2 nak tengok...

Love You Thousand Times - Episod 22

Eun Nim rasa tidak selesa bila berada di rumah Kang Ho. Ibu, nenek dan abang Kang Ho juga menunjukkan rasa tidak senang dengan kehadiran Ko Eun Nim. Cuma bapa dan kakak ipar Kang Ho saja yg kelihatan menerima Eun Nim seadanya. Disebabkan ketidak selesaan itu, Eun Nim cepat cepat minta diri untuk pulang.

Eun Nim terus pulang ke rumah neneknya. Dia meluahkan segala perasaan yg terbuku di jiwanya kepada nenek. Eun Nim amat menyintai Kang Ho, tetapi dia dapat merasakan kehadirannya tidak di senangi oleh ibu & nenek  Kang Ho. Eun Nim pergi melawat kubur ibunya.

Ibu Eun Nim mati ketika dia berusia 3 tahun. Kemudian bapanya kawin dengan ibu tirinya, Park Ae Rang yg mempunyai seorang anak perempuan bernama Nan Jeong hasil dari perkahwinannya yang terdahulu. Hasil perkahwinan bapa Eun Nim dengan ibu tirinya, mereka di kurniakan seorang anak perempuan bernama Eun Jeong.

Ketika sedang Eun Nim berdoa di hadapan kubur ibunya,  Kang Ho muncul di situ. Kang Ho memohon restu dihadapan kubur ibu Eun Nim utk memperisterikan Eun Nim. Kang Ho kemudianya menghantar Eun Nim balik ke rumah. Tatkala mereka berhenti di satu lorong berhampiran dengan rumah Eun Nim, tiba tiba bapa Eun Nim muncul. Kedua-duanya terperanjat, tetapi Kang Ho cepat cepat member penjelasan tentang hubungan mereka kepada bapa Eun Nim. Dengan itu, bapa Eun Nim mempelawa Kang Ho datang kerumah mereka keesokkan harinya utk bertemu dengan ahli keluarga Eun Nim yg lain.

Selepas kerja, Eun Nim dan Kang Ho terus bergegas ke rumah Eun Nim.  Disaat utk memperkenalkan kepada ahli keluarga Eun Nim yg lain, Kang Ho terkejut melihat kakak tiri Eun Nim, Nan Jeong. Nan Jeong sebenarnya tertarik dengan Kang Ho. Tetapi Kang Ho menolak, dan hanya menganggapnyer hanya sekadar kawan biasa.


Sambungan..........................